Selasa, Mei 05, 2015

POKOK PELANGI.

POKOK PELANGI.
Pokok Eucalyptus Pelangi adalah pokok yang indah kerana kulit pokoknya penuh warna-warni. Pokok ini tidak menghasilkan minyak aromatik seperti kayu putih yang lain. Dan pokok ini boleh mencapai tinggi lebih 70 meter. Biasanya pokok ini tumbuh di Filipina, Papua New Guinea dan New Britain (Niu Briten).
Munculnya warna pada pokok ini kerana ia mengeluarkan warna pada kulit pokok tiap tahun, tetapi tidak pada tempat yang sama.
Ketika warnanya hilang, maka warna hijau dalam kulit terdedah. Dan ketika dewasa, setiap tompok pertama berubah menjadi biru, kemudian jingga, ungu, dan maroon. Ini menghasilkan penampilan seperti warna pelangi yang membuatkan pokok ini indah pada pandangan mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...