P. Maniam bergambar kenangan bersama anggota keluarganya tidak berapa lama dulu. Beliau menyarung jersi MW Final Piala FA 1991, manakala adiknya (duduk dua dari kiri), menyarung jersi Piala Tan Sri Muhammad Taib 1996. |
Edisi
pertama perlawanan persahabatan tahunan Selangor lawan Singapura. Pada ketika
itu, perlawanan dilangsungkan dengan format bermain di tampat sendiri dan lawan
(home and away format).
Asalnya,
perlawanan tahunan ini dinamakan Piala Tan Sri Muhammad Taib, sempena mengambil
nama Menteri Besar Selangor yang mencadangkan satu perlawanan diadakan di antara
kedua pasukan setelah penarikan diri Singapura daripada Piala Malaysia pada
tahun 1995.
Barisan
pemain Singapura ketika Piala TS Muhammad Taib boleh dikatakan tidak jauh
berbeda daripada skuad JUara Piala Malaysia 1994, dengan diketuai oleh Fandi
Ahmad.
Tan
Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib (dikenali dengan gelaran ‘Mat Taib’ dan ‘Mike Tyson’) ialah bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997);
Naib Poresiden UMNO (2000-2003); Ketua Penerangan UMNO (Mac 2008 - April 2009);
dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Mac 2008 - 9hb April 2009).
Setelah
Tan Sri Mat Taib berundur daripada jawatan Menteri Besar, ianya dinamakan Piala Pemangku Raja Muda Selangor (pada tahun 2001); Piala
Raja Muda Selangor; dan kemudiannya ditukar sekali lagi setelah DYMM Tengku Idris Shah secara rasmi dinobatkan sebagai Sultan.
-----------------------------------------
Sumber:
- Akhbar Berita Harian;
- Akhbar NST;
- Majalah Football;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- https://www.facebook.com/ahmadjohari.yeopaziz?fref=ts;
- https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts;
- http://www.rsssf.com/tablesm/malay79.html#cup;
- https://www.facebook.com/norazmi.mahmood?fref=photo;
- https://www.facebook.com/king.kheiriel?ref=ts&fref=ts;
- https://www.facebook.com/hangpcdua.malaya?fref=ts.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan