Jumaat, September 02, 2011
Hari Ini Dalam Sejarah (2 September).
i. 2 September 1945: Tentera Jepun menyerah diri secara rasmi kepada Tentera Perikatan, membawa kepada berakhirnya Perang Dunia Kedua;
ii. 2 September 1923: Selepas tragedi gempa bumi Kwanto, api terus marak membakar Bandar Tokyo, menyebabkam kematian yang banyak dan digelar sebagai “the Great Tokyo Fire”;
iii. 2 September 1945: Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dari Perancis. Tentera Perancis menguasai selatan Vietanam dan cuba mengadakan rundingan dengan Ho Chi Minh, tetapi rundingan ini gagal pada 1946, dan armada perang Perancis mula mengebom Bandar Haiphong di selatan Vietnam;
iv. 2 September 1964: Aktor, Keanu Reeves dilahirkan;
v. 2 September 1969: Siri Star Trek asli yang terakhir telah ditayangkan selepas hanya disiarkan dalam masa tiga tahun dan gagal menduduki tangga rating yang lebih baik daripada No.52. Namun, ia menjadi sebuah filem klasik yang mencetus fenomena dan budaya baru dalam kalangan masyarakat dunia;
vi. 2 September 1969: Mesin ATM pertama digunakan di Amerika Syarikat dan mula mengeluarkan wang tunai di Bank Chemical, Bandar New York;
vii. 2 September 1979: Polis menemui mayat seorang wanita yang dipercayai telah menjadi korban kedua belas pembunuh bersiri yang kejam, “the Yorkshire Ripper” berhampiran pusat Bradford. Penjenayah tersebut, Peter Sutcliffe, akhirnya berjaya ditahan pada Januari 1981 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup;
viii. 2 September 1998: Perdana Menteri, Datuk Seri Mahathir Mohamad (kini Tun) memecat Timbalan beliau ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kerana didakwa mempunyai moral yang rendah. DSAI ditahan 18 hari kemudian selepas mengetuai hampir 10,000 penunjuk perasaan mendesak pemerintahan 17 tahun Dr M ditamatkan;
ix. 2 September 2004: DSAI dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, setelah Mahkamah Persekutuan menerima rayuan beliau dengan keputusan majoriti 2-1, walaupun pada prinsipnya, ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar itu mempercayai aktiviti liwat di Tivoli Villa, sebuah apartment yang dimilki oleh Sukma itu benar-benar berlaku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan