Isnin, Mei 11, 2015

BOOTH MLL4S DI SHAH ALAM CONVENTION CENTRE PADA 8-10 MEI 2015.


BOOTH MLL4S DI SHAH ALAM 
CONVENTION CENTRE PADA 
8-10 MEI 2015.
Alhamdulillah, pada 8-10hb Mei 2015 (Jumaat-Ahad), Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah membuka reruai (booth) pameran dan jualan di Shah Alam Convention Centre (berhampiran Kompleks PKNS Shah Alam), sempena Malaysia Islamic Festival (MAIF) 2015.
Sempat juga saya melayan AlFarabi Band ber‘jamming’. Ada jiwa depa ni.Lagu “Islam Yang Telah Berkembang” mengenangkan saya kepada era gemilang Nadamurni. Al-Fatihah sekudusnya buat Ustaz Asri Rabbani.
Selain AlFarabi Band, UNIC juga turut membuat persembahan. Terima kasih buat Saudara Fakhrul dan Saudara Bazli yang sudi memakai mafla Malaysia Life Line for Syria ketika mendendangkan lagu-lagu nasyid mereka.
Pada hari kedua festival, ada wacana santai yang menampilkan Fynn Jamal dan Imam Muda Asyraf, di mana mereka berkongsi pandangan berkenaan isu 'keyboard warriors' dan media sosial.
Di MAIF ini juga, ada reruai buku indie, di mana ejen DuBook Press turut menjual buku-buku terbaru terbitan penerbit yang cukup dekat dengan jiwa anak muda.
Saya membeli naskah laku-keras ‘Amran Fans’. Nak beli ‘Sesembang’ dah habis pula. Untuk pengikut tulisan Mutalib Uthman, Pidomat the Takafulman dan Amran Fans; buku ini berbaloi untuk dimiliki. Ringan tapi buat kita berfikir. Banyak ambil dari status Facebook Amran Fans.
Sesiapa yang membeli buku tersebut, bersedialah untuk ketawa dan tersenyum sendirian. Heh heh.
Naskah ‘Amran Fans’ adalah antara yang terlaris, selain buku karya Saudara Lepat.  Pastinya kerana bahan terbitan penerbit alternatif/indie dekat dengan jiwa anak muda. Dan kebanyakan penulisnya punya pengikut dan ‘tribe tersendiri’. Bahasa dan ceritanya dekat dengan realiti dan mudah difahami.
Paling utama; keluar daripada kepompong cerita cinta tiga segi yang klise.
:)
Hulurkanlah bantuan anda, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin…
Ayuh, sebarkan salam!
------------------------------------------------
Teruskan menyumbang ke:
Nama Akaun : SALAM SURIAH RESOURCES
Maybank : 5645-5733-8496 
Bank Islam : 12-113-01-005343-3
CIMB : 86020-41215
No. Telefon : 0341416732 / 0132226057
*Untuk urusan resit pengecualian cukai, mohon emelkan kepada kami butiran
berikut :
1. Nama penuh 
2. Alamat 
3. No. telefon
Terima kasih.

Demi Syria; Untuk Ummah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...