Selasa, Oktober 06, 2015

SEPUTAR PIALA MB DI STADIUM KAJANG.

SEPUTAR PIALA MB DI STADIUM KAJANG.
Alhamdulillah, Sahabat Retro Bola Sepak berkesempatan menyaksikan perlawanan di antara Ex-Selangor menentang Ex-Sabah di Stadium Kajang. Perlawanan yang dibanjiri oleh ramai penyokong Sabah ini menerima sambutan hangat daripada penduduk setempat serta para pendokong bola sepak Malaysia.
Untuk rekod, skuad Sang Badak pernah dua kali bertembung dengan Gergasi Merah dalam Final Piala Malaysia. Pada 1996, Selangor menang hasil penentuan sepakan penalti. Pada 2002 pula, Amri Yahyah meranapkan impian Sabah untuk menjulang trofi berprestij tersebut. Pada 2003, Sabah sekali lagi ke final, tetapi tumbang kepada MPPJ FC.
Antara yang menjadi tumpuan semalam pastinya Matlan Marjan, Shahril Arsat, Dollah Salleh, Zainal abidin Hassan, Yap Wai Loon dan lain-lain deretan bintang bola Malaysia yang berjasa.
Perlawanan ini mengimbau suasana era sebelum Semi-Pro, di mana kejohanan liga daerah rancak dianjurkan, dan dibanjiri rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Bersama kita hargai jasa bekas atlet kita. Bersama juga kita martabatkan jersi serta liga tempatan kita.
Padu & Grande; selamanya!
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...