Rabu, Mei 11, 2011

Erti patriotisme.



Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh adalah Yang Dipertua Dewan Negara ke-14 (2003-2009). Beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Kangar dan Arau. Beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Perlis ke-4 (1986-1995).
Pendidikan

Latar belakang
Abdul Hamid dilahirkan pada27 Julai 1944 di Pulau Pinang.Bersekolah di Sekolah Melayu Kangar dan Penang Free School, Pulau Pinang. Kemudian belajar di Decca College, Karachi, India.

Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran (MBBS) dari Medical College, University Dow, Karachi, India. Ketika itu, Karachi, Pakistan masih di bawah negara India.

Dia berkahwin dengan Elham Hamid Abdullah semasa belajar di Karachi dan mendapat lima anak iaitu Tania, Farah, Natasya, Sharif dan Jamal.

Sekembali ke Malaysia, beliau bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur , kemudian pindah ke Hospital Kangar, Perlis. Abdul Hamid berhenti dari perkhidmatan awam dan membuka klinik sendiri.

Politik
Beliau berkhidmat ahli Majlis Perbandaran Kangar pada 1981. Pada 1982 beliau bertanding di Arau, Perlis . 1984 dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat. 1986 bertanding di Dewan Undangan Negeri.

Pada Ogos 1986, Perdana Menteri Malaysia ketika itu,Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) melantik beliau menjadi Menteri Besar Perlis ke-4. Kemudian beliau diganti oleh Dato' Seri Shahidan Kassim (1995-2008).

Pada tahun 1999, beliau bertanding semula di Parlimen Kangar. Beliau dilantik sebagai Pro Cancelor Universiti Utara Malaysia sejak 1997.

Ketika ditanya berkenaan makna patriotisme, beliau menjawab:
“Bagi saya kalau ditanya apakah patriotisme bagi seorang rakyat Malaysia: ialah meletakkan Malaysia mengatasi kepentingan kaum dan parti.”


Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hamid_Pawanteh;
jorasmin.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...