Rabu, Oktober 15, 2014

Pemimpin ABIM terima Anugerah Tokoh Belia ASEAN 2014.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM. 
Saudara Jufitri Bin JohaPengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
I
Pemimpin ABIM terima Anugerah 
Tokoh Belia ASEAN 2014.
Alhamdulillah, sekalungan tahniah diucapkan kepada Pengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) dan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Jufitri Bin Joha, yang telah dipilih mewakili negara untuk menerima Anugerah Tokoh Belia ASEAN 2014, sempena ‘Hari Anugerah Belia ASEAN 2014’. Penyampaian anugerah tersebut telah dibuat dalam satu persidangan belia ASEAN di Brunei Darussalam pada 9 Oktober 2014 (Khamis) yang lalu.
Di Brunei, Saudara Jufitri sempat menziarahi mantan  Setiausaha Agung ABIM, Profesor Osman Bakar di kediaman beliau di Universiti Brunei Darussalam (UBD) [Catatan ringkas di http://gptd-spain.blogspot.com/]. Profesor Osman ketika ini merupakan Pengarah di Pusat Pengajian Ilmu Islam Sultan Omar Ali Saifuddien (SOASCIS) dan pernah menjadi anak murid kepada Profesor Syed Hossein Nasr yang merupakan pemuka ilmu terkenal di dunia Islam.
Presiden ABIM, Cikgu Haji Amidi Abd Manan, telah menyambut ketibaan Saudara Jufitri di KLIA. Saudara Jufitri telah mengharumkan nama negara, selain menjadi aspirasi dan inspirasi buat umat secara umumnya, dan golongan belia secara khususnya.

II
Anugerah Belia Perdana Malaysia 
(Kategori Lelaki) 2014.
Terdahulu, pada 15hb Mei 2014, Saudara Jufitri telah menerima Anugerah Belia Perdana Malaysia (Kategori Lelaki) 2014. Anugerah tersebut disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak sambil disaksikan oleh Presiden MBM, Saudara Maliki serta YB Khairy Jamaludin.
Saudara Jufitri merupakan salah-seorang senior di dalam ABIM yang sangat menginspirasikan ramai pihak. Graduan UIAM dan Universiti Durham (United Kingdom) ini terlibat secara langsung dengan beberapa projek penting belia negara, teraju utama Majlis Belia Negeri Sembilan dan pelopor Parlimen Belia serta aktif mengkaji dan membentangkan kertas kerja tentang belia.
Kejayaan ini membuktikan bahawa asas dinamika kepemudaan yang membawa mesej intelektual, aktivisme, spiritualisme dan sukarelawan dalam ABIM diiktiraf dan mampu menjadi produk dakwah yang unggul.
Beliau memang selayaknya dikurniakan anugerah tertinggi belia negara. Beliau seorang yang amat sederhana; yang hidupnya sentiasa disumbangkan kepada ummah. Daripada kampus cekal dan gigih menekuni ilmu, aktif menabur budi tanpa kenal erti penat, sentiasa hormat dan merendah diri kepada orang lain hatta tidak pernah terdengar mengeluarkan sepatah kata yang mengguris perasaan orang lain.
Ramai yang mungkin tidak mampu menyamai pencapaian beliau; tetapi iltizam dan sifat kesederhanaan dirinya akan terus memaknai setiap belia yang ingin menyumbang bakti. Isteri beliau, Puan Norazla Abd Wahab, merupakan pendokong watak setia di sisi, yang tidak putus dan sentiasa menyokong dan memudahkan tugas si dia. Moga Saudara Jufitri sekeluarga dirahmati Ilahi. Amin dan in sya ALLAH.
Hormat kepada orang yang lebih tua walaupun berbeza pandangan dan pendirian. Moga lebih ramai kader-kader dakwah yang benar-benar menyerlahkan akhlak seorang pendakwah bagi ditampilkan kepada generasi muda sebagai ikon belia sejati. Tahniah ABIM dan PKPIM. Tahniah juga buat Saudara Jufitri. Dari belia, untuk belia. Sejahterakan Malaysia dengan dakwah. Hidup Biar Berjasa. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Padu.


Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 



III
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS




Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
IV
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia;
  3. https://www.facebook.com/pkpimalaysia?fref=ts;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/05/pimpinan-abim-dan-pkpim-di-konvensyen.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...