Selasa, Februari 17, 2015

Booth Pameran MLL4S Dapat Sambutan Baik di Ekspo Plaza Angsana, JB.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.

I
Booth Pameran MLL4S Dapat Sambutan Baik 
di Ekspo Plaza Angsana, JB.
Alhamdulillah, Sahabat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) berkesempatan membuka ‘booth’ pameran dan jualan sempena ‘Ekspo Ekstravaganza Johor 2015’, dari 13-15hb Februari 2015 (Jumaat hingga Ahad), pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Lokasi program adalah di Angsana Johor Bahru Mall. ‘Ekspo Ekstravaganza Johor’ ini adalah yang julung-julung kali diadakan, bertempat di Aras 2, pusat beli-belah popular tersebut. Antara objektif program ini adalah bagi mewujudkan peluang perniagaan dan rangkaian usahawan di Angsana Johor Bahru Mall dalam memasarkan produk dan barangan mereka.
Selain itu, ia juga bermatlamatkan untuk menjana pemikiran usahawan yang proaktif, beridealisme dan kreatif melalui pelbagai aktiviti dan program motivasi yang dijalankan sepanjang ekspo tersebut berlangsung.
Ia juga dijalankan bagi menerapkan kepentingan ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) – tanggungjawab Sosial kepada para usahawan dalam menjalankan perniagaan mereka.
Sahabat Kelab Peminat Azman Adnan - G19 juga ada membuat pameran jersi dan majalah bola sepak lama Liga Malaysia di ‘booth’ yang sama. Sebahagian Sahabat G19 pula telah berkonvoi ke Stadium Darulmakmur, Kuantan, pada hari Sabtu, bagi menyaksikan pertembungan Tok Gajah dan Gergasi Merah.
Sudah rezeki kami, apabila sempat mendengar kuliah Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (BBU). Pada hari pertama, kami menetap di Wisma ABIM Johor, yang terletak berhampiran masjid tersebut. Pagi Jumaat nan syahdu.
Juga baru tahu, kedai Sarang J-King, jenama legenda tempatan, terletak bersebelahan Wisma ABIM Johor. Saya dimaklumkan bahawa Sarang JKing di BBU, masih dibuka lagi. Lebih kepada buat jersi pasukan, sulam logo, buat ‘patch’ dan menjual peralatan sukan. Kebiasaannya, agensi kerajaan dan sekolah-sekolah banyak tempah di kedai ini. Sebuah lagi kedai Sarang J-King terletak di Taman Daya (francais). Taman Daya lebih kepada ambil pesanan, dan yang buat pun masih di BBU.
Terima kasih buat Bro Fared, Bro Hazren, Bro Indra, para Admin Retro Bola Sepak (RBS) serta semua yang sudi mengunjungi booth Malaysia Life Line for Syria (MLL4S). Pertama kali dapat bersua muka dengan para Admin RBS yang budiman.
Alhamdulillah, setelah sekian lama hanya komunikasi maya jadi penghubung, akhirnya kami bertemu muka. Empat orang daripada enam ‘admin’ Retro Bola Sepak berkesempatan bersua. Careca, Canna, Le Saux dan Che Din berkumpul bersama. Cuma Maldini dan Razee yang tidak berkesempatan hadir kerana punyai kekangan masa.
Biarpun singkat pertemuan kami, pelbagai cerita yang kami bualkan, bincangkan serta luahkan. Latar belakang yang berbeza, asal negeri yang tak sama, kerjaya yang pelbagai, tapi berkongsi citra yang sama, iaitu minat pada bola sepak. Moga ukhwah yang terjalin akan kekal utuh selagi hayat dikandung badan.
Siapa tahu kelak, akan ada di antara tuan-tuan di luar sana bakal sertai ‘keluarga Retro Bola Sepak’. Kata orang, “Kalau ada sumur di ladang... Boleh kita menumpang mandi... Kalau luhur hati seorang… In sya ALLAH dikenang sampai mati…” Grande dan padu selamanya...
Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Bersama sahabat saya yang budiman 
dari Syria, Saudara Wael Aldroubi. Beliau kini 
tinggal di Malaysia. Banyak yang beliau puji tentang 
negara kita. Semoga ALLAH SWT pelihara kita daripada
perkara-perkara yang tidak baik, in sya ALLAH.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 
Dikenali sebagai seorang yang peramah
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian
telah melelong pingat Juara Piala Malaysia
kesayangannya, untuk disumbangkan ke
Tabung Gaza dan Syria.
23hb Jun 2014: Siaran langsung
Scoreboard (TV3) bersama Abg 
Jamsari Sabian,
bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan
yang berjasa. Terima kasih buat Kru 
Scoreboard tv3 new official
yang banyak membantu. Syukur.
Kenangan siaran langsung
Scoreboard, TV3.
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan
terkesan akibat konflik peperangan.  
II
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS


Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
III
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.

------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...