Selasa, Februari 17, 2015

Selamat pulang, pengulas legenda Malaysia.

Aksi dan gelagat Haji Hasbullah ketika 
era awalnya selaku pengulas sukan. Beliau yang 
berkacamata tampak segak mengulas perlawanan Piala 
Malaysia 1988 antara Selangor 
dan Kuala Lumpur. 
Haji Hasbullah berehat seketika ketika 
bertugas di Seoul, Korea Selatan, ketika 
rakaman Sukan Olimpik di sana. 
Pengulas sukan RTM: Azlan Mubin, 
Nurul Fatiha, Dato’ Haji Hasbullah Awang, 
Nurul Alis dan Zachki Ahmad Suri.

Pengulas Astro Arena. Dari kiri: 
Akhbar, Hafizal Hamad, Dato Hasbullah 
dan Haji Zainal Abidin Rawop.
Antara gambar terakhir Dato’ Hasbullah, 
yang diambil oleh Saudara 
Zachki Ahmad Suri yang juga 
pengulas sukan TV.

Saya Hasbullah bin Awang, 4331208 mengajak saudara 
mengenali antara bintang-bintang yang kian mengerdip…
Begitulah antara celoteh awal Dato’ Haji Hasbullah Awang, pengulas sukan legenda ketika bertugas mengendalikan rancangan ‘Tunas Harapan’ di Radio Malaysia Siaran Tempatan Kuantan pada 1974. Beliau juga pernah mengendalikan rancangan radio ‘Soal Jawab Agama’.
Titik tolak permulaan Haji Hasbullah sebagai pengulas sukan bermula pada 1978, apabila Othman Haji Muhammad tidak dapat hadir ke stadium untuk mengulas perlawanan di antara Pahang menentang Singapura. Antara pengulas sukan yang sebaris dengan beliau ialah Datuk Rahim Razali, Abdullah Hashim, Sherkawi Jirim, Jamaluddin Alias dan Amin Mahir.
Nyata, bukan mudah untuk menganalisis serta memberikan pandangan dalam sesuatu rancangan sukan, apatah lagi bila ianya disiarkan secara langsung. Setiap pengulas perlu berada dalam kelas tersendiri, sentiasa menterjemah perlawanan dengan adil, berfakta dan menarik. Memetik kata-kata bekas pengacara rancangan ‘Dunia Sukan’ (TV3), Jahidin Ahmad: “Mengulas itu adalah satu kerja seni. Setiap pengulas perlu mencari identiti sendiri”.
Al-Fatihah sekudusnya buat Allahyarhamhu Dato' Hasbullah Awang, pengulas sukan legenda negara, yang telah pulang ke Rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Dari ALLAH kita datang; kepada-NYA juga tempat kita kembali.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...