Perlawanan terakhir Wak Am? |
Amri Yahyah dan Ultras Selangor. |
I
Selama
beberapa musim – seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan setahun
hanya sekali – Perlawanan Piala Sultan Selangor memang ditunggu-tunggu oleh
peminat bola sepak Merah-Kuning secara umumnya. Stadium Shah Alam yang besar, kebiasaannya
lengang, akan kembali penuh sewaktu perlawanan piala tersebut.
Selain
pasukan Pilihan Selangor yang kebiasaannya dibarisi oleh beberapa pemain
bintang jemputan, sentimen ‘perseteruan’ yang melingkari sejarah epik bola
sepak Selangor-Singapura sejak sebelum merdeka lagi, membuatkan ramai
terpanggil untuk menyaksikannya secara langsung setiap tahun.
Kendatipun,
pada tahun ini, Selangor FA mempertaruhkan skuad utama mereka, dan tidak
membariskan pemain bintang daripada pasukan lain seperti sebelumnya.
Dalam
perlawanan tersebut, Pilihan Selangor berjaya muncul juara Piala Sultan
Selangor buat kali keenam apabila menumpaskan Pilihan Singapura 3-2 bagi
saingan edisi ke-12 di Stadium Shah Alam.
Sebelum
ini Pilihan Selangor telah berjaya meraih kejuaraan pada 2001, 2003, 2005, 2008
dan 2012, kemenangan semalam juga menyaksikan mereka mengatasi Pilihan
Singapura yang pernah muncul juara sebanyak lima kali pada 2006, 2007, 2009,
2010 dan 2011. Kedua-dua pasukan pernah meraih kejuaraan bersama pada 2004.
Turut
hadir pada malam tersebut ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hadir
mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan
mencemar duli bagi menyaksikan perlawanan yang menemukan dua musuh tradisi Liga
Malaysia suatu ketika dahulu.
Kenangan. |
Pengubat duka peminat The Red Giants. |
DYMM Sultan Selangor memperkatakan sesuatu kepada Wak Am. |
MB Selangor bersalaman dengan para pemain Selangor FA. |
Selangor menurunkan skuad utama 2013. |
Zainal Abidin Hassan, terkenal dengan gelaran 'Chief'. |
Para lagenda bersalaman. |
III
Pada
malam itu, peminat bola sepak tempatan turut dihiburkan dengan perlawanan
antara pasukan Veteran Selangor menentang Veteran Singapura. Veteran Singapura
berjaya mengekalkan kemenangan yang dicatatkan tahun lalu, apabila mereka menang
tipis 1-0 menewaskan Veteran Selangor hasil jaringan Rafi Ali pada minit ke-17.
Bro Razlan Raduan, bersama jersi Match Worn (MW) Khalid Ali yang dipakai ketika Piala Sultan Selangor 2010 - lagenda Selangor FA dan Malaysia. Padu.
Piala Sultan Selangor 2010.
Empat lagenda bersaudara: Abdul Rahman Ali, Hanafiah Ali, Khalid Ali dan Zainal Abidin Hassan. | ||||||||
Asap daripada suar (flare) yang dinyalakan oleh Ultras Selangor, memenuhi ruang udara SSA. |
Situasi yang sangat jarang berlaku: SSA dilimpahi penyokong Selangor. |
IV
Isu
‘stadium lengang’ telah membelenggu Stadium Shah Alam dan pasukan The Red Giants sejak kemerosotan
prestasi dalam kempen 2013, di mana Selangor gagal mempamerkan aksi konsisten
di hadapan peminat mereka. Meskipun menjadi Naib Juara Liga Super 2013 – dengan
keputusan seri yang banyak - Selangor terkandas di Peringkat Suku Akhir Piala
FA 2013 kepada Johor Darul Takzim FC dengan sepakan penalti; terkandas di
Peringkat Kumpulan sewaktu Piala AFC 2013; serta hanya menang sekali sewaktu Peringkat
Kumpulan Piala Malaysia.
Keadaan
berlarutan apabila jurulatih Haji Irfan Bakti secara mengejut meletak jawatan
walaupun berbaki 3 perlawanan lagi dalam kempen Piala Malaysia 2013 - di mana
jawatan tersebut diambil alih secara sementara oleh P. Maniam - seakan mahu
mengulangi musim 2011 setelah K. Devan juga meletakkan jawatan.
Terdapat
beberapa kemungkinan dan faktor yang mendorong kepada lengangnya Stadium Shah
Alam musim ini (dan beberapa musim lepas).
Pertama, soal harga tiket. Ada yang merungut bahawa harga tiket di Stadium Shah Alam adalah agak mahal.
Pertama, soal harga tiket. Ada yang merungut bahawa harga tiket di Stadium Shah Alam adalah agak mahal.
Keduanya,
faktor lokaliti atau lokasi. Penyokong tegar Merah-Kuning ramai yang duduk luar
Lembah Kelang-Shah Alam - jauh.
Ketiga,
faktor pengangkutan awam. Kalaupun tinggal berhampiran SSA, dekat, tapi jika
tiada kenderaan pun, payah juga nak turun ke SSA, bilamana balik kena ‘menapak’
sendiri.
Keempat,
faktor kesungguhan para pemain. Kita perlu faham, bila kita menyebut sistem
liga, Selangor FA menjadi Naib Juara Liga Super 2013 bukanlah semata-mata
kerana permainan Selangor mantap, tetapi juga atas sebab kelemahan beberapa
pasukan lain dalam mengekalkan konsistensi sepanjang musim.
Kelima,
pastinya soal permainan yang ditunjukkan para pemain, khususnya ketika kempen
Piala Malaysia. Hanya beberapa pemain – antaranya pastilah Amri Yahyah – yang mempamerkan
aksi mantap dan bersungguh, berbeda dengan beberapa pemain yang seperti ada
yang tidak kena – di mana kewibawaan mereka tidak semenggah dengan aksi yang
ditunjukkan. Pada hemat saya, sekiranya pemain beraksi bersungguh-sungguh, penyokong
setia pasti akan sanggup mengetepikan keempat-empat faktor di atas.
Keenam,
pastinya persepsi berkenaan pengurusan pasukan Selangor beberapa musim ini. Ini
lebih berbentuk dakwaan, saya tiada bukti.
Ketujuh,
sikap dan mentaliti masyarakat kita. Hanya mahu menyokong ketika menang sahaja.
Ini berbalik kepada kos juga. Ya, kalau asyik kalah saja, memang berat juga
mahu belanja duit minyak, tol dan tiket ke stadium?
(Ini yang saya nampak. Saya mungkin saja silap. Tapi, saya tetap sokong Selangor).
(Ini yang saya nampak. Saya mungkin saja silap. Tapi, saya tetap sokong Selangor).
Isu
stadium lengang ini bagaimanapun, tenggelam di balik lautan penyokong berbaju
Merah-Kuning yang melimpahi Stadium Shah Alam sewaktu Piala Sultan Selangor.
Berita angin bahawa lagenda alaf baru Selangor, Amri Yahyah dan sebahagian
besar tonggak The Red Giants yang
akan berpindah – selain banyak tiket perlawanan yang diberikan secara percuma –
berjaya memaut jiwa peminat untuk hadir ke Stadium Shah Alam memberikan
sokongan.
Alangkah
indah, sekiranya Stadium Shah Alam sepenuh ini sedari awal musim 2013?
Alangkah
bagus, andai pemain Selangor FA beraksi sebaik malam tersebut sepanjang musim
ini?
Jumpa
lagi 2014 nanti. Sokong; waktu gagah dan rebah.
Viva
Selangor.
--------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
- https://www.facebook.com/selangorfc?fref=ts;
- https://www.facebook.com/ratu.amri/photos;
- http://hazminhamudin.com/piala-sultan-selangor-edisi-ke-12/;
- https://www.facebook.com/pages/SELANGOR-FC/108129519229455?ref=ts&fref=ts;
- http://m.utusan.com.my/Sukan/20130929/su_02/Pilihan-Selangor-pertahan-kejuaraan;
- http://arinortega.blogspot.com/2010/10/sultan-selangor-cup-2010.html;
- http://www.flickr.com/photos/shaifulrizal/5114813072/;
- http://koleksioldskool.blogspot.com/2010/10/sultan-of-selangors-cup.html.