Isnin, Februari 23, 2015

Tentang Sikap.

Iklan kenangan. 
Harmonis.
Pokok perpaduan adalah Kita. 
Padu.
Minda perpaduan.
Tanpa mengenal warna dan status,
tersenyum riang: meraikan kedamaian.
Perpaduan menerusi sukan.
Jalur Gemilang: Panji kebanggaan semua.
“…Berlagulah di serunai hayat yang senafas hirup,
Nyanyian persaudaraan dalam batin yang harus hidup,
Meski antara kita faham-faham berlainan terpaut.”
-- Almarhum SN Usman Awang (Politik, 1959).
-------------------------------------------
Ramai dalam kalangan orang kita mudah berkelahi dan berhujjah bab politik, bola, agama, dan bangsa – lagi-lagi di media sosial.
Tapi, tak ramai yang mudah mengubah sikap bab-bab kecil yang signifikan: supaya lebih kerap mengucap terima kasih; jaga kebersihan tandas dan beri lampu ‘signal’ pada waktu yang sewajarnya.
Paling sayu, bila setiap kali kesesakan jalan raya pada musim perayaan, pemandu-pemandu cenderung memecut laju di lorong kecemasan: termasuklah kenderaan berat seperti bas dan lori.
Ini soal sikap – kita mudah menuding silap orang lain; tapi sukar untuk memperbaiki kekurangan diri.

Salam bahagia, Malaysiaku.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...