Rabu, Disember 16, 2015

PRESIDEN ABIM ADAKAN PERTEMUAN DENGAN KHALID MESHAAL (HAMAS).


PRESIDEN ABIM ADAKAN PERTEMUAN DENGAN KHALID MESHAAL (HAMAS).
10hb Disember 2015: Siri Syarahan Perdana anjuran Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) telah diadakan baru-baru ini, kali ini menampilkan Saudara Khalid Meshaal, pemimpin HAMAS (Ḥarakat al-Muqāwamah al-‘Islāmiyyah – Gerakan Kebangkitan Islam). Khalid Meshaal merupakan antara arkitek gerakan HAMAS dan beberapa kali cuba dibunuh oleh rejim Zionis Israel.
14hb Disember 2015 menandakan HAMAS mengecapi usia ke-28 tahun -- satu tempoh perjuangan yang panjang dan penuh tribulasi. Bertempat di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur, pidato telah disampaikan dengan penuh bersemangat serta bermakna. Turut hadir, Presiden ABIM, Saudara Haji Mohamad Raimi dan CEO Malaysia Life Line for Syria, Saudara Syahrir Azfar Al-Halabi.
Pimpinan ABIM menzahirkan rasa bersyukur, kerana berpeluang mendengar sendiri perihal Ummat Islam di bumi Gaza dan Al-Quds secara langsung daripada ‘dhamir’ dan suara hati pemimpin nombor satu HAMAS – ‘Abu Waleed’, Khalid Meshaal.
Saudara Raimi dan pimpinan ABIM turut berkesempatan mengadakan dua kali pertemuan serta perbincangan bersama Saudara Khalid: Pertama di hotel tersebut, dan kedua di Sekretariat PCOM, Titiwangsa. Mewakili HAMAS, Saudara Khalid menghargai sokongan padu masyarakat, NGO madani serta rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan ini turut menyumbang untuk mempengaruhi dasar kerajaan Malaysia yang lantang menyokong perjuangan Palestin di pentas antarabangsa.
Saudara Khalid memberitahu bahawa, kebangkitan rakyat Palestin yang pertama (Intifadah pertama) pada tahun 1987 telah memperkukuhkan HAMAS di Wilayah Gaza, Palestin. Intifadah yang kedua pada tahun 2003 pula berjaya menghalau Ariel Sharon dan Israel dari wilayah Gaza, Palestin.
Beliau menambah, Intifadah ketiga pada kali ini moga-moga berjaya menghalau keluar Israel dari bumi Palestin, dan intifadah keempat mungkin Ummat Islam seluruh dunia sudah boleh menziarahi Palestin dan Masjid al-Aqsa.
Beliau juga mengulas mengenai pendirian HAMAS terhadap Daesh (ISIS), Hezbollah dan Iran dalam isu Syria. Pertama, HAMAS menentang ideologi ekstremisme Daesh yang membunuh dan mengkafirkan Muslim lain. Beliau juga menyatakan bahawa ramai anak muda yang ingin berjihad di Palestin, tetapi akses untuk masuk ke Palestin telah ditutup rapat oleh rejim Zionis.
Maka, ramai anak muda pergi ke negara yang lebih mudah diakses seperti Syria. Malangnya, ramai yang terpedaya dengan propaganda Daesh yang memerangkap anak muda yang naif dan kurang ilmu.
Kedua, HAMAS mengaku walaupun dahulu ada bekerjasama dengan Hezbollah, Iran dan Basyar Assad dalam isu Palestin, tetapi selepas berlaku revolusi Syria, HAMAS menarik balik kerjasama dengan ketiga-tiga penjenayah perang ini; dan tetap pendirian mereka dengan rakyat Syria yang dizalimi.
Katanya lagi, pernah Basyar Assad memanggil HAMAS untuk mendapatkan sokongan politik dalam isu Syria. Tetapi, HAMAS menyatakan bahawa mereka berdiri bersama rakyat Syria yang menentang rejim yang zalim.
Terdahulu, pada 4hb Disember 2013, pimpinan ABIM telah berkesempatan meluangkan kira-kira 5 jam bersama Saudara Khalid Meshaal, bagi mendalami pergolakan terkini dan masa depan bumi Palestin yang tercinta.
Dalam catatannya, Saudara Raimi menggambarkan Saudara Khalid sebagai ‘orang yang sungguh terampil, budiman dan merendah diri. Hujahnya tegas, tajam dan sistematik – mendengar tutur bicaranya, umpama sedang membaca perenggan demi perenggan tulisannya. Inilah antara sifat-sifat yang selayaknya bagi pemimpin besar sepertinya, pemimpin yang menempati posisi yang didahului oleh As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin dan As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.’
Masa depan Palestin adalah bersama HAMAS!” Ujar Saudara Khalid dengan penuh optimis.
Moga ALLAH SWT merahmati para pejuang Ummat dan moga Roh perjuangan mereka menyerap, mengakar dan merimbun dalam jiwa-jiwa kita yang kian lesu, dan makin tenggelam dalam kehidupan seharian.
Bersama kita mendukung perjuangan untuk pembebasan serta keadilan -- Palestin, Syria, Rohingya serta semua Ummat yang tertindas. Solidariti; buat kemanusiaan serta persaudaraan!
_____________________________________
Hasbunallah wanikmal wakil...
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Salurkan infaq anda ke akaun ABIM : Bank Islam – 1402-3010-0112-19
ATAU
Melalui sumbangan atas talian yang disediakan oleh syarikat billplz.com :https://billplz.com/form/infaq-abim
ATAU
Sumbangan bulanan melalui auto debit : Whatsapp/SMS ke 013-2226057 butiran seperti Nama dan Alamat untuk urusan pengeposan borang Auto Debit.
_____________________________________
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM):
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
_______________________________________
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
______________________________________
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...