Isnin, Oktober 12, 2015

Kuliah Khas Bersama Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha.

Kuliah Khas Bersama Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha.
8hb Oktober 2015 (Khamis): Alhamdulillah, hampir 500 orang hadirin telah berkesempatan untuk mendapatkan mutiara hikmah daripada Sheikh Mustafa al-Bugha, salah-seorang Fuqaha Mazhab Syafie dan ulama’ hadith terkemuka dari Timur Tengah.
Topik yang dikupas oleh ulama’ besar ini ialah “Kepentingan Ilmu Fiqh dan Hadith Buat Pendakwah”. Majlis ilmu yang dijalankan di Kolej Dar al-Hikmah (KDH) ini turut menampilkan Al-Fadhil Ustaz Basir Mohamed Al-Azhari selaku penterjemah. Program ini adalah anjuran bersama: AKK, ABIM, PKPIM dan IIIT.
Seseorang pendakwah menurut beliau, perlu mempunyai hubungan yang ‘akrab’ dengan Al-Qur’an, kerana ia mengandungi pelbagai hikmah untuk diketengahkan kepada umat (menerusi dakwah). Fadhilatul Syeikh juga menggalakkan para hadirin untuk terus istiqamah di atas jalan dakwah; di samping tidak jemu menuntut ilmu hatta dalam kalangan golongan wanita.
Presiden ABIM, Saudara Raimi Ab. Rahim menukilkan, “…Antara perkara yang membahagiakan saya dalam kehidupan ini ialah diberikan rezeki untuk mendampingi ulama dan ilmuwan besar. Bersama-sama keluarga ilmuwan pencinta ilmu meraikan Syeikh Mustafa Al Bugha, faqih dan muhaddith besar dari Syam, di teratak guru kami, Al Fadhil Ustaz Siddiq Fadzil. Moga beroleh keberkatan.” 
Selanjutnya, Al-‘Allamah Sheikh Mustafa al-Bugha yang juga pengarang naskah besar ‘Syarah Hadith 40’ turut menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat di Masjid UIAM, Gombak.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
#ABIM #sejahterakanmalaysiadengandakwah
---------------------------------------------
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).
No. telefon Sekretariat ABIM: 03-4108 4500
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur. (Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).
#AlAqsa #WillNeverBeDivided #Malaysia4Palestine #Malaysia4Syria #WeWillNeverSurrender #TheWhiteHelmets #NoLostGeneration #HowManyMore #ShareHumanity #SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria #4YearsOfRevolution #StandWithSyria #AssadWarCrimes #PrayForSyria #FreeSyria #PeduliSyria #SebarkanSalam
:)
----------------------------------------------------
Sumber dan Pautan:
  1. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/pages/Sultan-Haji-Ahmad-Shah-Mosque-IIUM/187729961244706;
  3. https://www.facebook.com/akademiakk?fref=ts.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...