Rabu, Februari 11, 2015

Takdir.

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
Di sini saya kongsikan tulisan yang sangat baik daripada blog Abang Jufitri Joha, Tokoh Belia ASEAN 2014 yang juga Pengerusi, Malaysia Life Line for Syria (MLL4S).
Buku langka (rare) “Anwar Ibrahim: Cekal dan Tabah” (1984) nukilan J. Victor Morais, terbitan Arenabuku Sdn. Bhd. -- yang saya hadiahkan kepada Abang Ju, saya beli pada harga RM15 sahaja. Terkenang dulu, setiap dua bulan sekali saya akan ke Chowrasta, Pulau Pinang dengan menaiki bas dari Shah Alam, untuk mencari buku dan majalah lama.
Sekarang, di FB pun sudah ramai yang menjual naskah-naskah lama pada harga berpatutan. Kenangan.
Berbicara tentang DSAI -- kita boleh menyenanginya, tapi jangan memuja; sampai taksub. Kita boleh saja tidak menyukai beliau, tapi usah mencerca; sampai jatuh fitnah.
Semoga keluarga beliau tabah dengan dugaan ini.
Ini takdir beliau. Bahagian kita belum tentu lagi. Semoga yang haq akan terjulang tinggi. Hasbunallah wani’mal wakil.
* Gambar diambil ketika Persidangan Belia Antarabangsa (International Youth Gathering) 2015 baru-baru ini, di Hotel Flamingo, Ampang. 
Kredit buat Kak Maria Kamel​ yang baik hati.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...