Selasa, Oktober 21, 2014

Suhail, Afiq dan Afif Bertanding Parlimen Belia Malaysia.

I
Saudara Suhail merupakan Calon Parlimen Belia Malaysia bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau memohon sokongan rakan-rakan agar dapat membawa pandangan belia dalam hal pembangunan Negara pada masa akan datang, in sya ALLAH.
Tidak terlalu lambat bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk merakamkan ucapan setinggi tahniah terhadap saudara Suhail Mohamed Kamaruddin atas perlantikan sebagai Pengerusi Gold Award Association Network (GAIN) bagi sesi 2014-2016. GAIN merupakan sebuah badan antarabangsa yang signifikan bagi menyelia dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk penerima emas dari negara-negara yang terlibat dalam The Duke of Edinburgh’s International Award for Young People. Anugerah ini bertujuan bagi mengiktiraf sumbangan anak muda di seluruh dunia dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara. Terdapat 146 buah Negara yang terlibat dalam program anugerah berprestij ini.
Perlantikan dan pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan besar buat masyarakat dunia khususnya generasi muda global terhadap kepimpinan belia Malaysia. Pihak ABIM juga turut rasa bertuah memandangkan saudara Suhail merupakan antara pimpinan utama ABIM Wilayah Persekutuan yang bertindak sebagai Penolong Setiausaha. Ini secara tidak langsung menggambarkan kualiti kepimpinan ABIM di samping kekuatan personaliti saudara Suhail diiktiraf oleh generasi muda global.
Pihak ABIM ingin mengucapkan selamat maju berjaya kepada saudara Suhail dalam memimpin GAIN ke persada yang lebih hebat sambil mengharapkan supaya seluruh belia Malaysia dan ABIM dapat terus bersama-sama beliau menyumbang kepada kesejahteraan pembangunan belia di seantero dunia. Semoga saudara Suhail menjadi inspirasi kepada belia Malaysia untuk terus mempersiapkan kualiti kepimpinan diri untuk ditawarkan kepada masyarakat dunia ke arah dunia yang lebih aman dan sejahtera.
Pihak ABIM juga menyeru seluruh belia Malaysia agar mengambil manfaat dan peluang ini untuk sama-sama terlibat dalam program The Duke of Edinburgh’s International Award for Young People ini melalui Bahagian Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Malaysia Gold Award Association (MAGAA) kerana ianya amat bermanfaat bagi membangunkan potensi diri ke arah yang lebih positif.


II
Saudara Muhammad Afiq Asyraf telah dicalonkan sebagai Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia mewakili negeri Sarawak. Beliau memohon sokongan rakan-rakan agar dapat membawa suara anak muda dalam parlimen belia, in sya ALLAH. Beliau merupakan Felo Perdana kepada YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 
Manifesto beliau yang pertama ialah ‘Pemberdayaan Organisasi Belia’: Mendokong organisasi belia semasa agar kekal relevan dengan matlamat melahirkan belia yang berswadaya dan ketinggian setiakawan yang lebih akrab.


III
Saudara Afif adalah salah-seorang calon Parlimen Belia Malaysia 2014 Negeri Selangor (SGR013). Berikut adalah sedikit latar belakang:
Latar belakang pendidikan:
  • S.A.M.Hishamuddin Sg Bertih (PMR 8A 1B);
  • MRSM Taiping (SPM 8A 1B);
  • Universiti Teknologi Malaysia (Degree dalam Elektrikal & Elektronik);
  • Dongguk University, Seoul, Korea Selatan (Master dalam Elektronik).

Latar belakang professional:
  • Bekas Jurutera Elektronik (Ikramatic System, R&D kompeni bumiputra membuat sistem untuk Tentera Udara);
  • Jurutera Aplikasi (Agilent / Keysight ATP, Electronic Test & Measurement Group)
  • Graduate Engineer BEM & IEM (Tamat 3rd year log book, proceed to interview).

Penglibatan Kemasyarakatan:
  • Mantan SU PKPIM Zon Selatan;
  • YDP ABIM Daerah Klang;
  • NYDP ABIM Negeri Selangor.

Antara program-program yang disertai:
  • Kapal Belia Jepun (SSEAYP 2012 MaPY 39th);
  • Malaysia - US Engagement and UN Friendship 2013;
  • Innovate Malaysia (2012 - now committee & judges for Keysight track).

Harapan:
  • Mengambil semangat dari hadith Sahih Muslim Jilid 4: “Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya”.

Beliau mencadangkan kepada semua pengundi untuk memilih calon berdasarkan kepada kepakaran masing-masing. Saudara Afif mencadangkan pencalonan beliau untuk Exco Teknologi dan Inovasi atau Exco Antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...