Isnin, Oktober 12, 2015

PRESIDEN ABIM HADIRI PROGRAM BERSAMA ABIM TERENGGANU.


PRESIDEN ABIM HADIRI PROGRAM BERSAMA ABIM TERENGGANU.
10hb Oktober 2015 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Saudara Raimi Ab. Rahim, berkesempatan menyampaikan perkongsian dalam Program Sesi ‘Menghadam Ucapan Dasar Presiden ABIM’ (MUDA) di Terengganu. Selain pimpinan ABIM Terengganu, majlis ilmu ini turut disertai oleh Sahabat Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Terengganu serta Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR).
Saudara Raimi juga berkesempatan mengadakan kunjungan mahabbah ke atas Yang Dipertua Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Terengganu, Ustaz Mohamed Abdul Majid di kediaman beliau. Ustaz Mohamed merupakan antara aktivis senior ABIM yang sangat berjasa kepada gerakan Islam dan umat secara amnya.
Antara yang menarik ialah; beliau meletakkan logo ABIM pada pagar rumah beliau. Nyata, ABIM sangat dekat pada jiwa dan sanubari beliau. Presiden ABIM turut meninjau kawasan tanah waqaf ABIM di pantai terdekat yang mempunyai keindahan tersendiri.
Selepas sesi Program Menghadam Ucapan Dasar Presiden ABIM (MUDA), Saudara Raimi berkesempatan berusrah bersama pimpinan serta ahli Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR). Usrah ini dijalankan berhampiran Masjid Kristal, Terengganu. Semoga banyak manfaat yang dapat disebarluas dan dikongsi bersama.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
#ABIM #sejahterakanmalaysiadengandakwah
---------------------------------------------
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).
No. telefon Sekretariat ABIM: 03-4108 4500
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur. (Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).
#AlAqsa #WillNeverBeDivided #Malaysia4Palestine #Malaysia4Syria #WeWillNeverSurrender #TheWhiteHelmets #NoLostGeneration #HowManyMore #ShareHumanity #SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria #4YearsOfRevolution #StandWithSyria #AssadWarCrimes #PrayForSyria #FreeSyria #PeduliSyria #SebarkanSalam
:)
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...