Ahad, September 04, 2011

Kisah bekalan air bersih: Tajam.

Tadi sewaktu menonton Buletin Utama, TV3, saya tertarik dengan isu masalah bekalan air di sebuah perkampungan Orang Asli di Pahang.

Komen seorang penduduk orang Asli beragama Islam di kawasan perkampungan tersebut sangat umum dan ringkas, tapi padat, pada pandangan saya.

Kata beliau, “…orang lain dah sampai ke atas bulan; dah sampai ke dasar laut. Kita yang duduk dekat dengan Sungai Pahang pun ada masalah bekalan air ke?”

Buat anak bangsa Malaysia yang prihatin, pandangan ini mempunyai kesan dan maksud yang mendalam. Tajam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...