Isnin, Jun 13, 2016

ABIM SASAR BANTU 10,000 KELUARGA RAMADHAN INI.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM SASAR BANTU 10,000 KELUARGA 
RAMADHAN INI.
Program Kempen Seorang Sekampit Beras 
(Siri 1) ABIM Pusat.
12hb Jun 2016 (Ahad): ABIM terus konsisten mengagihkan beras serta barangan dapur kepada mereka yang memerlukan. Kali ini, KSSB (Siri 1) ABIM Pusat dijalankan di Surau An-Nasihin, Kampung Sungai Kertas, Gombak. Seramai 30 buah keluarga asnaf menerima bantuan dalam program kali ini.
Program ini turut mendapat liputan media seperti Astro Awani, Berita Harian, Harian Metro, SelangorKini dan lain-lain. Semoga banyak manfaatnya; bagi membolehkan para asnaf dapat menjalani Ramadhan serta Syawal yang lebih bermakna, in sya ALLAH.
Pada tarikh yang sama juga, telah berjalan program penuh bermakna anjuran Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre) Masjid Negara. Program ini turut mendapat liputan media seperti MalaysiaKini.
IOA Centre adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya bertujuan untuk menyampaikan mesej dakwah tentang pesanan agama Islam dan menghayati Islam sebagai panduan dan cara hidup khususnya kepada golongan Muslim dan belum Muslim tempatan atau luar negara. Pusat operasinya kini berada di Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.
Nama asal IOA Centre pada waktu penubuhannya ialah Islamic Outreach ABIM (IOA). Kini, IOA Centre sudah berkembang luas dan sedang ke arah usaha dakwah strategik serantau. Pendekatan IOA Centre lebih menekankan penyampaian dakwah menerusi kelas bimbingan dan perbincangan dua hala. Kelas-kelas diadakan bagi pengajian asas Tauhid, Sirah para Nabi, Tafsir, bacaan Quran adan amali solat. Semua kelas ini adalah percuma dan terbuka untuk semua masyarakat, khususnya yang baru menerima Islam melalui IOA Centre.
IOA Centre terus komited menyebarkan misi dakwah Islam kepada sekalian lapisan masyarakat. Sejak sekian lama penubuhannya, IOA yang mempunyai cawangan di masjid-masjid utama negara; seperti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, konsisten membawa mesej indah Islam menerusi program lawatan ke masjid-masjid di Malaysia.
Para pelancong serta masyarakat belum Islam yang mengunjungi masjid-masjid ini, diberikan penerangan mengenai fungsi sebenar masjid, sebagai pusat ibadah serta aktiviti umat Islam.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang IOA Centre tawarkan adalah seperti proses pengIslaman, kaunseling, kursus pra perkahwinan dalam bahasa Inggeris dan juga menyediakan beberapa orang ‘wakil keluarga’ sama ada untuk pengantin perempuan atau pengantin lelaki saudara baru; ketika majlis perkahwinan mereka.
Para saudara baru ini telah mendapat banyak manfaat daripada program-program yang dilaksanakan oleh IOA Centre, malah sebahagian daripada mereka sudah menyambung tugas dakwah ditempat mereka sama ada bersendirian atau bersama IOA Centre. Semoga dengan keberkatan usaha dan keikhlasan penggerak dan sukarelawa IOA Centre, ALLAH SWT akan membuka hati ramai lagi untuk menikmati dan memahami keindahan Islam dan dan berupaya mendidik pelbagai latar masyarakat untuk menghayati Islam. 
Sekalung penghargaan buat sekalian aktivis serta sukarelawan IOA yang berjasa.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
---------------------------------------
KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS.
Pesta amal di bulan Ramadhan kali ini dimeriahkan lagi dengan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dianjurkan oleh ABIM saban tahun.
Sumbangan yang telah disampaikan oleh rakyat Malaysia melalui Kempen Infaq Ramadhan@ABIM yang telah dilancarkan diterjemahkan dengan penyampaian sumbangan dan juga bantuan kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan kesusahan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh para penerima.
---------------------------------------
TANGAN DIHULUR, BAKTI DITABUR. 
Tekad kesemua relawan dan petugas-petugas ABIM seluruh negara pada tahun ini untuk menyampaikan dan berkongsi apa yang telah dihulurkan oleh rakyat Malaysia sebagai tanda kasih dan sayang sesama insan,
Gandakan INFAQ kita. Dengan nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim, ayuh kita semarakkan rasa cinta dan kasih kepada Ummat dengan menghulurkan infaq, sedeqah, zakat dan fidyah kita kepada yang memerlukan.
-----------------------------------
JOM INFAQ RAMADHAN @ ABIM!
Ayuh salurkan sedeqah dan infaq anda di bulan Ramadhan yang mulia ini melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Infaq Ramadhan anda akan dimanfaatkan bagi tujuan-tujuan berikut :
+ Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) untuk disampaikan kepada asnaf-asnaf zakat.
+ Program-program Bantuan Kemanusiaan (Malaysia dan Antarabangsa)
+ Pembangunan Pendidikan dan Dakwah Kepada Non-Muslim dan Saudara Baru
+ Program-program Bimbingan Belia dan Masyarakat Madani
+ Cetakan dan Sebaran Bahan-bahan Ilmiah
Semoga sumbangan anda yang budiman diganjari Allah dengan sebaik-baik amalan soleh.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :
==================
DEPOSIT KE AKAUN :
==================
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
Bank Islam : 14023010032527
Maybank : 564221610116
ATAU
=========================
SUMBANGAN ATAS TALIAN :
=========================
=========================
MAKLUMAT PERHUBUNGAN:
=========================
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
No. Telefon : +60126211545 (Pn. Badriah) / +60132226057 (En. Syahrir)
Emel: kewangan.abim@gmail.com
Website : www.abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
---------------------------------------
#AndaHulurkanKamiSampaikan
#KebangkitanIslamJilid2
#InfaqKitaBahagiaBuatMereka
#45TahunABIM #ABIMdiHatiku #AyuhDakwah
#SebarkanSenyuman #SebarkanSalam #IslamItuDamai
#EkstremismeMusuhSemuaKeyakinan
#MaknaiRamadhan
--------------------------------------
Silakan, bersama kami, sebarkan, sumbangkan, infaqkan, sampaikan, kongsikan.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Terima kasih.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...