Rabu, Mei 27, 2015

Guano boh?

Guano boh?
Piala FA 2015 sah dijunjung ke seberang tambak. Maka bergembira lah seisi warga Singapura.
Sebelum final malam itu, bola Kelantan hidup lagi. Setelah permulaan yang suram sedari awal musim, magis Coach Azraai Khor Abdullah dilihat hampir menampakkan hasilnya.
Tahniah Lions XII; syabas juga buat TRW yang berusaha. Buat Kelantan, nyata tuah tidak memihak. Peluang banyak, tapi gagal disudahkan.
Lions dibarisi pemain muda yang pantas dan fokus -- tanpa kelebihan pemain import mahupun padang tiruan. Izwan yang cekap menjaga gawang juga menjadi tembok penghalang besar buat Kelantan.
Timbang tara keperluan membenarkan kelab luar beraksi dalam Liga-M perlu terus diperhalusi; tatkala manfaat untuk Harimau Muda yang beraksi dalam Liga-S dilihat kurang memberi impak. Semoga masa depan yang cerah juga buat pasukan kebangsaan. Perjalanan kita masih jauh.
Quo vadis, Liga-M dan FAM? Ke mana kita seterusnya?
.
Sumber dan Pautan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...