Isnin, Oktober 12, 2015

GPA DAN KEPUTUSAN KES TRANSGENDER DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA.

GPA DAN KEPUTUSAN KES TRANSGENDER DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA.
8hb Oktober 2015: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, sebulat suara mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini telah mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah; yang menjadikan perbuatan golongan transgender berpakaian berlawanan jantina, sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.
Keputusan tersebut mengekalkan kembali kedudukan peruntukan undang-undang jenayah Syariah di Negeri Sembilan sebagai suatu yang sah dan berperlembagaan, sehingga ia dicabar semula di hari kemudian. ABIM menerusi Grup Peguam ABIM (GPA) telah tampil selaku peguam pemerhati.
Kes Transgender ini melibatkan rayuan mengenai status undang-undang beberapa peruntukan; berkenaan kesalahan jenayah Syariah berkaitan transgender. Barisan peguam kanan dan muda termasuk mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Tuan Haji Sulaiman Abdullah, menghadiri kes Transgender ini yang menjadi perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
#ABIM #sejahterakanmalaysiadengandakwah
---------------------------------------------
Sila “Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM).
No. telefon Sekretariat ABIM: 03-4108 4500
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Sekretariat ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur. (Berhampiran Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur).
#AlAqsa #WillNeverBeDivided #Malaysia4Palestine #Malaysia4Syria #WeWillNeverSurrender #TheWhiteHelmets #NoLostGeneration #HowManyMore #ShareHumanity #SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria #4YearsOfRevolution #StandWithSyria #AssadWarCrimes #PrayForSyria #FreeSyria #PeduliSyria #SebarkanSalam
:)
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...