Rabu, Jun 08, 2016

CEO MLLFS IRINGI DS ZAHID HAMIDI; TERIMA KUMPULAN KEDUA MIGRAN SYRIA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
Saudara Syahrir Azfar Saleh,
CEO Malaysian Life Line for Syria.
Juga Setiausaha Kewangan
ABIM Pusat.
CEO MLLFS IRINGI DS ZAHID HAMIDI; 
TERIMA KUMPULAN KEDUA 
MIGRAN SYRIA.
28hb Mei 2016: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysian Life Line for Syria, Saudara Syahrir Azfar Saleh bersama rakan-rakan NGO Syria yang lain, mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, bagi menyambut ketibaan kumpulan kedua rakyat Syria di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Su­bang dekat sini.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah selebriti tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza bersama suami beliau, Datuk Khalid Mohammed Jiwa. Malaysia terus berusaha me­­realisasikan komitmen da­­lam membantu rakyat Syria yang berhadapan dengan konflik perang saudara di negara mereka dengan menerima keha­diran kumpulan kedua rakyat negara itu hari ini.
Kumpulan kedua berkenaan yang melibatkan 68 orang daripada 18 keluarga tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ahmad Zahid berkata, sasaran asal ialah seramai 150 rakyat Syria akan menjadi kumpulan kedua tiba, tetapi selepas disaring daripada aspek kesihatan, keselamatan dan pemeriksaan dokumen, hanya 68 orang yang melepasinya. Katanya, kumpulan kedua itu akan ditempatkan di negara ini secara sementara di Setia Alam dan diberikan Sijil Perakuan Cemas.
Kesemua 18 keluarga ini akan ditempatkan sementara di sebuah apartmen tiga bilik di Setia Alam. Pertubuhan-pertubuhan bukan ke­­rajaan (NGO) akan membantu me­nguruskan penempatan mereka dan lihat kepada soal kebajikan serta beberapa perkara lain.
Ini kerana kumpulan kedua yang kita sambut terdiri daripada ka­langan profesional yang antaranya merupakan jurutera, doktor, pensyarah dan sebagainya. Jadi, sekira­nya ada dalam kalangan mereka boleh diambil bekerja di beberapa syarikat, maka Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) akan dikeluarkan.
Begitu juga dengan mereka yang terdiri daripada golongan pelajar, kita akan keluarkan visa pelajar. Ini termasuklah peringkat tadika, sekolah rendah, menengah, apatah lagi yang layak masuk universiti,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program sambutan Ketibaan Migran Syria di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat tahun lalu memberi komitmen bahawa kerajaan Malaysia sanggup menerima sebanyak 3,000 pelarian dari Syria yang dilanda konflik bagi menangani krisis pelarian di negara tersebut.
Kumpulan pertama rakyat Syria seramai lapan orang terdiri daripada dua keluarga tiba di negara ini pada 8hb Disember tahun lalu. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan menjangka menyambut ketibaan kumpulan ketiga dan keempat rakyat negara itu pada bulan Ramadan ini. Katanya, kerajaan menjangkakan seramai 200 orang lagi pada ketibaan akan datang tetapi menjelaskan bahawa semuanya bergantung kepada proses saringan.
Sebenarnya untuk tahun ini kita sasarkan 500 rakyat Syria akan tiba tinggal sementara. Kita akan uruskan setelah bekerjasama dengan duta Lebanon untuk pergi ke kem pelarian di Lembah Bekaa,” jelas beliau.
Menurut Ahmad Zahid, setakat ini kerajaan telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membawa rakyat negara itu, tetapi percaya masih perlu tambahan. “Sebab itu kami memohon bantuan orang ramai. Kutipan derma telah dimulakan, diharapkan sumbangan akan berterusan kerana keprihatinan rakyat Malaysia amat didambakan,” ujar beliau.
Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan Malaysia akan membuka pintunya kepada 3,000 migran Syria dalam tempoh tiga tahun bagi membantu meringankan krisis pelarian.
Menurut beliau, negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir dan sejumlah besar daripada mereka melarikan diri dari negara itu sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi serta sosial di Eropah. Pada 9hb Disember 2015, Datuk Seri Najib Razak, bertemu dengan kumpulan pertama lapan orang daripada dua keluarga imigran Syria yang tiba di negara ini pada 8hb Disember 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Terdahulu, pada 20hb Mei 2016, bersama barakah hari Jumaat, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz mewakili ABIM dan Malaysian Life Line For Syria (MLLFS), dalam pertemuan bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya.
Sementara itu, Ahmad Zahid meminta rakyat dan syarikat Malaysia menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan atau keperluan lain seperti makanan, perabot dan peralatan elektrik kepada migran Syria yang menempat sementara di negara ini.
Dalam pada itu, Tabung Kemanusiaan Migran Syria dilancarkan dengan kerjasama sembilan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Malaysian Life Line for Syria, Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Syria Care Malaysia, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), IMAM Response and Relief Team (IMARET), Muslim Care, Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), dan Yayasan Restu. Gabungan NGO ini akan menguruskan hal ehwal pendidikan, kesihatan dan kebajikan bagi peserta Program Penempatan Sementara Pelarian Syria.
Hasbunallah wanikmal wakil!
Ayuh sebarkan keprihatinan masyarakat terbanyak... terhadap krisis kemanusiaan di Syria...
Menyumbanglah seikhlas hati... meski RM5 mahupun RM10... Apa jua yang termampu dari kita...
Silakan, bersama kami, sebarkan, sumbangkan, infaqkan, sampaikan, kongsikan.
===================
Sumbangan atas talian :
====================
ATAU
===============================
Sumbangan/deposit ke akaun berikut :
===============================
MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA
Bank Islam : 14-210-01-000988-2
Maybank : 5648-1051-3971
=====================
Maklumat Perhubungan :
=====================
Email : donation.mllfs@gmail.com
Website :www.malaysia4syria.org
No. Tel : +603-41416732 / 0132226057
Salam Ramadhan al-Mubarak! Kullu aa'm wa antum bikhair.

Demi Syria, Untuk Ummah!
-----------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/12/09/imigran-syria-bertemu-najib/;
  2. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kumpulan-pertama-8232-pelarian-syria-selamat-tiba-1.167103#sthash.ZwjscTg5.dpuf;
  3. http://www.bharian.com.my/node/103520;
  4. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kumpulan-pertama-8232-pelarian-syria-selamat-tiba-1.167103.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...