Jumaat, Oktober 17, 2014

Sudah terbit: Biografi Azman Adnan.


 

I
Sudah terbit: Biografi Azman Adnan.
Alhamdulillah, Big Boh dah bagi lampu hijau, dan manuskrip telah siap dicetak. Mohon doa daripada semua, agar naskah biografi "Azman Adnan: Ini Ceritaku" ini selamat dijual dan dipasarkan. 

“…Untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang baik itu tidak mudah, apa lagi untuk menjadi seorang pemain legenda. 
Sedari zaman kecilnya, anak kedua daripada lima adik-beradik ini sudah melalui ‘rejim’ latihan untuk menjadi seorang pemain bola sepak berkemahiran menerusi pimpinan bapanya yang juga seorang bekas anggota tentera. 
Setiap hari, Pak Nan akan melatih Azman di padang berhampiran kediaman mereka di Flat Sri Melaka, Cheras.”
- Bab 1, Biografi “Azman Adnan: Ini Ceritaku”.

II
Bak kata Saudara Jabal Noor, “…sesuai dijadikan koleksi dan kenangan. Bukan ditujukan hanya untuk penyokong bola sepak Selangor sahaja, bahkan untuk semua yang mengaku sebagai peminat bola sepak tempatan. Tak kira sama ada tegar Terengganu, tegar Melaka, tegar Perak Jenderata, tegar Real Madrid, waima tegar Red Star Belgrade sekalipun. Beli tanda sokongan anda.”

III
Sedikit sinopsis: 
“...kata Azman, “Falsafah sebagai pemain bola sepak khususnya penyerang ialah ‘pasukan mesti nombor satu; kita nombor dua’. Yang penting, pasukan kita menang dan terus juara, kita menang kasut emas atau tidak itu tidak menjadi isu.”

Sebagai pemain, hampir kesemua trofi kejuaraan liga tempatan telah berjaya beliau gondol, termasuklah Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Liga, Piala Malaysia dan Piala Emas Raja-Raja. 
Meskipun pernah dilanda kontroversi, Azman akan terus dikenang sebagai penyerang sensasi negara yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan terpuji. Kemampuannya mengelirukan pihak lawan dengan gelecekannya, mengacah dengan kaki kiri dan merembat pula dengan kaki kanan, sentiasa menjadi kenangan. Ketajaman penyudahnya pasti dirindui.
Sesungguhnya, nama Azman Adnan akan terpahat sebagai antara segelintir penyerang terbilang yang pernah dilahirkan Malaysia.” 
IV
Kepada semua sahabat budiman yang ingin memiliki naskah biografi ini, harga senaskah adalah RM30 (tambah RM6 untuk pos laju) untuk Semenanjung; dan RM33 untuk Sabah dan Sarawak (tambah RM10 untuk pos laju).
Kepada yang berminat untuk membeli naskah “Azman Adnan: Ini Ceritaku”, bolehlah PM ke page FB “Azman Adnan - G19”:

https://www.facebook.com/azmanadnan.G19?fref=ts

Atau boleh PM wakil-wakil jualan seperti Bro Mohd Nizam Hj Anuar, Bro KingKheiriel, Bro Syed Shahrom Wafa atau Bro Syafeque Azhar
Terima kasih semua, atas sokongan. Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Man Turn, Man Score. Padu.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...