Selasa, Februari 24, 2015

Form is temporary, class is permanent.

Para pemain sebaiknya hendaklah 
berterima kasih kepada penonton setiap kali 
habis perlawanan, sebagai tanda 
penghargaan.
(Gambar sekadar hiasan, ehsan 
daripada Kosmo).
Form is temporary, class is permanent.” 
-- Sahabat Retro Bola Sepak (RBS), 
Saudara Ariff Abdullah.
Dalam sesetengah kes, terdapat segelintir pemain serta bekas pemain bola sepak kita yang mudah meninggi diri, bila dikelilingi kemasyhuran.
Sedarlah, peminat dan penyokong -- semiskin mana pun mereka -- adalah golongan terbanyak yang berkorban: masa dan wang ringgit dibelanjakan, atas rasa sayangkan kelab dan pasukan negeri mereka.
Hargai dan hormatilah peminat, kerana darjat dan kemasyhuran tidak kekal. Tetapi, sikap rendah diri dan hati-budi yang baik, akan dikenang sampai hujung nyawa.
Bak kata Saudara Fatay Al-Ansari, seorang pengumpul jersi yang tegar, “Amat-amat setuju. Pemain datang dan pergi. ‘The team stay’. Peminat hanya akan kenal seseorang pemain kerana pemain itu wujud dalam sesebuah pasukan.
Takkan mungkin pemain seperti Maradona... boleh dikenali ramai, jika dia masih bermain bola di lorong-lorong rumah beliau. Hukum alam; menghargai untuk dihargai. Janganlah kerana gaji yang besar, peminat disisihkan: kerana gaji dan harta tidak kekal selamanya.”
BIAR JASA JADI KENANGAN.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...