Jumaat, Ogos 07, 2015

UJANG DALAM KENANGAN.

Ujang dan Aie, legenda dunia
kartun Malaysia.
Kenangan saya bersama
Abang Aie Sulong. Ngeteh sampai
Subuh. Seorang yang
sangat budiman.
Edisi terakhir, Majalah Ujang Bil.505
1 Ogos 2015 dan Majalah APO?
Bil.398 1 Ogos 2015.
UJANG DALAM KENANGAN.
Ramai yang melahirkan rasa sedih bila keluar berita bahawa produksi majalah ‘Ujang’ dan ‘Apo?’ melabuhkan tirai penerbitannya.
Persoalannya, berapa ramai yang masih melanggan atau membeli dua majalah tersebut sejak beberapa tahun lepas?...
Tidak mudah untuk bahan bercetak ‘survive’ dalam dunia atas talian masa kini. Mujur ‘scene’ buku ‘indie’ masih rancak dalam kalangan anak muda.
Orang kita; memang gemar hargai yang telah terkubur, hilang mahupun tiada. Semuanya tinggal kenangan.
Berbalik kepada majalah Ujang, saya percaya, sentimen anak-anak 90an adalah lebih kepada Ujang era Kharisma Publication.
Kartunis era tersebut mewarnai hidup kita dengan karya lucu oleh Ujang sendiri, Aie, Gayour, Bawang, Bijan, Nik, Sukun, Ubi, Sireh, Lengkuas serta kartunis lain -- yang mempunyai jiwa Malaysia.
Stroke Melayu, itu yang mahal pada karya perintis majalah Ujang: Ujang, Gayour dan Aie. Antara tiga legenda ini, saya cuma pernah berborak panjang dengan Abg Aie, sampai ke Subuh.
Tapi bila berborak pun kita tahu, bahawa mereka ni berkarya dengan jiwa. Minat yang sangat mendalam. Ramai juga kartunis era MOY yang saya minat. Macam Oren dan Lambok, yang sangat halus dan padu karyanya.
Salute tinggi; buat semua kartunis legenda yang berjasa.

******************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...