Rabu, Oktober 29, 2014

Seputar ‘Majlis Pelancaran Kempen Selamatkan Al-Quds 2014’.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.


Setiausaha Agung ABIM: 
Juga mantan Presiden PKPIM.

Saudara Jufitri Bin JohaPengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.

merangkap CEO MLL4S, 
Saudara Raimi Ab Rahim, Naib Presiden 
ABIM. Juga mantan
Presiden PKPIM.


Masjidil Haram, masjid paling suci. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu kiblat sewaktu menunaikan solat. Kajian menunjukkan bahawa Kaabah adalah Pusat Bumi, dengan ketepatan ratio 1.618. Subhanallah.
Masjid An-Nabawi, masjid kedua paling suci dan terletak di Madinah Al-Munawarah. 
Masjid yang dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW ini 
turut menempatkan makam Baginda SAW.
Masjid Al-Aqsa (Masjid Yang Jauh), masjid ketiga paling suci. Terletak di Kota Baitul Maqdis, Palestin. Rejim Zionis giat menjalankan kerja cari gali di bahagian bawah Masjid Al-Aqsa, sehingga mengakibatkan berlaku keretakan pada beberapa bahagian masjid suci tersebut. 

Kubah Batu-Asy-Syakrah (Dome of the Rock), antara binaan terindah di dunia dengan kubah emasnya. Sering dirujuk secara silap sebagai Masjid Al-Aqsa. Kubah Asy-Syakrah terletak bersetentang dengan Masjid Al-Aqsa yang usang dan berkubah hijau.
I
Seputar ‘Majlis Pelancaran 
Kempen Selamatkan Al-Quds 2014’.
Alhamdulillah, pada 29hb Oktober 2014, Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) (Abim Pusat) dan Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah terlibat dalam penganjuran ‘Majlis Pelancaran Kempen Selamatkan Al-Quds’. Program tersebut berlangsung di Tingkat 12, Wisma Bernama, Kuala Lumpur, dan mendapat sokongan padu daripada pelbagai pertubuhan-pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (BBK-NGO) yang cakna isu Palestin.
Sidang media berkenaan Kempen ‘Selamatkan Masjid Al-Aqsa’ (Save Al-Aqsa Mosque)’ ini turut dijalankan dalam majlis tersebut. Program ini merupakan inisiatif daripada gabungan pertubuhan-pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (BBK-NGO) Malaysia dan Palestin yang terlibat aktif dalam isu Palestin.

II
Berikut adalah kenyataan penuh sewaktu majlis tersebut:
Baru-baru ini, penjajahan Israel telah memulakan fasa baru mereka menerusi proses yang dikenali ‘Judaization’ Al-Quds dan Masjidil Aqsa. Fasa ini merupakan fasa paling berbahayakerana mereka cuba untuk membahagikan masjid tersebut sedikit demi sedikit antara orang Islam dan orang Yahudi. Kerajaan Israel juga untuk memperkenalkan sebuah rang undang-undang yang memberikan kuasa kepada mereka untuk membahagikan Al-Quds.
Sekiranya undang-undang ini diterima, orang Yahudi boleh bersembahyang atau menunaikan ibadah mereka di dalam Al-Quds. Undang-undang ini juga menghalang mana-mana protes atau bantahan di dalam Al-Quds terhadap undang-undang tersebut. Memandangkan situasi semasa Al-Quds yang semakin meruncing, maka pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (BBK-NGO) di Malaysia telah mengadakan pertemuan dan bersetuju mengetengahkan perkara-perkara berikut:-
  1. Kami menyeru kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin menerusi sidang khas di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mengutuk tindakan membahagikan Masjidil Al-Aqsa;
  2. Memohon semua masjid di Malaysia mengadakan khutbah Jumaat khas mengenai situasi terkini di Al-Quds pada hari 31 Oktober 2014 di samping kutipan derma dan solat hajat;
  3. Kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya pengaruh sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang Israel meneruskan projek ‘Judaization’ Al-Quds;
  4. Menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bertindak lebih tegas dengan mengumpul kekuatan negara-negara Islam untuk menghalang projek Israel;
  5. Menyeru jasa baik media Malaysia serta antarabangsa membuat liputan dan rancangan khas tentang situasi terkini di Al-Quds untuk membangkitkan kesedaran mengenai usaha yang digerakkan Israel;
  6. Memohon rakyat Malaysia yang prihatin untuk meneruskan sokongan serta sumbangan projek pembangunan dalam membantu rakyat Palestin baik dari sudut kesihatan dan pendidikan.

III
Kempen ini dilancarkan setelah rejim Zionis Israel secara berterusan dan kini pada kadar yang lebih agresif, menghalang umat Islam di Palestin daripada menunaikan solat dan menziarahi Masjid Al-Aqsa, selain siri penindasan yang semakin meruncing di Baitulmuqaddis. Kempen ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia di samping mendesak masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap rejim Israel. 

IV
Seperti yang kita sedia maklum, situasi terkini di Al-Quds adalah dalam keadaan terancam, di mana pihak Israel sedang menggiatkan usaha menghancurkan Masjid Al-Aqsa. Menurut Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ (MyCARE), telah hampir lima dekad Baitul Maqdis dijajah oleh rejim Zionis Israel, dan ketika ini, Menteri Agama Israel dan Knesset (Parlimen Israel) sedang merangka pelan pembahagian Masjid Al-Aqsa kepada dua buah bahagian.
Jelasnya lagi, kita tidak mahu perkara ini berulang seperti apa yg terjadi di Masjid Ibrahim di Hebron, apabila masjid tersebut dibahagikan kepada dua. Rakyat Malaysia berjaya membantu isu Gaza, tetapi kita harus tahu bahawa isu utama kebangkitan rakyat Gaza adalah mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak agar dapat memanfaatkan medium sosial untuk membina momentum ‘Kempen Selamatkan Al-Aqsa’ ini, lebih-lebih lagi, ia merupakan isu kemanusiaan sejagat.

 V
Presiden Global Peace Mission (GPM) yang juga Naib presiden ABIM, Saudara Haji Raimi Ab Rahim turut ditemuramah oleh wartawan Astro Awani, Saudara Hilal Azmi berkenaan kempen tersebut. Antara gabungan BBK-NGO cakna Palestin yang terlibat adalah: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); PKPIM; WADAH; Global Peace Malaysia (GPM); Kesatuan Ulama’ Sedunia (Cawangan Malaysia); Aqsa Syarif; MAPIM; Viva Palestina Malaysia; Palestine Cultural Organization Malaysia (PCOM); Al-Quds Foundation Malaysia (QFM); Haluan; GEMA; SHURA; Aman Palestin dan IKRAM Siswa.

Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Bersama sahabat saya yang budiman 
dari Syria, Saudara Wael Aldroubi. Beliau kini 
tinggal di Malaysia. Banyak yang beliau puji tentang 
negara kita. Semoga ALLAH SWT pelihara kita daripada
perkara-perkara yang tidak baik, in sya ALLAH.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 
Dikenali sebagai seorang yang peramah
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian
telah melelong pingat Juara Piala Malaysia
kesayangannya, untuk disumbangkan ke
Tabung Gaza dan Syria.
23hb Jun 2014: Siaran langsung
Scoreboard (TV3) bersama Abg 
Jamsari Sabian,
bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan
yang berjasa. Terima kasih buat Kru 
Scoreboard tv3 new official
yang banyak membantu. Syukur.

Kenangan siaran langsung
Scoreboard, TV3.
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan
terkesan akibat konflik peperangan.  




VI
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS




Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
VII
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...