Rabu, Ogos 26, 2015

Majalah Apo? untuk dijual.


Majalah Apo? untuk dijual:
1. Apo? Mei 2005;
2. Apo? Jun 2013;
3. SOLD.
Senaskah RM20; dua naskah RM35.
Termasuk poslaju.
Boleh call: 019-353 1967;
Atau whatsapp: 017-4700 254.
Terima kasih.
.

Isnin, Ogos 24, 2015

(SOLD) Jersi tribute Azman Adnan-Malaysia.


Salam. Untuk dijual:
Jersi tribute Azman Adnan-Malaysia.
Ada autograf Man Turn pada nombor 9 belakang jersi.
SOLD.
Terima kasih.
.

Jersi DIY Azman Adnan-Piala MB Selangor 1996 (SOLD).


Salam. Untuk dijual:
Jersi DIY Azman Adnan-Piala MB Selangor 1996.
Ada autograf Man Turn pada nombor belakang jersi.
SOLD.
Terima kasih.
.

(SOLD) T-shirt Man Turn; Man Score.


Salam.
T-shirt Man Turn; Man Score.
Saiz XXL.
SOLD.
Terima kasih.
.

Majalah untuk dijual.


Salam. Majalah untuk dijual:
Senaskah RM20; dua naskah RM35.
Termasuk poslaju.
1. Mingguan Sukan (Mei 1997);
2. ABS cover Fadzli Shaari (Oktober 2005);
3. ABS cover V. Saravanan (Mac 2005);
4. SOLD;
5. ABS cover Hardi Jaafar (Ogos 2006);
Boleh call: 019-353 1967;
Atau whatsapp: 017-4700 254.
Terima kasih.
.

Majalah untuk dijual.


Salam. Majalah untuk dijual:
Senaskah RM20; dua naskah RM35.
Termasuk poslaju.
1. SOLD;
2. ABS cover Bambang Pamungkas (November 2005);
3. ABS cover Bambang Pamungkas (November 2005);
4. SOLD;
5. ABS cover John Bass (Mei 2004);
6. ABS cover Herman (September 2004);
Boleh call: 019-353 1967;
Atau whatsapp: 017-4700 254.
Terima kasih.
.

Khamis, Ogos 20, 2015

Ziarah pusara Emak.


Ziarah pusara Emak; 
yang saya rindukan setiap siang dan malam.

Al-Fatihah sekudusnya. Sekudusnya.

.


Musim-musim demam.

Musim-musim demam ni, klinik penuh belaka.
Semoga segalanya dipermudahkan.

.

Selamat malam, Rohingya.



“Selamat malam Rohingya
Meski lenamu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu
Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untukmu
Sejahteralah selalu...”
.

THE FLYING DAYAK.

THE FLYING DAYAK.
Anak-anak 90an pasti kenal dua nama besar atlet olahraga negara ini: Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim. Pertembungan serta persaingan sengit dua pelari pecut berbakat ini menjadi simbol kecemerlangan serta semangat atlet olahraga negara era tersebut. 
Kedua-duanya telah mengenali sejak 1993; sewaktu bersaing dalam acara 100m Akhir, Sukan MSSM. Ketika itu, Azmi menjadi juara dengan catatan masa 10.70 saat; tatkala Watson di tempat kedua.
Siapa yang tak kenal dengan Watson Nyambek, yang pernah dinobat sebagai raja pecut kebangsaan. Penangan yang ditinggalkan bekas atlet kelahiran Miri ini juga cukup dirasai. 
Daniel St-Hilaire adalah antara jurulatih yang memberi bimbingan kepada atlet hebat yang dilahirkan pada 27 Februari 1976 ini. 
Digelar ‘The Flying Dayak’, legenda pecut negara yang tiada tolok bandingnya, rekod catatannya -- 10.30 saat dalam acara pecut 100 meter masih bertahan sehingga hari ini. Rekod tersebut dilakukan pada Julai 1998 sewaktu Sukan Komanwel di Kuala Lumpur.
Malahan, rekod Sukan Malaysia (Sukma), 10.33 saat yang dilakukan di Pahang pada tahun 1996 masih kekal sehingga kini.
Meskipun nama-nama seperti Nur Herman Majid, Mohd Zaki Sadri, Romzi Bakar, Hamberi Mahat, Annastasia Karen Raj, G. Shanti, G. Saravanan, Loo Kum Zee, M. Ramachandran, dan lain-lain mekar dalam acara olahraga, Watson berjaya mencipta fenomena luar biasa dalam sukan tersebut; khususnya bagi acara reben biru.
Watson pernah diberikan anugerah ketika Majlis Anugerah Ikon dan Sukan Sarawak yang diadakan pada Januari 2011. 
Antara kejayaan lain beliau ialah pingat Gangsa, Sukan SEA Jakarta 1997; pingat Perak, Kejohanan Trek dan Balapan Asia di Fukuoka 1998; pingat Gangsa, Sukan SEA di Brunei 1999; selain mencatat catatan baik ketika Kejohanan Olahraga Dunia di Athens 1997; Kejohanan Olahraga Dunia di Sevilla 1999 serta Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000.
Dan,seperti yang selalu saya tekankan: Sesungguhnya, hargailah atlet kita -- sementara mereka masih ada.
Jangan hanya kenang kekurangan mereka; tapi kenang juga keringat dan pengorbanan yang mereka curah untuk negara.
Usah hanya hargai; bila sudah terkubur. Usah hanya membalas dengan bintang-bintang di dada; setelah mereka tiada.
Julang panji semangat; kobar jiwa merdeka.
Padu & Grande; selamanya.
-- Che Din.
.

Selasa, Ogos 18, 2015

Wakil ABIM Di Sidang Meja Bulat ‘Membendung Ekstremisme’.



Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Saudara Jufitri Bin JohaPengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.

merangkap CEO MLL4S, 


Wakil ABIM Di Persidangan Meja Bulat ‘Membendung Ekstremisme’.
17hb Ogos 2015 (Isnin): Alhamdulillah, ABIM telah menghantar pimpinannya untuk menghadiri persidangan meja bulat anjuran Global Moderate Movement (GMM) bertajuk ‘Countering Violent Extremism’.
Jemputan utama untuk sidang kali ini ialah Tuan Yang Terutama Rashad Hussain, Duta Khas Amerika Syarikat ke OIC dan Koordinator,  ‘Strategic Counter Terrorism Communications’.
Exco ABIM yang juga CEO Malaysia Life Line for Syria, Saudara Syahrir Azfar Saleh, menekankan berkenaan bagaimana langkah untuk membendung keganasan telah gagal, kerana kita tidak mempunyai pendifinisian yang jelas dan wajar berkenaan ‘keganasan’ dan ‘ekstremisme’.
Saudara Syahrir seterusnya  menyatakan bahawa kita juga gagal untuk mengambilkira serta mengkritik aktiviti keganasan yang dilakukan oleh – apa yang digelar sebagai – ‘legitimate power’ di beberapa buah negara yang berada dalam kancah peperangan atau konflik kemanusiaan.
Sebaliknya, dunia memilih untuk menghentam secara memilih – dengan hanya mengkritik kumpulan individu atau organisasi tertentu – dan melabel mereka sebagai kumpulan pengganas atau ekstremis.
Kekecewaan yang dialami oleh anak muda terhadap reaksi dunia terhadap mana-mana konflik – khususnya yang melibatkan umat Islam; adalah salah-satu faktor mengapa golongan belia memilih untuk menentang kezaliman tersebut secara sendiri.
Keganasan serta extremisme dalam beragama memang wujud dan tidak seharusnya dipandang enteng. Malah, ia mendatangkan kerosakan yang lebih daripada matlamat yang cuba mereka capai.
Walaubagaimanapun, kita mesti sedar, apa saja tindakan berbentuk keganasan oleh seseorang individu beragama Islam bukanlah mencerminkan ajaran Islam itu sendiri. Islam menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan keganasan. Tambahan pula, Islam memberatkan aspek kasih sayang serta sifat ambil berat terhadap sesama Islam dan bukan Islam.
Sungguh, jika tindakan keganasan itu dilakukan oleh orang Islam, maka apa yang mereka lakukan adalah tindakan individu yang bertentangan dengan kehendak agama. Islam tidak membenarkan umatnya menyakiti orang lain; apatah lagi membunuh orang lain tanpa hak. Islam itu Rahmat buat sekalian alam. Sebarkan salam.

.

ABU QASSIM DALAM KENANGAN.


ABU QASSIM DALAM KENANGAN.
Salam.
Pada 17hb Ogos 2015, genaplah setahun pemergian Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Allahyarhamhu Abu Qassim Nor Azmi, yang telah kembali ke Rahmatullah kerana kemalangan jalan raya.
Mohon jasa baik semua sahabat untuk sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan yang baik-baik buat beliau, yang merupakan antara pimpinan anak muda yang berjuang menentang perlaksanaan PPSMI; bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.
Allahyarhamhu pernah berkhidmat selaku Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Setiausaha Agung PKPIM, Ahli Parlimen Belia (Percubaan) P131 Rembau dan Ketua Biro Penerangan ABIM.
Kepetahannya dalam berpidato, dan keramahannya dalam berbicara; akan dikenang sampai bila-bila. Legasi, iltizam serta semangatnya akan terus segar dalam jiwa anak-anak muda.
Abu telah kembali, semoga seribu Abu kan bangkit lagi. Selamat pulang, Abu. Kami akan menyusulimu.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.
.

Pantas, licik dan berpengaruh.


Pantas, licik dan berpengaruh.
Zinedine Yazid Zidane.
Siapa sangka, Zizou -- anak keturunan Berber-Algeria, kelahiran La Castellane, Marseille ini:
Kemudiannya menjadi ikon Perancis, Afrika Utara serta bola sepak dunia.
Vouloir, c’est pouvoir!
.

TAHNIAH BUAT PERLIS FA – LAYAK KE LIGA PERDANA SEMULA.

TAHNIAH BUAT PERLIS FA – LAYAK KE LIGA PERDANA SEMULA.
Siapa sangka, pasukan yang -- pada awal musim -- tidak meletakkan sasaran untuk dapat naik ke Liga Perdana semula kerana kekangan kewangan serta pemain yang masih muda, berjaya mencipta kejayaan.
Antara pihak yang memainkan peranan signifikan – selain pemain yang berusaha keras serta penyokong yang setia; pastinya Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah, yang berjasa.
Terkenal sebagai seorang pemain yang berdisiplin, berkemahiran serta berpengaruh, Yusri berjaya menerapkan taktikal serta keyakinan dalam jiwa para pemain dan penyokong.
Tahniah diucapkan buat skuad Singa Utara yang secara rasminya sudah layak ke Liga Perdana pada tahun 2016; setelah tersingkir ke Liga FAM. Berbaki satu perlawanan lagi dengan rekod tanpa kalah -- adalah pencapaian yang baik dan menjadi rekod dalam liga FAM.
Dikhabarkan bahawa pihak pengurusan Perlis FA sedang melakukan risikan untuk memancing pemain import Thailand yang pernah beraksi dalam Sukan SEA.
Perjalanan masih jauh, namun kita ucapkan selamat maju jaya buat Singa Utara – yang kembali mengaum.
Padu & Grande; selamanya!
.

Isnin, Ogos 17, 2015

Kedai gunting rambut lama.

Kedai gunting rambut lama.
Di Medan Simpang, Taiping.
Klasik.

MEHMET DURAKOVIC DAN SOCEROOS.

Kelayakan Piala Dunia 1993: Australia lawan Argentina. 
Pada 31hb Oktober 1993, Australia dan Argentina seri 1-1. Kemudian, 
di Buenos Aires pada 17hb November 1993, Argentina menang 1-0 
ke atas Australia. Antara yang menganggotai skuad Australia ketika itu 
ialah Mehmet Durakovic, yang sebelumnya menjaringkan gol 
dalam perlawanan menentang Kanada.
Mehmet dan skuad Socceroos 1993.
Turut kelihatan, David Mitchell, yang kemudiannya
bermain bersama beliau dalam skuad Selangor. 

Sedikit tulisan berkenaan David Mitchell di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html. 
.
MEHMET DURAKOVIC DAN SOCEROOS.
Mehmet Durakovic dan rakan skuad Socceroos; yang layak ke perlawanan Play-Off Kelayakan Piala Dunia. Ramai dalam kalangan atlet Australia terdiri daripada keluarga imigran yang kemudiannya mengharumkan nama negara tersebut.
Mereka berdepan cabaran Diego Armando Maradona dan pasukan Argentina yang digeruni. Mehmet kemudiannya dipancing oleh Dato' Aini Taib, untuk menganggotai skuad Merah Kuning; untuk projek transformasi pasukan Selangor yang tenggelam pada 1992.
Pada 1995, Mehmet bersama dua pemain veteran Australia yang pernah mencipta nama di liga negara tersebut -- David 'Big Dave' Mitchell dan Josip Biskic untuk menjulang Piala Malaysia.
Sementelah, pada 1996, Mehmet bersama Mustaca Christian memperkuatkan barisan Gergasi Merah yang memenangi piala berprestij tersebut. Pada 1997, Mehmet muncul kapten pertama dalam kalangan pemain import untuk menjulang Piala Malaysia; selepas mengambil alih lilitan ketua pasukan dari Ismail Ibrahim.
.

MAN TURN; MAN SCORE.

MAN TURN; MAN SCORE.
Bagi anak-anak 90an, menyaksikan kelibatnya di atas padang adalah sesuatu yang mengujakan.
Para penyokong pasukan lawan pun menghormatinya; sehingga ramai yang membandingkan kepantasan serta kelincahan beliau dengan Allahyarhamhu SuperMokh.
Menerima latihan keras dan diterap dengan disiplin tinggi sedari kecil oleh bapanya, Pak Nan, Azman mula mencipta nama apabila mewakili kelab yang diberi nama daripada gelarannya, Kotai FC.
Dari Flat Sri Melaka, Azman mengorak langkah untuk mencipta nama bersama SM Cochrane, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.
Sepertimana rakan pemain bola sepak serta atlet lain; Azman sentiasa berusaha keras, berlatih dan memberikan yang terbaik untuk pasukan dan penyokong.
Sesungguhnya, hargailah atlet kita -- sementara mereka masih ada.
Jangan hanya kenang kekurangan mereka; tapi kenang juga keringat dan pengorbanan yang mereka curah untuk negara.
Usah hanya hargai; bila sudah terkubur. Usah hanya membalas dengan bintang-bintang di dada; setelah mereka tiada.
Julang panji semangat; kobar jiwa merdeka.
Padu & Grande; selamanya.
.

Jumaat, Ogos 14, 2015

Astaghfirullahal-‘Azim.


Astaghfirullahal-‘Azim. Astaghfirullahal-‘Azim. Astaghfirullahal-‘Azim.
“Aku memohon keampunan kepada ALLAH Yang Maha Agung”.
Damai....
Semoga ALLAH SWT kurniakan ketabahan, kesabaran, dan keyakinan kepada kita semua.
Hasbunallah wanikmal wakil.
.

Berbalas Pantun!!!




Dari Dewan Sekolah Rendah Tamil Ulu Bertam Hilir, Melaka...
dipersembahkan.... 
Berbalas Pantun!!!....”
Selamat kembali, Ujang, Aie & Co.
Padu & Grande, selamanya.
“...Tidak akan kau berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari....”
.

Nyanyian yang ada jiwa.




Karektor suara. Nyanyian yang ada jiwa.
Lirik yang berkualiti.
Ini yang kurang dan payah untuk kita jumpa hari ini.
Kenangan.
.

Pandangan Mendiang Frank Seator Tentang Liga-M.


Promosi serta pengiklanan (pemasaran).
Itu yang ditekankan oleh Frank Jean Seator (Mendiang), bagi meningkatkan mutu liga tempatan.
Pemain berbakat kelahiran Liberia ini pernah menyumbang bakti untuk Perak dan Selangor.
.

Allahyarhamhu Ustaz Asri Rabbani dalam kenangan...




Allahyarhamhu Ustaz Asri Rabbani dalam kenangan...
Innalillahi wainna ilaihi rajiun....
.

MAT SENTOL DAN MAT LE SAUX.

MAT SENTOL DAN MAT LE SAUX.
Bertepatan dengan tema 'wira yang tidak didendangkan', beberapa hari yang lepas admin RBS berpeluang untuk 'sembang teh tarik' bersama dengan lagenda perfileman tanahair, Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol. Sebagaimana P.Ramlee mewujudkan jenama 'Bujang Lapok' ke dalam setiap hati rakyat Malaysia, Pak Mat turut mencipta jenama beliau sendiri dengan filem-filem bertemakan 'Mat' antaranya Mat Tiga Suku, Mat Karung Guni, Mat Magic serta Mat Bond.
Generasi 90an mungkin lebih mengenali beliau melalui iklan 'jajan' di kaca TV. "Tora Datang Lagi!" Suara ikonik tersebut pasti melekat di setiap hati kanak-kanak ketika itu. Maka dipujuklah ayah dan ibu ke kedai untuk mendapatkan permainan terbaru dari Tora. Tetapi, sumbangan Mat Sentol lebih dari itu. Kepada peminat filem sejati, beliau bagaikan 'Georges Méliès Malaysia', 'Cinemagician' yang menerapkan unsur efek khas di dalam karya beliau.
Beliau merekacipta banyak montaj untuk 'kredit pembukaan' filem antaranya filem Lanchang Kuning, Mata Shaitan, Mat Bond serta Naga Tasik Chini. Beliau adalah 'man of vision', selalu bereksperimen dengan kesan-kesan khas serta mencuba pelbagai kelainan dalam setiap filem beliau. Kadangkala plot filem beliau sukar difahami, namun jika kita mendalami filem-filem sezaman dengan filem-filem beliau, ia adalah satu bentuk sindiran masyarakat sebagaimana filem-filem Tan Sri P.Ramlee.
Mungkin ramai yang tidak perasan, penampilan pertama Mat Sentol adalah sebagai penari di dalam Filem Hang Tuah lakonan Tan Sri P.Ramlee (babak Joget Pahang kalau tak silap). Menurut anak beliau, Kasma Booty dan AR Tompel mengesan bakat beliau sementara P.Ramlee dianggap sebagai mentor. Lagenda melahirkan lagenda.
Alhamdulillah, secara fizikal Pak Mat masih kuat berjalan lagi. Masih lagi 'mengeteh' di Plaza Larkin bersama rakan-rakan. Cuma ingatannya sudah tidak macam dahulu, maklum lah sudah berusia 82 tahun. "Sedih kalau bercakap pasal umur ni. Tua dah", ujar Pak Mat.
Tidak banyak yang beliau sembangkan, sebaliknya saya banyak berbual bersama Makcik Jamilah, isteri kepada Pak Mat. Beberapa tahun dahulu, beliau pernah meluahkan hasrat untuk kembali ke bidang pengarahan filem, tetapi dengan keadaan kesihatan beliau sekarang, hasrat tersebut mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Beliau hanya bercerita tentang anak-anak, jiran-jiran tetangga, serta kawasan setempat. Dalam usia selewat beliau, mungkin isu-isu politik atau hiburan tidak lagi menjadi perhatian. Tambah-tambah lagi bila ramai rakan seperjuangan beliau telah tiada.
Beliau hanya termenung panjang bila admin berbicara tentang filem. Namun di sebalik wajahnya yang serius itu, keluar juga 'punchline' sepatah dua. "Jangan makan kuih raya banyak-banyak. Kuih raya kalau makan lepas raya boleh buat mabuk," ujar beliau berseloroh.
"Pak Mat takde masuk TV lagi?"
"Bukan takde, tapi...."
Beliau terdiam sepi, datang Makcik Jamilah mencelah, "ada, tapi dapat penat je."
"Dah pencen ke Pak Mat?" Tanya saya.
" TV panggil, diorang bayar RM300. Transport, makan, tempat tidur semua sendiri. Kadang-kadang keluar lagi duit sendiri. Takpe lah."
Sayu dalam hati ini. Kalau di luar negara, seniman-seniman veteren ni akan dibayar lagi mahal. Pak Mat yang sudah bertaraf lagenda ini cuma dibayar RM300. Betul. Beliau adalah orang yang tidak meminta-minta, tidak mintakan perhatian, tetapi hargailah beliau seperti mana status beliau. Lagenda bang. Lagenda.
Saya cepat-cepat kalis ke isu lain bagi mengelakkan suasana menjadi 'sedih'. Suatu perkara yang mencuit hati, beliau bercerita tentang 'orang besi buruk' yang datang dari rumah ke rumah membeli besi buruk dan beliau masih menggelarkan mereka sebagai 'Orang Karung Guni'.
Beliau memang seorang yang rendah diri dan tidak meminta-minta. Tetapi hargailah beliau semasa beliau masih ada. Jangan lah masa beliau dah tiada, baru kita sibuk nak 'tribute itu, tribute ini'. Dah terlambat. Sebagaimana terlambat kita menghargai Tan Sri P.Ramlee.
Jika segala banyak artis-artis dari seberang, artis muda yang entah apa sumbangannya boleh diberi pelbagai darjah kebesaran, kenapa seniman sebegini kita pinggirkan?
Kami di RBS ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian keluarga Pak Mat melayani kunjungan kami. Juga terima kasih tidak terhingga buat anak Pak Mat (yang juga salah seorang 'follower' RBS) kerana mengaturkan pertemuan kami. Kami di RBS mendoakan Pak Mat sihat sekeluarga dan diberkati Allah sehingga ke akhir hayat.
Retro Bola Sepak: Siapa boleh senaraikan semua filem dalam siri 'Mat'?
.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...