Rabu, Jun 29, 2016

BADI

Peristiwa genap empat tahun lalu, tanggal 28 Jun 2012 di National Stadium, Warsaw​, separuh akhir EURO 2012​ antara dua jagoan Eropah, Jerman dan Itali.
Pertembungan dua negara ini singkap sejarah panjang antara mereka.
Untuk rekod, Jerman sebelum itu tidak pernah mengalahkan Itali dalam mana-mana kejohanan utama dunia, samada Piala Dunia mahupun Kejohanan Eropah.
Piala Dunia 1962, mereka terikat 0-0. Di Piala Dunia 1970, dalam perlawanan yang digelar Match of the Century​ di Estadio Azteca​, Itali menang menumpaskan Jerman Barat 4-3 untuk mara ke final. Piala Dunia 1978, kedua-duanya sekali lagi seri tanpa jaringan. Piala Dunia 1982 di Sepanyol, Itali muncul juara dunia selepas mengalahkan Jerman Barat 3-1 dalam perlawanan akhir. Kemudian di UEFA Euro 1988​ pula, Itali-Jerman terikat 1-1. Peringkat kumpulan UEFA Euro 1996​ sekali lagi seri tanpa jaringan. Perlawanan masyhur, separuh akhir Piala Dunia 2006 antara tuan rumah Jerman dengan Itali. Suatu perlawanan epik dan dramatik, Itali muncul pemenang untuk mara ke final dengan skor 2-0. 
Dan campur perlawanan ini, pasukan yang sebelum itu kandas awal di Piala Dunia 2010 berbanding Jerman yang ke Euro 2012 sambil bawa rekod 15 kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa, Jerman sekali lagi terkena 'badi' Itali.
Ramalan ramai menjangka Jerman bakal ke final nyata meleset.
Dua gol dari Mario Balotelli​ memadai untuk membantu Itali mara ke final meski di saat akhir, Jerman meraih satu gol saguhati.
Bilmakna, sedari 54 tahun yang lalu, Jerman tidak pernah menang ke atas Itali, bila bertembung di pentas kompetetif.
Zaman Franz Beckenbauer​, zaman Karl-Heinz Rummenigge​, zaman Lothar Matthäus​, Jürgen Klinsmann​ dan Rudi Völler​, atau Michael Ballack​ dan Miroslav Klose​, Jerman badi untuk kalahkan Itali.
Stigma dan tanggapan tersebut seolah menghantui para pemain Jerman.
Sebenarnya tiada lah sebadi mana pun, sebab dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, biasa Jerman tumpaskan Itali. Terbaharu, Mac lalu, Jerman bantai anak buah Antonio Conte​ 4-1 di Allianz Arena​.
Suku akhir UEFA EURO 2016​ sekali lagi Itali-Jerman bakal beradu kuat.
Memoir nostalgia antara kedua negara tersebut, cukup banyak untuk disingkap.
Teringat kata-kata bekas pemain Jerman Barat era 80an dahulu, Felix Magath​;
"Bila kamu lihat begitu bersemangat pemain Itali menyanyikan lagu kebangsaan mereka, kamu tahu yang kamu bakal ditentang sehabis mungkin sepanjang 90 minit perlawanan oleh mereka".
Retro Bola Sepak​: Suku akhir kelak, seterujanya kita ini dek kerana bakal disajikan dua pertembungan kuasa bola sepak dunia, Jerman dan Itali! Perlawanan pasti berlangsung epik!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...