Selasa, Oktober 06, 2015

SEKITAR WACANA PENDETA ZA’BA ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR.


SEKITAR WACANA PENDETA ZA’BA ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR.
6hb Oktober 2015 (Selasa): Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Wacana Pendeta Za’ba: Pemikir Umat Rentas Zaman di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
Dato’ Dr. Sidiq Fadzil turut menyampaikan perkongsian dalam majlis ilmu ini. Program ini turut disiarkan secara langsuang di TV Selangor.
Sasterawan Rakyat, A. Samad Said menyatakan bahawa beliau pernah berinteraksi secara langsung dengan Za’ba ketika zaman muda belianya. Saat beliau menerbitkan novel pertamanya, “Salina”, dihantar satu salinan novel tersebut kepada Za’ba.
Tokoh intelektual Melayu, Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad selain dianggap ilmuan bidang bahasa, kesusasteraan, kebudayaan Melayu, agama, etika dan ekonomi Melayu, beliau juga menentang penjajahan Inggeris dalam caranya tersendiri.
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...