Rabu, Mei 26, 2010
Kalaulah Shahir AF8 yang ini; Shahir Saujana yang itu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kelmarin, usai mengambil jubah konvo di Bangunan Menara SAAS, UiTM Shah Alam, saya pergi bersantap di sebuah kedai makan di kawasan Pusat Komersil. Saya pesan nasi ayam. Sedap. Macam rasa nasi ayam (?). Harga pun berpatutan.
Sedang dok sedap layan nasi ayam tu, mata saya terpaku (wah, terpaku) ke arah skrin flat TV yang agak besar di depan mata kepala saya. Saya sedar, sedari saya makan tadi, skrin TV menayangkan Konsert Akademi Fantasia 8 (AF8). Tapi, saya tak tahu pula itu rakaman (baca: ulangan) konsert akhir AF8. Almaklumlah, rumah kat kampung tak ada ASTRO.hehe.
Hm, apa yang menarik mata dan telinga saya -- untuk menonton dan mendengar apa yang disiarkan di kaca TV tersebut, ialah penyanyi yang sedang menyanyikan lagu dalam konsert tersebut. Beliau punya aura di atas pentas, yang bisa buat kita terasa kehadirannya. Suaranya juga lunak -- meski tak selunak Ahmed Bukhatir atau Arwah Ustaz Asri.
Saya sangkakan, lagu yang beliau nyanyikan, adalah lagu penyanyi 80an yang didendangkan semula. Rupa-rupanya lagu baru, nyanyian beliau sendiri. Lagu berjudul "Bahagia dalam Perpisahan." Lagunya agak menarik, karena punya unsur komersil yang tinggi.
Balik kepada Shahir ni, saya pernah menyaksikan beliau menyanyi bersama kumpulan Saujana dalam sebuah konsert tak lama dulu. TV9 juga (dalam Konsert Suarasa) ada menjemput Saujana yang turut dianggotai Shahir ketika itu, untuk menyampaikan persembahan. Namun, beliau tidak begitu dikenali sewaktu zaman singkat penyertaan dalam Saujana.
Kalau dulu vokalis utama Saujana, Dr. Khairul Izwan Baharin menyertai ujibakat OIAM, kali ini giliran Shahir pula yang menyertai Akademi Fantasia 8.
Beliau memang punya masa depan yang cerah, karena punya pakej sebagai seorang penyanyi. Apa yang diharapkan, agar nilai "ketimuran" (mengambil perkataan yang digunakan oleh beliau sendiri)yang beliau miliki, akan dapat dikekalkan. Imej sopan, dengan tahap pendidikan yang dimiliki beliau (beliau graduan diploma UIAM), pasti disenangi ramai pihak.
Sekedar berkongsi, kebanyakan penyanyi di negara-negara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia, mempunyai sekurang-kurangnya segulung ijazah dalam genggaman mereka. Bukan mahu mengagung-agungkan ijazah. Cuma saya ingin tekankan betapa peri pentingnya ilmu yang seharusnya dimiliki oleh mereka yang bergelar selebriti. Hal ini demikian karena, mereka akan dijadikan "idola" dan "ikon" (baca: pujaan) para peminat mereka sendiri.
Apa yang membimbangkan, ramai ibu ayah tumpang menangis bila anak-anak tak dapat jadi artis. Tapi tapi tak ramai yang tumpang sedih bila anak bangsa sendiri tak tahu baca Kitab Suci Quran dan tulis Jawi. Aduhai...
Berbalik soal Shahir, saya doakan moga beliau sukses dalam apa jua bidang yang diceburi. Beliau punya impian besar -- untuk menjadi seorang Profesor. Ini suatu impian yang murni. Cuma, harap beliau tak berubah (baca: hanyut) macam sesetengah penyanyi yang membawa imej "ketimuran" (baca: Islamik), tapi akhirnya, jadi lebih Barat dari Barat.
Cuma, saya terfikir, kalaulah, kalaulah Shahir Juara AF8 ini, populariti dan auranya dibawa bersama Shahir Saujana itu, alangkah indahnya. Seperti yang kita sedia maklum, industri nasyid agak suram selepas zaman Ustaz Nazrey dan Arwah Ustaz Asri sudah tidak bersama Raihan dan Rabbani. Kedua-dua mantan Nadamurni dan The Zikr ini punya aura dan populariti yang cukup tinggi. Saya cukup rindukan sosok vokalis serta kumpulan nasyid yang gagah seperti kedua-dua Ustaz Nazrey dan Arwah ustaz Asri.
Kalaulah, Shahir AF8 itu Shahir Saujana ini
kalaulah, Ustaz Nazrey masih gemilang bersama Raihan The Zikr
kalaulah, Arwah Ustaz Asri masih gemilang bersama Rabbani Nadamurni
kendati, semua tinggal kenangan
tak bisa diratap karena itu bukti, lemah aqidah iman
maka, doa saja jadi sahabat teman
bersama harapan, untuk melihat anak bangsa bangkit
daripada, mimpi sebuah hedonisme.
ALLAH 'Alim.
Isnin, Mei 17, 2010
Al-Fatihah buat Ustaz Asaari Muhammad
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Seperti yang kita sedia maklum, pemimpin utama jemaah Al-Arqam (kemudian dikenali sebagai Syarikat Rufaqa' Corporation dan Global Ikhwan) yang didakwa sebagai Pemuda Bani Tamim (kemudian ditukar gelarannya sebagai Putera Bani Tamim) -- telah meninggal dunia pada tanggal 12 Mei 2010. Menurut laporan akhbar, mantan pemimpin Al-Arqam tersebut meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang karena jangkitan paru-paru.
Allahyarham pada suatu ketika dahulu didakwa mempunyai lebih 10,000 pengikut dan lebih 5,000 orang simpatisan, selain memiliki model perkampungan Islami mereka sendiri yang didirikan di Kampung Sungai Penchala, Sungai Buloh. Model bandar Islami mereka pula boleh dilihat di Bandar Country Homes, Rawang.
Antara budaya yang dipopularkan oleh Al-Arqam ialah makan dalam satu talam yang sama. Ini adalah budaya asal orang Arab. Sekadar ingin berkongsi, budaya ini juga diamalkan oleh orang-orang Melayu-Jawa di Malaysia sewaktu makan Nasi Ambeng. Sekarang Nasi Ambeng pun boleh dikatakan agak popular dan boleh didapati di kedai-kedai yang menjual nasi campur.
Sebut soal makan dalam talam, pengalaman paling manis saya dalam perkhemahan-perkhemahan sejak zaman sekolah sehingga zaman universiti bila -- disuruh menyuap makanan dan minuman ke mulut sahabat yang makan setalam dengan kita. Lucu. Sangat lucu. Satu talam kongsi 5 orang. Setiap seorang kena pastikan tangan dicuci dengan bersih sebelum makan. Tidak dibenarkan menyuap makanan ke mulut sendiri. Setiap suapan (waimah minuman) hendaklah diberikan oleh sahabat setalam. Setiap kali suapan adalah untuk sahabat yang berbeda. Kenangan. =)
Selain merapatkan ukhwah dan mahabbah, budaya makan dalam talam ini juga merupakan sunnah Baginda SAW yang dapat menimbulkan rasa rendah diri dan bersederhana dalam jiwa dan sanubari individu yang mengamalkannya.
Makan dalam talam/dulang beramai-ramai dengan cara duduk yang betul mengikut sunnah Nabi juga dikatakan dapat mengurangkan risiko banyak penyakit. Allahuaklam. =)
Selain itu, antara legasi Arqam ialah -- Kem Islami, Malam Kesenian Islam, Nasyid Kontemporari, Usahawan IKS Melayu Islam (yang menjadi perintis industri makanan halal di Malaysia), pakaian mengikut cara Islam, yang membuktikan kesan pengaruh dakwah Arqam dalam masyarakat.
Saya belum faham soal kehidupan sewaktu zaman kemuncak Arqam (awal 90an) karena masih kecil. Cuma, ada saudara saya yang aktif dengan Arqam waktu itu. Akhlak dan penampilannya cukup bagus dan disenangi keluarga.
Juga, ada seorang penjual kaset ceramah dan nasyid Arqam di sebuah pasar malam, yang gemar menghadiahkan kaset-kaset Nadamurni kepada saya. Kelunakan lagu serta suara Arwah Ustaz Asri dan Ustaz Munif memang menginsafkan.
Meskipun sekitar 60an dan 70an PAS dan ABIM sudah mula mempergiatkan usaha dakwah, Arqam dilihat lebih dekat di hati masyarakat (karena dilihat sebagai non-partisan) dan mendepani zaman.
Saya fikir, sekitar 80an dan awal 90an, iaitu selepas era DSAI masuk UMNO, populariti ABIM semakin merosot. Ustaz Ashaari dilihat sebagai sosok Islami yang gagah di Malaysia (meski ketika itu Tuan Guru Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz sudah mula meraih sokongan/dokongan masyarakat).
Jadi, pengharaman Arqam mengakibatkan masyarakat mula memfokuskan sokongan kepada gerakan lain yang memperjuangkan Islam.
Meskipun Tabligh ada sumbangannya yang tersendiri, UMNO dengan penerapan nilai-nilai Islaminya (cetusan Tun M dan bantuan DSAI) dan PAS dengan kebijaksanaan pemikiran Allahyarham Ustaz Fadzil (dengan bantuan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi) menjadi pilihan masyarakat Melayu Islam Malaysia.
Malangnya, masyarakat semakin berpecah-belah karena tiada gerakan yang benar-benar non partisan yang dekat dengan hati mereka. Politik menjadi sesuatu yang melebihi segala-galanya, sehingga ada yang berpuak-puak, serta bercerai-berai.
Menyentuh soal peranan ABIM, ABIM zaman DSAI memainkan peranan yang cukup signifikan selaku peneraju suara ummah.
DSAI selaku pemimpin ABIM, PBMUM, PKPIM dan MBM dijemput dalam hampir setiap persidangan dunia ketika zaman gemilangnya selaku pemimpin belia. Baju kemeja lengan panjang berbutang satu di pergelangan tangan serta kopiah Bukit Mertajam adalah antara pakaian lelaki Muslim yang dipopularkan oleh ABIM di Malaysia. Konsep usrah dan "Islam is a Way of Life" juga dikatakan dipopularkan di Malaysia oleh ABIM.
Apa yang lebih menarik ialah, Ustaz Ashaari (nama asal kad pengenalannya -- Asaari) pernah aktif dalam jemaah tabligh, ABIM dan PAS di Selangor dan Kuala Lumpur.
Tuntasnya, sama-samalah kita doa -- agar ALLAH pelihara negara dan agama yang kita cintai. Raikanlah perbedaan pendapat dengan diskusi berhikmah, terimalah kemajmukan sebagai sesuatu yang boleh menyumbang kepada kebaikan. Allahuaklam. =)
Akhir kalam, apa jua perbedaan pandangan yang kita semua bahaskan selama hayatnya, saya percaya, bahwa kita semua memperakui satu hakikat -- Allahyarham Ustaz Asaari punya jasa tersendiri dalam membangunkan ekonomi serta pergerakan jemaah Islam di Malaysia.
Moga mana-mana pemikirannya yang baik, dapat kita semua jadikan sebagai suri tauladan dalam hati dan sanubari, insya-ALLAH.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un. Al Fatihah!
* Foto dicuplik daripada http://ustazmoden.wordpress.com/2010/05/14/gambar-abuya-ashaari
Isnin, Mei 10, 2010
Ibu
Aku akan kembali wahai Ibu
dan mencium kening sucimu
dan menyalahkan hawa nafsuku
dan merasakan harumnya doa-doamu
mengotori pipiku dengan kesempurnaan kakimu
tatkala kubertemu denganmu
membanjiri tanah dengan air mataku
merasakan kebahagiaan karena engkau masih hidup
Berapa banyak malam yang kau terjaga hingga larut
agar aku dapat tidur dengan lelap?
Dan berapa kali engkau dahaga hanya agar kau dapat menghilangkan dahagaku dengan segala kelembutanmu?
Dan suatu hari tatkala aku sakit, aku tidak melupakannya…
air matamu mengalir deras seperti hujan
dan kedua matamu tetap dan tetap terjaga
karena khawatir jika aku mungkin dalam bahaya
Dan hari tatkala kita berpisah di subuh hari
dan oh… betapa kasarnya subuh kala itu
Tidak ada kata-kata yang dapat menjelaskan
apa yang aku rasakan, tatkala aku meninggalkanmu…
Dan kau mengatakan sesuatu yang aku masih mengingatnya sepanjang hidupku --
“Kamu tidak akan pernah menemukan hati yang lebih lembut padamu daripada hatiku...”
“Kamu tidak akan pernah menemukan hati yang lebih lembut padamu daripada hatiku...”
Kepatuhan padamu… oh itulah yang kuinginkan
dalam hidupku seperti ketetapan ALLAH
yang diperintahkan kepadaku
untuk patuh restumu, adalah rahsia kejayaanku
dan cintaku padamu adalah rahsia keyakinanku
dan doa-doa yang engkau panjatkan untukku
menghilangkan kegagalan dan kesedihanku
Cintaku untukmu
tidak ada orang yang kucintai seperti itu
engkau adalah sandaran hatiku
dan engkau adalah cahaya penglihatanku
dan engkau adalah irama bibirku
masalah-masalahku lenyap ketika kulihat wajahmu
kepadamu aku akan kembali… wahai ibu..
Esok ku akan beristirahat dari perjalananku
dan usia kedua akan dimulai untukku
dan cabang-cabang akan berkembang penuh
dengan bunga wangi mengharum...
(Terjemahan lirik Ummi nyanyian Ahmed Bukhatir).
Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
Hari ini, tatkala menaiki sebuah bas
kulihat seorang gadis kecil berambut perang emas
aku berkata di dalam hati
alangkah bagus jika wajahku seindah paras rupanya
tiba-tiba
kulihat dia bersusah-payah untuk turun dari bas itu
rupa-rupanya, gadis kecil itu hanya mempunyai sebelah kaki,
dan dia memakai tongkat
namun, sewaktu gadis kecil itu berjalan melaluiku
dia tersenyum bahagia
Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
aku punya sepasang kaki -- betapa bertuahnya diriku
Aku berhenti untuk membeli manisan
penjual manisan itu mempunyai wajah yang indah
aku berbual dengannya, dan dia kelihatan sangat bahagia
aku berkata di dalam hati
alangkah bagus jika aku tampan dan bahagia sepertinya
sewaktu aku mahu meninggalkan kedainya, seraya dia berkata kepadaku --
“Terima kasih, Tuan seorang yang berhati mulia”
“Untuk pengetahuan Tuan,” katanya. “Saya cacat penglihatan”
Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
aku punya sepasang mata -- betapa bertuahnya diriku
Kulihat seorang anak kecil bermata biru
dia duduk sendirian -- melihat rakan-rakannya bermain
dia tak tahu apa yang perlu dilakukannya
aku pun berhenti sejenak, dan bertanya,
“Kenapa tak bermain bersama teman-temanmu?”
dia merenung kosong, tanpa mengungkap sebarang kata
dan kemudian baharulah kutahu -- dia tak mampu mendengar
Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
aku punya sepasang telinga -- betapa bertuahnya diriku
Dengan kaki untuk membawa ke mana kuingin pergi
dengan mata untuk melihat cahaya mentari senja
dengan telinga untuk mendengar apa yang aku ingin ketahui
Oh TUHAN, ampunkanlah maafkan hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
sungguh, hidupku dirahmati -- betapa bertuahnya diriku.
(terjemahan lirik lagu “Forgive me when I whine” nyanyian Ahmed Bukhatir)
Isnin, Mei 03, 2010
Hitler, Nazisme, dan Zionisme: Bukti Jelas Malapetaka Darwinisme terhadap Kemanusiaan
Oleh: Che Din.
1.RIWAYAT HITLER DAN NAZI
Adolf Hitler dilahirkan di Braunau am Inn, Austria, dekat Jerman pada 20 April 1889. Ayah Adolf Hitler, Alois Hitler, merupakan seorang pegawai. Setelah ayahnya bersara, keluarga Hitler pindah ke kota Lambach. Ibunya merupakan keturunan Yahudi. Di Kota tersebut terdapat sebuah biara Katolik yang dihiasi ukiran kayu dan batu yang diantaranya terdapat beberapa ukiran “Swastika”, yang kemudian menjadi tempat Adolf belajar sewaktu usia mudanya.
Adolf Hitler dapat menyesuaikan dengan baik di sekolah tersebut, bahkan didakwa kononnya beliau memiliki suara yang sangat bagus. Ketika muda, Hitler memiliki idola, iaitu biarawan yang bertugas di sekolah biaranya, bahkan beliau pernah serius selama dua tahun, bercita-cita ingin menjadi biarawan. Ketika beranjak dewasa, cita-citanya berubah ingin menjadi seorang seniman. bahkan beliau mencuba untuk mengikuti ujian masuk ke pusat pengajian seni di Wina, Austria namun gagal. Beliau menyalahkan bangsa Yahudi sebagai punca kekurangan kekosongan jawatan dan peluang perniagaan yang didominasi mereka.
Ketika Perang Dunia Pertama meletus, Hitler turut serta pada usia 25 tahun sebagai penghantar pesan dalam pasukan Infantri Rejimen Bavaria ke-16, dan beliau merupakan salah seorang yang paling beruntung di medan pertempuran. Pernah suatu kali rejimennya bertemu pasukan Inggeris dan Belgium di Ieper (bahasa Perancis: Ypres), rejimennya kehilangan 2,500 daripada 3,000 orang, tewas, luka-luka atau hilang dan Adolf Hitler lolos tanpa luka sedikit pun, dan beberapa kali beliau berdiri di satu tempat dan kemudian berpindah ke tempat lain yang beberapa detik kemudian tempat dia sebelumnya berdiri diledak oleh bom.
Luka pertamanya didapatnya pada tanggal 7 Oktober 1916 tepat dua tahun setelah beliau terjun ke dalam medan perang, akibat pecahan mortar di perang di Kota Somme. Ketika gencatan senjata ditanda tangani pada tanggal 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di rumah sakit akibat terkena serangan gas klorin, yang mengakibatkan beliau buta sementara.
Hitler pernah menjadi seorang pegawai penyiasat tentera di Munich dan terlibat dengan penyiasatan tentang aktiviti Parti Pekerja Jerman. Di situ, Hitler mula berkecimpung dalam politik secara tidak langsung. Hitler kemudiannya berkecimpung secara langsung dalam politik dan menjadi pengerusi kepada Parti Pekerja German pada bulan Julai 1921. Hitler kemudiannya menukar nama Parti Pekerja German kepada “Nationalist Socialist German Workers Party” (NSDAP) ataupun parti Nazi. Perlahan-lahan, parti Nazi terbentuk dengan logo “Swastika”, membentuk pasukan penguat kuasa yang dikenali sebagai “storm troopers” dan anti-Yahudi. Hitler mengecam secara mutlak Perjanjian Perdamaian Versailles dan mereka yang terlibat dengannya.
Pada bulan November 1923, Hitler melancarkan “putsch” percubaan rampasan kuasa di Munich tetapi gagal. Akibat daripada itu, Hitler telah dipenjarakan di penjara Landesburg dan apabila beliau dibebaskan, Hitler menjadi lebih arif dalam selok belok politik. Keluar dari penjara dan kembali menghidupkan Parti Nazi, tetapi harus bersemuka dengan musuh yang lebih muda dalam parti, Joseph Goebels dan Strausser. Goebels dilantik kemudiannya sebagai Menteri Akhbar dan Media. Hitler masih mengamalkan taktik kekerasan tetapi pada masa yang sama, Hitler menjalin hubungan erat dengan pihak konservatif yang ingin menggunakannya sebagai alat menentang ancaman komunis.
Setelah menyertai secara aktif pidato mengenai nasionalisma Jerman di Beer Hall, Hitler kemudiannya menggunakan kebolehan berpidatonya untuk menjadi ketua parti, dan menukar nama parti kepada Parti Nazi “National Socialist German Labour Party”. Hitler membentuk dasar anti-Yahudi, anti demokrasi dan kepercayaan kepada kuasa mutlak. Hitler menjalankan dasar memberi sedikit keistimewaan kepada mereka yang menyokong, mengancam mereka yang menentang dan propaganda bersifat patriotik kepada orang awam.
Hanya pada tahun 1929, Parti Nazi memenangi majoriti dalam pengundian Bandar Coburg, dan kemudiannya memenangi pengundian daerah Thuringia. Bagaimanapun, semenjak 1928, Nazi memenangi daerah demi daerah secara berterusan. Dalam pengundian Parlimen Reichstag 1928, Parti Nazi memenangi 809,000 undian. Pada tahun 1930, Parti Nazi memenangi 6,401,016 undi untuk perwakilan Nazi, sementara tahun 1932 sebanyak 13,732,779. Walaupun tidak mendapat majoriti, ini merupakan bukti keberkesanan pengaruh Hitler.
Selain itu, sokongan kepada Hitler disebabkan banyak perkara lain termasuk kemelesetan ekonomi yang tenat akibat pembayaran pampasan perang, penghinaan oleh Perjanjian Perdamaian Versailles, dan keinginan oleh rakyat Jerman untuk mempunyai seorang pemimpin yang dapat membawa mereka mencapai kembali kegemilangan yang lampau.
Ekonomi Jerman yang musnah akibat inflasi 1929-1934 dan kadar pengangguran sehingga 7,000,000 menyebabkan seluruh industri berhadapan dengan kegagalan dan menjadi muflis. Sepanjang 1930 dan sehingga 30 Januari 1933, undian parti Nazi meningkat secara berterusan. Berjaya mempermainkan Vice Chancellor ketika itu yang tamakkan kuasa. Membakar Reichstag, bangunan parlimen Jerman seterusnya memaksa ahli-ahli parlimen yang bukan Nazi menyokong Akta Cetak dan Berucap.
Presiden Paul von Hindenburg akhirnya melantik Hitler sebagai Perdana Menteri “Chancellor”. Jawatan Chancellor diserahkan kepada Hitler secara terpaksa berikutan sokongan mendadak terhadap beliau.Hitler menggunakan kedudukannya sebagai Chancellor untuk menghapuskan penentang-penentangnya.
Pada malam yang dikenali sebagai Malam Pisau Panjang “The Night of the Long Knives”, Hitler membunuh semua penentangnya dalam Parti Nazi. Hitler juga menyalahkan Komunis dan Yahudi atas kelembapan ekonomi dan berjaya meraih sokongan angkatan tentera dengan melaksanakan dasar melengkapkan peralatan senjata Jerman.
Menubuhkan SS dan menggabungkan semula angkatan tentera Jerman dan melancarkan perang penaklukan ke atas negara-negara Eropah seperti Austria, Poland, Perancis, Czech dan beberapa buah negara lagi. Penubuhan “Concentration Camp” untuk pembelot dan juga penentang Nazi. Membawa kepada Holocaust dengan penubuhan Kem Auschwitz. Beratus ribu bangsa Yahudi telah dibawa ke Auschwitz dan dibunuh.
Selepas itu, “D-Day” iaitu serangan tentera bersekutu dilancarkan. Nazi melancarkan serangan balas terhadap England dengan peluru V8 yang baru dicipta tetapi gagal meninggalkan impak. Cubaan menyerang Russia oleh Jerman tetapi dalam masa yang sama diserang tentera bersekutu. Pertahanan Jerman lumpuh dan Reichstag telah ditawan menandakan kekalahan Jerman. Hitler membunuh diri bersama isterinya Ava Braum. Orang paling kanannya Goebles turut membunuh diri bersama ahli keluarga dengan pil sianida.
2. Yahudi dan Bani Israel
Perkataan ‘Yahudi’ merujuk kepada anggota puak Judah iaitu salah-satu puak daripada 12 orang putera Nabi Yaakub a.s (iaitu anak Nabi Ishak a.s dan cucu Nabi Ibrahim a.s). Daripada puak Judah inilah lahirnya Nabi Daud a.s yang mendiami Baitulmaqdis. Pada tahun 722 SM, bangsa Assyria telah menyerang dan menghalau seluruh Bani Israel (dalam bahasa Ibrani/Hebrew, ‘Israel’ bermakna anak Tuhan) sehingga mereka berpecah-belah. Hanya Bani Israel puak Judah sahaja yang masih utuh kedudukannya. Pada mulanya, ‘Bani Israel’ mempunyai pengertian yang umum iaitu merujuk kepada seluruh keturunan Nabi Yaakub a.s, manakala ‘Yahudi’ mempunyai pengertian yang khusus iaitu merujuk kepada Bani Israel yang menduduki Baitulmaqdis sahaja. Akhirnya, kedua-dua nama tersebut telah disamaertikan.
Bangsa Yahudi didakwa oleh Masyarakat Kristian Eropah sebagai bangsa yang tidak tahu berterima kasih. Walaupun menumpang di negara orang, sikap orang Yahudi didakwa tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi. Kemahiran berniaga telah menjadikan bangsa Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan. Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka akan terjebak dengan riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi untuk menekan orang miskin.
Menerusi Talmud (tafsiran Kitab Torah), bangsa Yahudi percaya bahawa riba akan menjadi halal apabila berurus niaga dengan bukan Yahudi. Pada mereka, orang Yahudi adalah anak-anak Tuhan yang dimuliakan, dan bangsa selain Yahudi merupakan binatang seperti anjing dan babi. Justeru, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi. Ini disebabkan dogma yang disebut dalam Talmud yang mereka yakini benar.
3. “Holocaust”: Pembunuhan beramai-ramai
“Holocaust” merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional, dan sekular sewaktu Perang Dunia Kedua. Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama “Holocaust” dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai “penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi”. Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban di dalam pembunuhan beramai-ramai ini.
Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau “undesirables” oleh masyarakat seperti golongan Slav (seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma), Sinti, golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks. Oleh sebab kekurangan rekod, agak sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam “Holocaust” ini tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 26 juta orang yang terbunuh dalam masa yang singkat.
Kegiatan “Holocaust” didakwa dijalankan di semua tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua, biasanya di kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan Kem Auschwitz-Birkenau. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui kereta api, dan dibawa ke bilik gas. Di situ, pil Zyklon B dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas “cyanide” yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.
Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan, ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia (“crimes against humanity”). Kebanyakan mereka didapati bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum - beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah.
3.1. Hitler, Nazi dan Malapetaka Darwinisme terhadap Kemanusiaan
“Teori eugenik”, yang telah berkembang pada separuh pertama abad ke-20, bererti menyingkirkan mereka yang sakit dan cacat dan “meningkatkan” bangsa manusia dengan menambah jumlah individu-individu yang sihat. Menurut teori eugenik ini, dengan cara yang sama juga, haiwan yang lebih baik dapat dihasilkan dengan mengahwinkan haiwan-haiwan yang sihat antara satu sama lain, jadi bangsa manusia juga dapat ditingkatkan dengan cara yang sama.
Seperti yang telah dijangka, mereka yang mengemukakan program ini ialah para penyokong teori-teori evolusi dangkal Charles Darwin. Di kemuncak gelombang eugenik ini di England, telah muncul sepupu Charles Darwin, Francis Galton dan anaknya, Leonard Darwin.
Teori Darwinisme menekankan bahawa “Yang kuat hidup, yang lemah mati”, di mana yang kuat dan ganas adalah betul dan mulia, dan di mana satu-satunya jalan untuk berjaya dan membangun ialah dengan kuasa kekejaman, agresif, ganas, dan peperangan, telah menyebabkan penderitaan berjuta-juta manusia.
Jelaslah di sini bahawa idea eugenik adalah hasil asal Darwinisme. Tambahan pula, kebenaran ini telah diberikan kepentingan istimewa di dalam penerbitan-penerbitan yang menyokong eugenik, “Eugenik ialah penguasaan manusia terhadap evolusinya sendiri”, demikian ia disebutkan.
Kenneth Ludmerer, seorang ahli sejarah perubatan di Universiti Washington, mencatatkan bahawa idea eugenic berusia setua idea “Republik” oleh Plato, tetapi beliau juga menambah Darwinisme merupakan penyebab kepada kebangkitan minat kepada idea ini pada abad ke-20.
Di Jerman, orang pertama yang terpengaruh dan mula mengembangkan eugenik ialah seorang pakar biologi evolusi yang terkenal, Ernst Haeckel. Haeckel meninggal dunia pada 1919. Tetapi, idea beliau telah diwarisi oleh Hitler dan Nazi. Sebaik sahaja Hitler mendapat kuasa, satu program eugenik telah dimulakan.
Untuk memenuhi tuntutan dasar gila Hitler ini, mereka yang berpenyakit mental, kurang upaya, dilahirkan buta, dan mereka yang mempunyai penyakit genetik dalam masyarakat Jerman telah dikumpulkan di dalam “pusat-pusat pemandulan khas”. Mereka ini telah dianggap sebagai parasit-parasit yang merbahaya kepada ketulenan dan perjalanan evolusi bangsa “agung” Jerman. Tidak berapa lama kemudian, mereka yang telah dipisahkan daripada masyarakat ini telah mula dibunuh dengan arahan sulit daripada Hitler.
Pembunuhan-pembunuhan ini dianggap munasabah dan mereka yang dianggap secara genetiknya mundur dan dianggap sebagai “tidak menguntungkan” dan menjadi halangan kepada pembangunan bangsa tersebut.
Selepas kejayaan seorang atlit kulit hitam Amerika Syarikat, Jesse Owens merangkul empat pingat emas di Olimpik Berlin 1936, Hitler, walaupun telah mengucapkan tahniah kepada semua atlit, tetapi telah menolak untuk mengucapkan tahniah kepada Jesse Owens dan telah meninggalkan stadium.
Malah, sebahagian penyokong evolusi telah berpandangan bahawa wanita dari segi evolusinya adalah lebih rendah berbanding lelaki. Dr. Robert Wartenberg, seorang pensyarah neorologi, telah cuba membuktikan “kemunduran” wanita ini dengan mendakwa bahawa mereka tidak mungkin selamat melainkan sekiranya mereka “dilindungi oleh lelaki”.
Adolf Jost, seorang penasihat kepada Hitler, telah mewartakan buat pertama kalinya pembunuhan perubatan (“medical killing”) di dalam sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1895, “Das Recht auf den Tod” (Hak untuk kematian). Jost menyatakan, “…untuk kepentingan kesihatan masyarakat yang hidup, kerajaan perlu memikul tanggungjawab terhadap kematian individu-individu”.
Di bawah satu undang-undang pada 1933, 350,000 mereka yang sakit jiwa, 30,000 gipsi, dan beratus-ratus kanak-kanak kulit hitam telah dimandulkan dengan pelbagai cara seperti pengembirian, x-ray, suntikan, dan kejutan elektrik di kawasan kemaluan. Seorang pegawai Nazi menyatakan, “Sosialisme Nasional hanya berkaitan dengan biologi.”
3.1.1.Penyelewengan Ras Aryan oleh Nazi
Nazi sekali lagi telah menggunakan konsep Darwinisme untuk membuktikan ketinggian bangsa Aryan. Darwin menganggap bahawa apabila manusia mula berkembang, tengkorak kepala mereka juga turut membesar. Nazi amat mempercayai idea ini dan telah menjalankan pengukuran tengkorak untuk membuktikan bahawa bangsa Jerman adalah maju.
Di setiap sudut perbanndingan Jerman, haitler dan Nazi telah menunjukkan bahawa tengkorak Jerman adalah lebih besar berbanding bangsa-bangsa lain. Gigi, mata, rambut, dan sifat-sifat lain telah diukur bedasarkan ukuran evolusi. Individu-individu yang didapati tidak memenuhi ukuran Bangsa Jerman akan dihapuskan di atas nama prinspi-prinsip eugenik.
Semua kegilaan ini telah dilakukan demi melaksanakan prinsip-prinsip secara Darwin ke atas masyarakat. Seorang ahli sejarah Amerika, Michael Grodin, pengarang buku “The Nazi Doctor and the Nuremberg Code”, telah mendedahkan bahawa, “terdapat satu padanan yang sempurna di antara ideologi Nazi, Darwinisme dan pembersihan etnik apabila ia mula berkembang pada abad ke-20.”
3.1.2.Kebencian Hitler terhadap Agama
Sebab lain mengapa Hitler begitu berminat kepada teori evolusi ialah kerana beliau melihat teori evolusi oleh Charles Darwin sebagai satu senjata menentang kepercayaan agama. Hitler amat bencikan agama. Moral-moral murni seperti belas kasihan, rahmat dan kemanusiaan, yang dianjurkan oleh agama, menjadi halangan terbesar pembentukan jenis Bangsa Aryan yang ganas dan perkasa seperti yang diinginkan oleh Nazi dan Hitler.
Oleh itu, apabila Nazi dan Hitler berkuasa dalam tahun 1933, mereka telah cuba untuk menukarkan masyarakat Jerman kepada kepercayaan budaya pagan lama. Swastika (lambang salib berkait), satu simbol daripada kebudayaan pagan lama, adalah simbol kepada “pengembalian” ini. Perayaan yang disambut di setiap penjuru Jerman adalah pengembalian semula mereka kepada upacara pagan purba. Idea evolusi, yang telah diwarisi daripada kebudayaan pagan, bertepatan dengan ideologi Nazisme untuk tujuan ini.
Danial Gasman dalam bukunya, “The Scientific Origins of National Socialism” mendedahkan bahawa, “Hitler telah menggariskan idea biologikal evolusi sebagai senjata paling berkesan menentang agama tradisional dan beliau berulang kali menghina agama Kristian kerana penentangannya terhadap pengajaran evolusi… Bagi Hitler, evolusi adalah lambing kejayaan sains moden dan kebudayaan.”
3.2.“Holocaust deniers” (penafi Holokus)
Terdapat segolongan pihak yang dikenali sebagai “Holocaust deniers” (penafi Holokus). Menurut golongan ini, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, tidak pernah mengarahkan pengikutnya untuk membunuh kaum Yahudi. Mereka juga mendakwa bahawa anggaran enam juta orang Yahudi terkorban adalah terlalu tinggi dan tidak boleh diterima akal, dan nombor yang sebenar adalah kurang daripada sejuta.
3.3.Holocaust: Teori Konspirasi Zionis
“Enam juta Yahudi dibunuh dalam dewan beracun oleh tentera Jerman. Pemimpin Jerman, Adolf Hitler melancarkan program pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai Yahudi ketika Perang Dunia Kedua di berpuluh kem tahanan di Jerman dan Poland. Kem seperti Dachau, Buchenwald serta kem tahanan lain di Jerman termasuk kem Auschwitz dan kemudahan induknya Birkenau, Stutthof, Treblinka, Chelmno, Sobibor, Majdanek dan Belzec di Poland dianggap sebagai kem maut bagi Yahudi apabila berjuta orang mati di kem itu….”
“Banduan Yahudi disumbat ke dalam bilik sebelum dilepaskan gas beracun, menyebabkan mereka mati serta-merta. Malah, penderitaan masyarakat Yahudi akibat dasar kejam Hitler menerusi program Penyelesaian Akhirnya turut digambarkan dengan ribuan gambar mayat bertimbun-timbun di luar kem tahanan itu. Semua kem di Poland ini dibebaskan tentera Soviet dan tentera bersekutu, menyelamatkan saki baki penduduk Yahudi.”
Kisah penderitaan ini dicatatkan dengan penuh dramatik oleh seorang wanita Yahudi menerusi Diari Anne Frank. Diari ini, yang dianggap catatan peribadi paling menakjubkan berdasarkan kesengsaraan yang dialami, dijadikan teks bagi pelajar dan antara rujukan utama kisah kezaliman terhadap Yahudi. Dalam rencana halaman 12, “The Christian Science Monitor” bertarikh 10 Ogos 1994, tulisan Jewess Linda Joffe menyatakan, kira-kira 560,000 Yahudi tinggal di Jerman ketika Nazi berkuasa pada 1933.
Hampir semua Yahudi itu dibunuh. Kini, hanya 50,000 Yahudi di Jerman, tulisnya. Penderitaan Yahudi ini diistilahkan sebagai Holocaust atau malapetaka dan kemusnahan besar masyarakat itu ketika Perang Dunia Kedua. Selepas perang dan sehingga kini, rata-rata masyarakat dunia menganggap Nazi dan rejim Hitler adalah manusia paling keji dalam peradaban dunia.
Nazi yang membunuh Yahudi tidak kira wanita, bayi dan kanak-kanak, orang tua atau muda. Beliau dan konconya dianggap anti-Semitik. Penyokongnya digelar anti-Yahudi alias anti-Semitik. Sebarang kegiatan yang dilihat menggugat Yahudi digelar anti-Semitik, dari era selepas Perang Dunia Kedua dan sehingga ke alaf baru ini. Hakikat kejelikan Hitler dan tenteranya, sudah terpahat utuh dalam sanubari masyarakat dunia.
Dunia semakin maju dan penduduk Bumi semakin cerdik dan sentiasa ingin mencari kebenaran dalam setiap fakta menggunakan bahan sejarah dan kaedah saintifik. Maka terbongkarlah kebenaran, terserlah segala pembohongan dan kesimpulannya, Holocaust adalah rekaan, satu kisah dongeng Yahudi bagi membolehkan mereka meraih simpati, melaksanakan agenda sulit, menguasai dunia dan menghambakan mereka yang tidak sealiran dengan Yahudi. Kisah Holocaust sebenarnya berasaskan kepada dongeng yang dibina di atas pembohongan, tokok tambah dan rekaan penyedap cerita.
Ia sebenarnya berpunca daripada tindakan Hitler yang berjaya membawa Parti Sosialis Kebangsaan menguasai kerajaan dan pada 1933 beliau mula melancarkan gerakan untuk mendesak penduduk Yahudi supaya meninggalkan negara itu dan jika perlu secara paksa. Mereka menggubal akta mengenai perkara itu yang menyekat hak Yahudi untuk bekerja dan berniaga. Semua langkah ini diambil selepas kerajaan Hitler ketika itu merasakan ia perlu dilaksanakan bagi menjamin hak penduduk pribumi dan penganut agama lain kerana bangsa ini (Yahudi), menguasai sepenuhnya bidang perundangan, perubatan, media dan ekonomi.
Pada 1934, masyarakat Yahudi mengutuk Jerman dan memulaukan negara itu dan menjelang Perang Dunia Kedua pada September 1939, hanya 200,000 Yahudi yang masih menetap di Jerman. Dr David Irving, seorang pakar sejarah Britain yang mengkhusus dalam kajian Perang Dunia Kedua menegaskan Holocaust adalah lagenda. Malah, seorang lagi pakar sejarah Britain, Alan Bullock berkata, Hitler tidak pernah mengarahkan Yahudi dibunuh.
Ia disokong pakar sejarah lain yang menyatakan tiada satu bukti kukuh Nazi melakukan pembersihan etnik seperti yang didakwa sama ada menerusi ribuan dokumen yang dirampas selepas perang atau kenyataan saksi. Pada Mei 1988, Irwing, membentangkan laporan yang dibuat oleh Fred A Leuchter, seorang pakar rekaan dan peniruan alat membunuh, termasuk bilik gas beracun. Leuchter yang mengkaji dan mengambil sampel dari bilik kem tahanan Auschwitz, Birkenau dan Lublin menegaskan tiada proses menyalurkan gas beracun berlaku.
Malah, apa yang mengejutkan kepada Leuchter, tiada sebarang kesan racun sianida dikesan dalam sebarang bilik kem terbabit. Kajian juga menyatakan sejenis racun yang didakwa digunakan untuk membunuh Yahudi, Zyklon-B, sebenarnya hanya digunakan untuk membunuh serangga. Ini kerana Zyklon-B meninggalkan kesan yang tidak boleh hilang meskipun selepas beratus tahun dan kajian tidak menemui kesan ketara penggunaan racun itu. Pada 1991, kerajaan Poland mengulangi ujian ini dalam usaha menyangkal hasil penemuan Leuchter, tetapi mereka juga gagal menemui sebarang bukti peristiwa kejam itu berlaku.
Kewibawaan mengenai dewan bunuh ini juga amat palsu. Kajian menunjukkan bilik ini hanya sekadar bilik biasa yang tidak kedap udara dan mempunyai ruang udara yang agak besar di lantai dan bawah pintu. Jika benar Jerman menyalurkan gas di bilik terbabit, pasti racun ini turut mematikan tentera. Selain itu tiada peralatan lain bagi melakukan proses itu ditemui.
Meskipun dakwaan enam juta orang mati akibat gas beracun, tiada satu pun mayat yang dihimpunkan selepas perang sama ada di kubur besar atau reput di tepi kem tahanan, dijalankan bedah siasat bagi membuktikan punca sebenar kematian mereka. Masyarakat dunia yang ditunjukkan gambar timbunan mayat ketika perang akibat kezaliman Nazi, sebenarnya tertipu kerana hakikat gambar itu adalah mereka yang mati akibat kebuluran dan wabak penyakit berjangkit atau mangsa bedilan bom tentera Amerika dan sekutunya.
Kebanyakan mangsa yang maut itu adalah rakyat Jerman dan hanya segelintir Yahudi. Malah, kajian juga membuktikan, tentera Jerman memerlukan masa 68 tahun untuk menyumbat tahanan dalam bilik beracun seperti di Auschwitz, bagi membunuh enam juta Yahudi.
Dicatatkan lagi oleh pakar sejarah, Diari Anne Frank juga palsu kerana sebahagian daripada diari itu ditulis menggunakan pena mata bola. Pen seperti itu belum lagi wujud pada zaman itu. Sebenarnya, usaha menyangkal pembohongan besar Yahudi ini bermula sejak selepas perang lagi. Seorang rakyat Perancis yang terselamat daripada kem Nazi ini, Paul Rassinier dalam bukunya “Le Mensonge d’Ulysse” (Pembohongan di Ulysse) pada 1949 serta buku “Le Drame des Juifs Europeens” (Drama Yahudi Eropah) pada 1964, menegaskan beliau tidak pernah melihat sebarang bukti Yahudi dibunuh beramai-ramai dalam bilik beracun.
Sementara itu, dalam buku tulisan profesor Universiti Northwestern, Amerika bertajuk “The Hoax of The Twentieth Century” (Kisah Jenaka Abad kedua puluh), Dr Arthur Butz, menegaskan meskipun ramai juga Yahudi yang dibunuh oleh Nazi, mereka bukan menjadi mangsa pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai. Butz berkata, setengah juta mati dalam kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia Kedua tetapi sejumlah kecil daripada mereka Yahudi.
Usaha menyangkal pembohongan ini diperkukuhkan oleh badan bebas yang ditubuhkan di Costa Mesa, California pada 1979 dan dikenali sebagai Institut Kajian semula Sejarah (IHR). Dan, seperti lazimnya, usaha membongkar kebenaran ini mendapat tentangan hebat Yahudi terutama daripada Jawatankuasa Yahudi Amerika (AJC) dan Liga Anti-Fitnah (ADL), sebuah badan Yahudi yang berusaha keras mendokong kisah Holocaust ini.
Bukti tetap bukti dan hakikat ini turut diakui oleh seorang sejarawan Yahudi, David Cole yang melawat Auschwitz pada lewat 1992. Dalam lawatannya itu beliau merakam temu ramah dengan Ketua Kurator Muzium Holocaust di kem itu, Dr Fransiszek Piper. Dalam temuramah itu, Piper mengakui bahawa bilik gas beracun yang ditunjukkan di kem itu untuk tatapan berjuta pelancong dunia, sebenarnya diubah suai oleh tentera Russia selepas perang. Berikutan itu, Cole menegaskan, kenyataan Piper ini membuktikan kenyataan Irwing.
Lebih mengejutkan apabila Ketua Mahkamah Agung Amerika, Harlan Fiske Stone, menyatakan Perbicaraan Nuremberg yang ditubuhkan bagi membicarakan pesalah jenayah perang Jerman sebenarnya adalah adalah usaha peringkat tertinggi menghancurkan Jerman. Pesalah jenayah perang Nazi pada perbicaraan itu yang sebelum ini menjadi Pemerintah Aushwitz, Rudolf Hess, juga menyatakan beliau didera dan diugut untuk membuat pengakuan bahawa kem itu, membunuh dua juta Yahudi di dewan bunuh beracun berkenaan.
Ditegaskan sekali lagi “Holocaust” sebenarnya digunakan untuk memastikan agenda Yahudi menguasai dunia. Ia juga digunakan sebagai cara mewajarkan sumbangan berbilion dolar oleh Washington kepada Israel serta menutup mulut masyarakat dunia terhadap kezaliman Zionis dan Yahudi ini membunuh rakyat Palestin. Seperti yang ditegaskan oleh Profesor W D Rubinstein dari Australia dalam Quadrant (Australia, September 1979, halaman 27), “jika Holocaust ini berjaya dibuktikan sebagai palsu, maka senjata terkuat propaganda Israel ini akan roboh berkecai”.
Ia diakui sendiri oleh masyarakat Yahudi, yang menyatakan Holocaust ini adalah satu perniagaan yang menguntungkan. Ini didokumenkan menerusi tulisan seorang Yahudi, Jocobo Timerman dalam bukunya “The Longest War” (Perang Paling Lama/Panjang). Beliau menyatakan ramai rakyat Israel menganggap “Holocaust” ini seperti agama baru. Katanya, perkataan “Holocaust” ini berasal dari Hebrew iaitu “Shoah” dan katanya lagi, tiada perniagaan lain yang sama seperti “Holocaust”.
Media Yahudi menggambarkan betapa “Holocaust” ini adalah orang Yahudi yang tidak bersalah tetapi sebenarnya membawa mesej perkauman dan menentang hak asasi penganut agama lain atau golongan yang tidak sealiran dengan mereka, tulis Mark Weber dari IHR.
Kebenaran pasti akan muncul, meskipun kerajaan Barat terutama Amerika menyekat sebarang perbahasan terbuka mengenai Holocaust. Golongan yang ingin mengadakan perbincangan terbuka sering diugut dan dianiaya oleh pelampau Yahudi. Malah, jika ada pemimpin dunia yang cuba mengetengahkan fakta sebenarnya mengenai pengaruh Yahudi, pasti beliau akan diserang dengan pelbagai tuduhan seperti anti-Semitik, senasib dengan Hitler.
Jika benar Yahudi betul, mereka seharusnya berani membiarkan kajian mengenai Holocaust ini diteruskan tanpa sebarang campur tangan atau ugutan. Jika permintaan ini tidak dilayan malah diugut, masyarakat dunia masa kini berhak meragui dan berasa sangsi terhadap Yahudi dan penyokongnya. Keadilan dan kebenaran perlu diketengahkan meskipun pahit atau akhirnya mungkin terpaksa mengakui Hitler adalah wira.”
Kita sering berbicara tentang bagaimana Yahudi menguasai dunia tetapi dalam masa yang sama, mereka (Yahudi) juga banyak menggambarkan dalam filem bagaimana Nazi menguasai sebahagian besar Eropah dengan kekerasan dan “Holocaust”. Turut digambarkan bagaimana Hitler memerintah, apabila beliau sentiasa berlaku kasar terhadap pegawai bawahannya, dan juga bagaimana rakusnya Hitler membawa Jerman ke lembah peperangan yang penuh dosa.
Terdapat bermacam-macam filem kategori “Holocaust” seperti “Saving Private Ryan, Pianist”, “Schindler’s Lists”, “Band of Brothers” hinggakan terdapat juga filem-filem yang ingin juga mengaitkan Nazi secara sengaja seperti “Hell Boy”, “Inside Man” dan juga “Indiana Jones”. Atas sebab agama dan bangsa Yahudi, “penderitaan” mereka perlu di canang di seluruh dunia. Kekejaman Nazi harus dikenali seluruh dunia. Apa objektifnya? Konspirasi, sebaran pengaruh atau simpati?
Simpati adalah alasan yang sangat kukuh. Tragedi Holocaust merupakan salah satu agenda yang sengaja dibesar-besarkan pihak tertentu untuk meraih simpati. Memang benar mangsa tidak sepatutnya diseksa sebegitu tetapi malangnya, “Holocaust” ini juga telah menjadi kiblat untuk pihak tertentu melancarkan kekerasan, penindasan, rampasan, seksaan kepada orang yang tidak bersalah kepada mereka. Alasannya mudah, itu hak mereka. Tetapi tiada satu pihak pun yang berani menghalang mereka secara terang-terangan dan dengan tegas. “Holocaust” telah jadi satu fenomena, sehebat mana fenomena Michael Jackson dan juga Beattles dahulu.
Presiden Iran Ahmadinejjad pernah menyuarakan Holocaust ini adalah satu pembohongan semata-mata dan tidak pernah berlaku. Mungkin ramai yang tidak berapa setuju dengan pendapat beliau, tetapi adalah lebih adil sekiranya dikatakan bahawa kisah “Holocaust” telah diperbesar-besarkan jauh lebih teruk dari perkara yang sebenarnya terjadi hinggakan terdapat berpuluh-puluh Muzium Holocaust serata Amerika Syarikat.
Adapun untuk anak-anak Yahudi yang tinggal di negara-negara di luar Israel, organisasi-organisasi Zionis telah menebarkan ratusan buku untuk mengukuhkan misi mereka. Salah-satu contoh daripada buku tersebut adalah Buku “Daud Kecil” yang menghubungkan bangsa Arab dengan Hitler, apabila dalam buku tersebut dinyatakan, “…dan orang-orang Jerman itu menggunakan tharbus (sejenis songkok khas Arab/Turki) setelah mereka menyerang orang Yahudi.
Sementelahan, Discovery Channel, menerusi rancangan “Scrap Book From Hell: Auschwitz”, pasti membuatkan kita berfikir kembali mengenai istilah “kezaliman” dan “penindasan” apabila melihat kekejaman yang dilakukan Rejim Zionis terhadap Rakyat Palestin di Tebing Barat.
4. PENUTUP
Adolf Hitler adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam sejarah peradaban dan tamadun manusia. Satu tokoh politik dan juga pemimpin tentera yang pernah digeruni malah dipuja. Walaupun terdapat banyak dakwaan yang menyatakan bahawa “Holocaust” adalah sekadar dongengan dan rekaan dalam Diari Anne Frank oleh pendokong Zionisme, kita tidak boleh menafikan fakta berkaitan sejarah kekejaman Hitler dan Nazi terhadap berjuta-juta manusia.
Beliau telah menyebabkan penderitaan, ketakutan, keganasan dan kesengsaraan, bukan sahaja kepada Bangsa Yahudi, bahkan terhadap kumpulan yang dianggap “tidak diperlukan” oleh masyarakat seperti golongan Slav (seperti rakyat Poland, Russia dan lain-lain), Rroma (atau Roma), Sinti, golongan kurang berkeupayaan (pesakit mental dan/atau cacat anggota) dan golongan homoseks. Dan bukan hanya Hitler, malah Stalin, Mao Tse Tung, Pol Pot, Franco, Benito Mussolini dan lain-lainnya telah menenggelamkan Abad ke-20 ke dalam darah.
Justeru, adalah tidak adil untuk hanya memberikan simpati dan fokus yang melampau terhadap Peristiwa “Holocaust”, sehingga kita menghalalkan kekejaman Rejim Haram Zionis di bumi Palestin. Sebagaimana kita mengutuk kekejaman Hitler dan Nazi (bersama teori evolusi yang dangkal), kita juga menentang sekeras-kerasnya, sebarang bentuk kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Zionis di Palestin, serta apa jua bentuk penindasan terhadap mana-mana pihak, khususnya oleh Kuasa Barat terhadap negara-negara miskin.
Che Din,
3 Mei 2010,
11.20 pagi.
***************************************
Rujukan:
- “Adolf Hitler”, terdapat di http://ibnuyaacob.com/?p=1305, diakses pada 21 November 2009.
- Dr. Danial bin Zainal Abidin, “Era Dajjal, Sistem Perisikan dan Teknologi Canggih”, Majalah i, Bilangan 32, Jun 2005, Shah Alam, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., muka surat 36-38.
- Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, “Yahudi musuh ketat umat Islam”, Majalah i, Bilangan 32, Jun 2005, Kumpulan karangkraf Bhd., muka surat 65-67.
- Harun Yahya, “Malapetaka Darwinisme terhadap Kemanusiaan”, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2003.
- “Holocaust: kisah dongeng Yahudi”, terdapat di http://adiediago.blogspot.com/2009/02/holocaust-kisah-dongeng-yahu, diakses pada 19 November 2009.
- “Holokus”, terdapat di http://ms.wikipedia.org/wiki/Holokus, diakses pada 20 November 2009.
- Jayauddin Jamauddin, “Penentangan Golongan Yahudi di Madinah”, Diskusi 1987: Keluaran Khas, Kuala Lumpur, Yayasan Anda Sdn Bhd, 1987, muka surat 146.
- Khusyairie, “Mengapa Yahudi menjadi bangsa yang zalim”, Majalah Haluan, Alor Setar, Tinta Image, Bilangan 2, tahun 2004, muka surat 20-21.
- Maszlee Malik, “Beberapa Pelajaran dari Perang di Lebanon 2006”, Majalah i, bilangan 50, Disember 2006, Shah Alam, Pemikir Sdn. Bhd., muka surat 64-66.
- Mohd Yusman Awang, “Yahudi Bunuh Nabi Isa di Hollywood”, Majalah Al-Islam, Januari 2004/Zulkaedah 1424, tahun ke-31, Bilangan ke 358.
- “The Jewish Political Program”, Majalah Forward, tahun ke-3, Bilangan ke-32, Februari 2009, muka surat 28-43.
- Muhammad Thoriq, “Bangsa Arab di mata kanak-kanak Israel”, Majalah i, Bilangan 47, September 2006, Shah Alam, Pemikir Sdn. Bhd., muka surat 24-25.
Seputar Sirah China pada Abad 19: Campurtangan dan Penjajahan Kuasa Barat
Susunan: CHE Din
1.Pendahuluan
Dalam membincangkan China pada Abad 19, terdapat beberapa fasa yang boleh dibahagikan untuk membolehkan kita menilai sejarah dan perkembangan hubungan China dengan kuasa luar selepas kedatangan Kuasa Barat ke negara tersebut. Namun, molek kiranya jika kita mulakan perbincangan ini dengan membincangkan terlebih dahulu mengenai kewujudan Dinasti Manchu (Dinasti Ching) dalam kurun ke 17.
2.Dinasti Manchu / Dinasti Ching (Kurun ke 17)
Sejak berkurun-kurun dahulu, China telah diperintah oleh pelbagai dinasti. Dinasti-dinasti ini dinamakan mengikut keluarga yang memerintah. Orang-orang China pada masa dahulu percaya bahawa negara mereka adalah “Kerajaan Tengah” dunia ini. Mereka percaya bahawa Maharaja adalah “Anak Syurga” dan oleh itu menjadi “yang dipertuan” bagi seluruh bumi ini. Mereka juga percaya bahawa tidak ada sesiapa pun yang setaraf dengan maharaja mereka.
Dalam kurun ke 17, satu dinasti baru telah bermula di China, iaitu Dinasti Manchu (dari tahun 1644 hingga tahun1911). Dinasti yang baru ini adalah yang terakhir di China. Orang-orang Manchu adalah keturunan Tartar. Orang-orang Tartar pula ialah peribumi Manchuria, sebuah negeri di Utara China. Orang-orang Manchu menyerang China dalam tahun 1644 dan menaklukinya daripada Dinasti Ming.
Orang Manchu didakwa sebagai bukan orang China yang sebenarnya, sungguhpun mereka telah menerima cara hidup orang China sedikit demi sedikit dan menjadi seperti orang-orang China. Ramai orang-orang China yang bencikan orang-orang Manchu, terutamanya orang-orang China yang tinggal di Selatan China. Mereka tinggal di wilayah Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Ramai daripada orang-orang China yang lari berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu datang dari wilayah-wilayah ini.
Mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan orang-orang Manchu. Kerajaan Manchu didakwa tidak membawa perubahan dan kemajuan kepada wilayah-wilayah di China Selatan. Pentadbiran wilayah-wilayah ini sangat buruk dan ianya dalam keadaan huru-hara. Kegagalan menanam bahan-bahan makanan mengakibatkan kebuluran.
Pada masa yang sama juga, penduduk-penduduk terlampau ramai dan sebilangan besar daripada mereka menganggur.
Sementelahan, keadaan di dalam negeri adalah tidak selamat. Kerajaan tidak dapat mengawal rusuhan, pembunuhan dan pemberontakan. Rakyat mahu mencari tempat yang yang lebih selamat untuk mencari rezeki. Pada masa ini, orang-orang British telah memulakan Negeri-negeri Selat di Semenanjung Tanah Melayu. Negeri-negeri Selat terutamanya Singapura dan Pulau Pinang menarik perhatian mereka.
3.Fasa Pertama (Sebelum 1834): Perhubungan Manchu dengan Barat
Pada fasa pertama, iaitu sebelum 1834, Empayar China berdagang melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris. Walaupun ia mewakili kepentingan di Asia Timur, ia hanyalah sebuah syarikat. Justeru, walaupun perniagaan dan perdagangan syarikat tersebut maju dan menggalakkan, pihak British tidak mempunyai wakil secara terus di China. Oleh itu, pada fasa pertama, pengaruh Kerajaan British masih kurang kesannya di China.
Orang-orang Manchu telah membenarkan orang-orang asing berdagang di semua pelabuhan China hingga ke pertengahan kurun ke 18. Akan tetapi, dalam tahun 1757, China telah menutup semua pelabuhannya melainkan Pelabuhan Canton kepada pedagang-peadagang asing. Tindakan ini diambil kerana meraka mahu menyekat penyebaran agama Kristian.
Orang-orang Eropah menghadapi banyak masalah semasa menjalankan perdagangan dengan China di Canton. Mereka inginkan teh China dan sutera, tetapi orang-orang China tidak mahukan barang-barang buatan Eropah. Pedagang-pedagang Eropah terpaksa membayar cukai kastam yang sangat tinggi. Mereka dibenarkan hanya untuk berdagang dengan “Cohong”.
“Cohong” ialah kesatuan saudagar-saudagar China. Saudagar-saudagar ini telah menyebabkan perdagangan dengan orang Eropah menjadi susah. Saudagar-saudagar Eropah boleh berdagang hanya di suatu kawasan yang dikhaskan.
Dalam tahun 1793, British telah menghantar satu utusan yang diketuai oleh Lord McCartney ke China. Utusan itu memohon kepada Maharaja China supaya sesetengah daripada sekatan-sekatan di Canton itu dihapuskan. Malangnya, utusan itu gagal kerana orang-orang China menganggap bahawa barang-barang buatan Eropah tidak berguna kepada mereka.
Orang-orang China menganggap diri mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang Eropah. Mereka menggelar orang-orang asing itu sebagai “Si Tua Berbulu”. Orang-orang China hanya mengkehendaki emas dan perak sahaja sebagai bayaran the dan sutera mereka. Keadaan ini mula berubah apabila orang-orang Eropah membawa masuk candu yang sangat diingini oleh orang-orang China.
3.1.Candu
Candu telah digunakan di China sebagai ubat sejak berkurun-kurun lamanya. Apabila orang-orang British membawa candu dari Benggala di India ke China, corak perdagangan di China pun mulai berubah. Perdagangan candu telah mendatangkan keuntungan besar kepada orang-orang British. Namun, kemasukan candu yang begitu banyak mendatangkan kesan buruk di segi ekonomi dan social kepada negara dan masyarakat China.
4.Fasa Kedua (1834-1842): Perang Candu Pertama, Persetiaan Nanking dan Pembukaan China
Pada peringkat fasa kedua (1834-1842), selepas ketiadaan Syarikat Hindia Timur Inggeris, hanya terdapat kumpulan-kumpulan kecil pedagang atau peniaga yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan China.
Oleh itu, Kerajaan British telah menghantar Lord Nappier ke China sebagai wakil mereka di sana. Pada ketika inilah, buat kali pertama, “perdagangan” telah menjadi isu politik. Hal ini demikian kerana, segala isu berkaitan dengan perdagangan di antara China dan British adalah tertakluk di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Lord Nappier dan Kerajaan British.
Dalam pada masa yang sama, Maharaja Manchu, yang sedar akan bahayanya perdagangan candu, percaya bahawa ketagihan candu telah menimbulkan berbagai penyakit dalam masyarakat. Perdagangan candu juga telah menjejaskan kedudukan kewangan China.
Oleh yang demikian, dalam tahun 1839, perdagangan candu telah diharamkan. China memaksa orang-orang Eropah supaya jangan membawa masuk candu ke China. Kerajaan China telah merampas candu orang-orang British yang bernilai lebih daripada satu juta pound di Canton.
Sementelahan, British juga terpaksa menghadapi halangan daripada segi perkembangan budaya bagi menembusi China. Masalah-masalah tersebut termasuklah perkara berkaitan dengan “Hubungan Antara Negara”. British mengamalkan konsep moden tentang kesamarataan di antara negara-negara yang berdaulat. British mahu mewujudkan hubungan diplomatik dengan menghantar wakilnya ke China.
Sebaliknya, China berpegang kepada konsep “Negara Pusat”. Utusan-utusan diplomatik dari British dianggap pembawa ufti kepada Maharaja China. Interpretasi sedemikian tidak disenangi oleh pihak British. Di segi “Pandangan Antarabangsa” juga timbul masalah. China mengamalkan system perdagangan luar yang dibatasi dan dikawal rapi.
British pula berpegang kepada prinsip perdagangan bebas atau “Laissez-faire”. Sistem dan konsep perdagangan bebas tidak diterima oleh China. Keadaan tersebut memberi alasan kepada British untuk bertindak ke atas China.
Selain itu, faktor yang mencetuskan peperangan ialah “Perbezaan Undang-undang”. Di bawah undang-undang China, pentadbiran undang-undang adalah di bawah orang-orang yang diberi kuasa. Konsep undang-undang Barat pula menekankan bahawa undang-undang dikuatkuasakan selaras dengan apa yang tersurat. Buka mengikut budi bicara. Pihak British memandang berat terhadap rakan-rakannya yang dihukum mengikut dasar undang-undang China itu.
Selepas itu, isu perdagangan dan politik telah bercampur-aduk sehingga tercetusnya Perang Candu Pertama (First Opium War) di antara orang-orang British dan China dalam tahun 1839.
China telah dikalahkan oleh British. Justeru, perang tersebut boleh dikatakan sebagai kemuncak kepada fasa pertama imperialisme yang jelas, kerana matlamat utama perang tersebut adalah untuk mecapai cita-cita kotor politik British, dengan dasar polisi “gunboat” untuk memaksa China menandatangani Perjanjian Nanjing (juga disebut sebagai Persetiaan Nanking – “Nanjing Treaty”).
4.1.Persetiaan Nanking dan Pembukaan China
Persetiaan Nanking menamatkan Perang Candu Pertama dalam tahun 1842. Dengan perjanjian ini, pihak British telah memperolehi Hong Kong. China juga telah dipaksa untuk membuka empat lagi pelabuhannya selain Canton. Saudagar-saudagar British dibenarkan berdagang di semua pelabuhan ini. China bersetuju membayar $21 juta sebagai ganti rugi kepada British. Dengan itu, China telah dipaksa untuk membuka pintunya kepada orang-orang asing.
Beberapa tahun kemudiannya, kuasa-kuasa lain seperti Amerika Syarikat dan Perancis menuntut hak yang sama seperti British. Hak-hak istimewa juga telah diberikan kepada Kuasa-kuasa Barat yang lain. Orang-orang asing di China ini tertakluk di bawah kuasa pegawai-pegawai mereka sendiri dan bukannya undang-undnag China. Ini menyebabkan orang-orang China tidak puas hati. Sekali lagi, mereka ingin menutup pelabuhan mereka.
5.Fasa Ketiga (1842-1865): Perang “Arrow” dan Pemberontakan Taiping
Pada fasa ketiga (1842-1860), ciri-ciri kenegaraan British mulai dirasai dan menjadi semakin kuat di China. Dalam tahun 1856, satu lagi peperangan telah meletus disebabkan oleh satu peristiwa yang dinamakan Peristiwa Arrow. Di Canton, orang-orang China telah merampas sebuah kapal bergelar Lorche Arrow dan membawa lari anak-anak kapal tersebut. Orang-orang China mengesyaki bahawa mereka adalah lanun.
Pihak British telah menuntut pengembalian anak-anak kapal itu kerana kapal itu adalah kepunyaan seorang rakyat China yang didaftarkan di Hong Kong. Kapal ini adalah di bawah jagaan seorang Kapten British. Pihak China pun mengembalikan semula anak-anak kapal tersebut.
Namun, British telah mengambil kesempatan ini sebagai alas an untuk memulakan peperangan. Peperrangan itu dipanggil Perang Candu Kedua atau Perang Arrow. Perancis telah bersatu dengan British untuk menentang China. Sekali lagi, China dikalahkan dan dipaksa menandatangani satu lagi persetiaan bergelar Perjanjian Tientsin.
Dengan Persetiaan Tientsin ini, duta-duta Eropah dibenarkan bagi pertama kalinya tinggal dip eking, “Kota Larangan”, tempat Maharaja China bersemayam. Sebanyak sebelas lagi pelabuhan China telah dibuka. China juga telah dipaksa menandatangani perjanjian dengan Negara-negara Eropah yang lain. China telah diperas ugut dan dipaksa untuk menyerahkan lebih banyak hak-hak istimewa kepada Negara-negara tersebut.
Selain itu, dengan perjanjian terebut, China telah dapat diperas oleh kuasa-kuasa Barat. Kuasa-kuasa Barat ini telah membahagi-bahagikan negeri China di antara mereka. Rusia telah memperolehi seluruh wilayah-wilayah China di bahagian Utara Sungai Amur dan membuka sebuah pelabuhan di Vladivostok di Lautan Pasifik. Perancis memperolehi Annam yang dahulunya dikuasai oleh China dan juga Guangzhou (Kwangchow). Jerman pula telah memperolehi Semenanjung Shantung. Setelah dipecah-pecahkan begitu, China telah menjadi semakin lemah.
Pada akhirnya, kesimpulan ringkas boleh dibuat mengenai sebab utama tercetusnya Perang Candu Kedua, iaitu untuk menambah lebih banyak pengaruh Kuasa Barat di China. Pada fasa ketiga ini, keuntungan dalam perdagangan di antara kedua-dua negara tidak lagi dilihat sebagai penyebab utama dalam dasar politik dan perluasan Kuasa Barat ketika itu. Ia lebih dilihat sebagai usaha kotor Kuasa Barat untuk memperluaskan seberapa banyak pengaruh yang boleh ke atas China dalam persaingan sejagat untuk mendapatkan kekuasaan, serta bagi menunjukkan kelemahan Empayar China.
5.1.Pemberontakan Taiping (1850-1865)
Kelemahan Kerajaan Manchu menyebabkan orang-orang China tidak berpuas hati. Pihak Manchu tidak mendapat sokongan orang-orang China kerana mereka dianggap sebagai orang-orang asing. Pada masa pemerintahan Manchu, banyak pemberontakan berlaku. Tetapi, pihak Manchu tidak mengadakan sebarang pembaharuan. Tidak ada sistem cukai yang sesuai. Kebuluran pula berlaku dalam tahun 1849.
Pemberontakan yang paling hebat sekali berlaku dalam tahun 1850, di zaman Maharaja Hsien-feng (1850-1861), iaitu Pemberontakan Taiping. Pemimpin pemberontakan Taiping ialah Hung Hsui Chuan , dari wilayah Kwangtung. Hung adalah seorang Kristian, yang mendapat pendidikan Klasik China. Beliau juga mempunyai kepercayaan aneh bahawa Tuhan telah mengarahkannya untuk menyelamatkan umat manusia. Beliau mendakwa bahawa Tuhan telah memberikannya petunjuk yang mengatakan bahawa beliau adalah adik kepada Nabi Isa. Beliau berjanji bahawa orang-orang yang mati di medan pertempuran akan masuk syurga, di bawah “Persatuan Penyembah Tuhan”.
Tujuan sebenar Hung Hsui Chuan adalah untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan menubuhkan dinasti baru yang dinamakan “Taiping” bermakna “Keamanan Agung”. Hung Hsui Chuan ingin menjadi Maharaja Dinasti “Taiping” yang pertama.
Pemberontakan Taiping tamat dalam tahun 1864. Orang-orang Barat telah menyebelahi Kerajaan Manchu. Mereka membantu Pemerintah Manchu menubuhkan pasukan tentera yang dapat menindas pemberontak-pemberontak Taiping. Hung Hsui Chuan telah makan racun lalu mati.
6.Fasa Keempat (1865-1900): Peperangan, Pemulihan Seratus Hari dan Pemberontakan Boxer
Pada fasa keempat dan terakhir ini, kepentingan perdagangan kepada Kuasa-kuasa Barat telah mulai berkurang. Tumpuan mula diberikan untuk menakluk lebih banyak wilayah, bagi mencapa cita-cita untuk menjadi negara yang paling berkuasa. Kuasa ketenteraan yang telah mula digunakan semenjak Perang Candu Pertama, semakin galak digunakan oleh Kuasa Barat untuk mencapai kadar penaklukan wilayah yang lebih besar. Perkembangan ini telah menyumbang kepada berlakunya Pemberontakan Boxer dan Revolusi tahun 1911.
Pada fasa keempat ini, Jerman dan Perancis cuba untuk bersaing dengan British untuk mendapatkan status “Negara Terulung”. Keuntungan dalam perdagangan telah menjadi faktor yang kurang penting jika dibandingkan dengan matlamat untuk menguasai dunia. Ini dibuktikan lagi dengan hakikat bahawa penguasaan Perancis ke atas Selatan China/Indochina tidak menjadikannya penymbang kepada kekayaan negara tersebut (Perancis).
Namun, untuk menjadi sebuah negara yang unggul dan terbilang, sebuah empayar yang besar diperlukan, dan penaklukan terhadap negara lain adalah salah-satu daripada kaedahnya.
6.1.Maharani Balu Tzu Hsi
Sungguhpun Pemberontakan Taiping telah berakhir pada 1865, masalah Dinasti Manchu belum berakhir lagi. Terdapat banyak pemberontakan kecil yang lain lagi. Keadaan ekonomi negara adalah buruk. Pemerintah China yang baru adalah Maharani Balu Tzu Hsi. Baginda menaiki takhta di dalam tahun 1860 dan memerintah sehingga tahun 1908.
Sepanjang masa itu, pemerintah yang sebenarnya adalah anak baginda dan kemudian anak saudara baginda.
Oleh kerana mereka terlalu muda, baginda telah menjadi Pemangku Raja. Bagindalah yang benar-benar berkuasa di China. Walaupun begitu, beliau tidak dapat mengatasi masalah-masalah di China. Baginda tidak mahu mengambil tauladan daripada Barat.
Oleh sebab itu, rancangan ekonominya tidak berjaya.Menjelang akhir Kurun ke 19, berbagai peristiwa telah berlaku yang mana akhirnya membawa kepada Revolusi Tahun 1911 dan kejatuhan Dinasti Manchu. Orang-orang China bertambah marah dan hampa apabila China kalah berperang dnegan Jepun pada tahun 1895.
6.2.Peperangan China-Jepun (1864-1895)
Peperangan ini meletus kerana Korea. Kedua-dua negara, China dan Jepun, ingin menguasai Korea. Jadi, apabila satu pemberontakan berlaku di Korea, tentera kedua-dua negara, China dan Jepun, pergi ke Korea. Oleh kerana perselisihan faham, maka berlakulah satu peperangan China-Jepun pada bulan Julai 1894.
China kalah di tangan Jepun. Perjanjian Shimonosaki telah ditandatangani.
Pihak China telah menyerahkan sebahagian daripada wilayah-wilayah di China kepada Jepun iaitu Semenanjung Liaotung, Formosa dan Pescadores. Ia juga terpaksa membuka empat buah lagi pelabuhan kepada pedagang-pedagang Jepun. Korea telah diberikan kemerdekaannya.
Rakyat China juga tidak berpuas hati kerana orang-orang Eropah dan asing telah memperolehi banyak wilayah di dalam China. Negara China di bawah Kerajaan Manchu pada lewat Kurun ke 19 adalah seperti “sebiji tembikai yang sedia untuk dipotong”.
6.3.China dibahagi-bahagikan
Dalam tahun 1898, Jerman telah mempunyai hak istimewa untuk membina jalan raya dan landasan kereta api dan membuka lombong di Semenanjung Shantung. Perancis menguasai Teluk Kwangchau (Guangzhou) di sebelah selatan, dan mempunyai hak untuk membina landasan kereta api di Yunan. British pula memperolehi kawasan Weihaiwei – iaitu kawasan yang penting bagi pertahanan wilayah-wilayah British di Hong Kong dan Kowloon. Rusia juga menguasai wilayah-wilayah di China seperti Pelabuhan Arthur. Ia juga mempunyai hak untuk membina landasan kereta api untuk kegunaannya sendiri.
Sementara itu, Amerika Syarikat telah memerhatikan keadaan di China dengan perasaan yang cemas. Kuasa-kuasa Eropah mempunyai kawasan-kawasan mereka sendiri di China. Amerika Syarikat khuatir jika ia tidak mendapat peluang untuk berdagang dengan China kerana semua pelabuhan-pelabuhan adalah di bawah kuasa orang-orang Eropah. Oleh itu, Amerika telah mencadangkan “Dasar Pintu terbuka”. Dengan dasar ini, semua Kuasa Eropah di China bersetuju untuk berdagang dengan aman. Mereka bersetuju mengadakan hak perdagangan sama rata.
Dalam kurun ke 19 itu, orang-orang China memerhatikan kegiatan orang-orang asing itu ke atas mereka tanpa dapat mengambil sebarang tindakan pun. Sarjana-sarjana dan pemimpin-pemimpin China merasa malu dengan keadaan negara mereka itu. Pada masa yang sama, proses pemodenan sedang dijalankan dengan jayanya di jepun di bawah pemerintahan Maharaja Meiji. Oleh itu, Jepun telah menjadi kaya dan kuat. Orang-orang China mahukan pemulihan-pemulihan yang sama dilakukan di China.
6.4.Pemulihan Seratus Hari
Maharani Balu Tsu Hsi, menentang pembaharuan dan pemulihan di China. Tetapi, sekumpulan pemimpin-pemimpin China termasuk Maharaja Kuang Hsu, inginkan pemulihan supaya China dapat dikukuhkan semula.
Kung-Yu-Wei, seorang sarjana ingin memulihkan China melalui perubahan-perubahan dalam pentadbiran. Beliau mempunyai pengetahuan pentadbiran Barat. Beliau ingin merombak semula system kerajaan yang bercorak tradisional itu. Beliau telah berjaya mendapatkan keyakinan Maharaja Kuang Hsu, dan menjadi penasihat kepada
Maharaja tersebut dalam satu rancangan pemulihan pada 1898. Berbagai pembaharuan diadakan dalam bidang pelajaran, pentadbiran, perusahaan dan perhubungan antarabangsa. Pembaharuan-pembaharuan ini digelar “Pemulihan Seratus Hari” (juga dikenali sebagai “Gerakan Islah Seratus Hari”).
Malangnya, rancangan pemulihan ini tidak berjaya. Pemulihan-pemulihan itu hanya dapat dijalankan selama 103 hari sahaja. Maharani Balu menentangnya kerana ianya bercorak Barat. Apabila baginda mengetahui bahawa terdapat di kalangan orang-orang yang merancang pemulihan itu cuba menggulingkannya, baginda telah mengambil tindakan.
Baginda memerintahkan supaya Maharaja Kuang Hsu dipenjarakan. Kang-Yu-Wei dan yang lain berjaya melarikan diri. Dengan itu, Pemulihan Seratus Hari pun tamat. Perasaan benci sekarang berpaling pula kepada orang-orang Eropah. Ini digalakkan pleh Orang-orang Manchu. Natijahnya, tercetuslah Pemberontakan Boxer pada tahun 1900.
6.5.Pemberontakan Boxer
Pada masa itu, terdapat sekumpulan kongsi gelap bergelar I-ho-Ch’uan (Penumbuk Harmoni yang Benar). Kumpulan ini dikenali sebagai “Boxer” kerana mereka handal bertinju. Kebanyakan orang yang menentang orang-orang Eropah telah menyertai I-ho-Ch’uan. Mereka ingin mengusir orang-orang asing yang mereka gelar “Orang Berbulu”. Cogan kata mereka adalah “Lindungi Orang-orang Manchu, hapuskan syaitan asing”.
Dalam tahun 1900, ahli-ahli Boxer telah menyerang orang-orang asing dan mubaligh Kristian di Shantung. Dari Shantung, pemberontakan ini merebak ke wilayah-wilayah yang lain. Kemuncaknya tiba apabila diplomat-diplomat asing dibunuh, termasuk seorang Menteri Jerman dan Canselor Pejabat Perwakilan Jepun. Semua orang-orang asing telah diperintah keluar dari Peking dalam masa 24 jam. Namun, semua kuasa-kuasa asing telah bersatu menentang pemberontak-pemberontak Boxer. Menjelang tahun 1900, China aman semula.
6.6.Kesan-kesan Pemberontakan Boxer
Kerajaan Manchu telah hilang kuasanya. Kuasa-kuasa Barat telah menunjukkan kekuatan dan kekuasaan mereka. Selepas Pemberontakan Boxer itu, China telah dipaksa untuk membayar ganti rugi yang besar kepada 13 buah wilayah yang terlibat dalam pemberontakan tersebut. Kerajaan Manchu cuba mengadakan pemulihan untuk menjadikan China kukuh dan kuat semula. Tetapi, pemulihan-pemulihan ini sudah terlambat.
6.7.Revolusi Tahun 1911
Satu gerakan revolusi bawah tanah telah bermula setelah kegagalan Pemulihan Seratus Hari dalam tahun 1868. Ia dimulakan oleh orang-orang yang berpendidikan Barat di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah diberi gelaran “Bapa Republik China”. Tujuan utama revolusi ini adalah untuk menyelamatkan China dengan menggulingkan orang-orang Manchu dan menubuhkan sebuah republik.
Pada 9hb Oktober 1911, sebutir bom telah meletup dengan tidak sengaja di sebuah bangunan di Hankow. Polis telah menyiasat dan mendapati bahawa tempat itu ialah ibu pejabat pergerakan revolusi itu. Satu senarai nama ahli-ahlinya telah juga dijumpai. Sesetengah daripada mereka telah ditangkap. Ramai penyokong pergerakan itu telah bangkit menentang kerajaan. Sekumpulan daripada mereka telah merampas depoh bekalan tentera kerajaan di Wucang pada 10hb Oktober 1911. Dalam pada masa yang singkat sahaja, revolusi yang sama telas meletus di seluruh China. Akhirnya, Dinasti Manchu pun diruntuhkan.
7.Penutup
Pada kurun yang ke 19, Dinasti Manchu yang memerintah China telah lemah. China tewas dalam Perang Candu Peratama dan Kedua. Pemberontakan Taiping berlaku diantara tahun 1850 dan 1864. Rakyat China ingin menggulingkan Kerajaan Manchu. Sementelahan, faktor-faktor yang membawa kepada Revolusi 1911 adalah seperti; kekalahan China di tangan Jepun dalam tahun 1895; kegagalan Dinasti Manchu untuk membawa pemulihan di China; dan Kuasa Barat memperolehi banyak wilayah di China. Pemerintah-pemerintah Manchu tidak berjaya mengawal perluasan kuasa orang-orang asing di China.
Deduksinya, orang-orang China yang pada asalnya menganggap kebudayaan mereka sebagai yang tertinggi, dan mengaku negara mereka sebagai ‘Kerajaan Tengah’ (middle kingdom) itu, terpaksa menggadaikan kedaulatan negara mereka apabila terpaksa memberi status ‘negara berkemudahan istimewa’ (the most favoured nation) dan ‘hak saingan’ (extraterritoriality) kepada beberapa Kuasa Barat terutamanya British dan Amerika Syarikat.
CHE Din,
3 Mei 2010,
11.o5 pagi.
Rujukan:
“Barat masih mahu menjajah”, terdapat di http://www.scribd.com/doc/18909707/BARAT-MASIH-MAHU-MENJAJAH, diakses pada 20 November 2009.
“China”, terdapat di http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter14/chapter140103.htm, diakses pada 20 November 2009.
“China”, terdapat di http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter17/chapter170402.htm, diakses pada 20 November 2009.
“China”, terdapat di http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=69872, diakses pada 19 November 2009.
Farish A. Noor, Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya (2008 Petaling Jaya ZI Publications Sdn Bhd)
Ibrahim Saad, “Perang Inggeris-China: Pertama dan Kedua”, Diskusi 1986: Keluaran Khas, Kuala Lumpur, Yayasan Anda Sdn Bhd, 1986
M. Thambirajah, “Malaysia dalam Sejarah 2”, Petaling Jaya, Federal Publications Sdn Bhd, Cetakan Kesepuluh, 1985
Norlin Saifullah, “Kebangkitan Boxer”, Diskusi 1987: Keluaran Khas, Kuala Lumpur, Yayasan Anda Sdn Bhd, 1987
Norlin Saifullah, “Gerakan Islah 100 Hari di China”, Diskusi 1987: Keluaran Khas, Kuala Lumpur, Yayasan Anda Sdn Bhd, 1987
“Pasuruan dan Arsitektur Etnis China Akhir Abad 19 dan Awal Abad ke 20”, terdapat di http://fportfolio.petra.ac.id/user_files/81-005/Vernakular2.pdf, diakses pada 19 November 2009.
Penulis Khas, “Pemberontakan Taiping (1850-1864)”, Diskusi 1986: Keluaran Khas, Kuala Lumpur, Yayasan Anda Sdn Bhd, 1986
“Politisi barat dipaksa tunduk pada bendera merah China”, terdapat di http://erabaru.net/opini/65-opini/5300-politisi-barat-dipaksa-tunduk-pada-bendera-merah-china, diakses pada 22 November 2009.
Saifuddin Abdullah, “Perang Candu”, Diskusi 1987: Keluaran Khas, Kuala Lumpur, Yayasan Anda Sdn Bhd, 1987
“Sejarah China”, terdapat di http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_China, diakses pada 18 November 2009.
“Sejarah China”, terdapat di http://www.btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-4.pdf, diakses pada 19 November 2009.
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, “Tamadun Dunia”, (Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam, 2005)
Perbedaan dan Persamaan Teori-teori Marx dan Rousseau: Satu Perbandingan Ringkas
Oleh: CHE Din
1.Riwayat hidup Jean-Jacques Rousseau
Jean-Jacques Rousseau (1712 - 1778) telah dilahirkan di Geneva (28 Jun) tetapi menjadi terkenal sebagai seorang ahli falsafah politik dan ahli akademik “dari Perancis”. Rousseau mengharungi kehidupan sewaktu kanak-kanak tanpa pendidikan formal. Beliau juga adalah seorang guru yang miskin. Oleh kerana tidak mampu membesarkan anak-anaknya sendiri, beliau menghantar mereka ke rumah anak yatim sebaik sahaja dilahirkan.
Beliau lebih gemarkan kehidupan secara bersendirian, kerana berpendapat bahawa terlalu sukar untuk hidup di kalangan masyarakat. Namun, hasil karyanya menawarkan sesuatu yang hebat. Dihasilkan melalui sebuah spektrum tradisi yang luas, merangkumi botani, muzik dan falsafah, pemikirannya telah mempengaruhi generasi pemikir akademik yang seterusnya, dan menggalakkan amalan pendidikan secara tidak formal. Novelnya, “Emily” adalah antara buku yang paling penting dalam bidang pendidikan selepas karya “Republik” oleh Plato. Malah, hasil karyanya yang lain telah memberikan impak yang besar terhadap teori politik dan amalan, dan perkembangan dalam penulisan novel.
2.Riwayat hidup Karl Marx
Karl Marx (1818 - 1883), pelopor utama gagasan “sosialisme ilmiah” dilahirkan tahun 1818 di kota Trier, Jerman. Ayahnya peguam yang terkenal, dan pada umur tujuh belas tahun, Marx masuk ke Universiti Bonn, juga belajar undang-undang. Kemudian, beliau berpindah ke Universiti Berlin dan mendapat gelaran Doktor dalam ilmu falsafah dari Universiti Jena.
Marx adalah seorang ahli falsafah, ahli politik ekonomi, ahli sejarah, ahli teori politik, ahli sosiologi, ahli komunis dan revolusi, yang mana ideanya telah diiktiraf sebagai asas kepada komunisme moden. Marx meringkaskan pendekatannya menerusi ayat pertama pada bab pertama dalam “The Communist Manifesto”, yang diterbitkan pada 1848: “Semua sejarah dari dahulu sehingga masyarakat hari ini adalah sejarah perjuangan mengenai kelas”.
3.Kebebasan dan persamaan/kesamarataan
Antara hasil karya yang paling penting dihasilkan oleh Jean Jacques Rousseau ialah “The Social Contract”, yang menyenaraikan asas kepada sistem politik yang sah. Karya tersebut menjadi salah satu hasil kerja yang paling mempengaruhi falsafah politik dalam tradisi Barat. Ia mengembangkan beberapa idea yang telah dinyatakan dalam hasil tulisan yang telah diterbitkan sebelumnya, iaitu artikel “Economie Politique” (Perbincangan mengenai Ekonomi Politik), yang terdapat dalam “Diderot’s Encyclopedie”.
Artikel tersebut dimulakan dengan susunan ayat yang dramatik, “Manusia telah dilahirkan sebagai makhluk yang bebas, dan dia ada di mana-mana dalam keadaan dirantai. Ada manusia yang berfikir bahawa dia adalah tuan kepada manusia yang lain, tetapi pada hakikatnya mereka hanyalah lebih hamba daripada manusia yang lain itu”.
Rousseau percaya kepada “kebebasan, persamaan dan persaudaraan” (“liberty, equality and fraternity”), dan beliau menekankan akan pentingnya pelajaran kepada kanak-kanak (manusia).
Seterusnya, semasa Revolusi-revolusi 1848 tercetus, buku Karl Marx iaitu “The Communist Manifesto” telah diterbitkan walaupun masih belum berpengaruh lagi. Idea-ideanya disebarkan melalui buku-bukunya seperti “The Communist Manifesto”, “The German Ideology”, dan “Das Kapital”.
“The Communist Manifesto” menganjurkan agar “proletariat” (kelas atau golongan pekerja) menentang golongan “bourgeoisie” (borjuis atau majikan) secara habis-habisan. Marx percaya bahawa teori yang dicipta adalah suatu hukum yang tidak boleh disangkal. Marx pernah mempersendakan perjuangan para revolusioner yang ingin mewujudkan masyarakat sosialis semasa Revolusi-revolusi 1848. Bagi membezakan dirinya daripada kumpulan sosialis, Marx telah memilih istilah Komunis untuk ideologinya. Ideologi Karl Marx telah mempengaruhi Revolusi Rusia pada tahun 1917.
Menurut Marx, golongan kapitalis atau borjuis hanya mementingkan keuntungan dan tidak menghiraukan kebajikan pekerja. Justeru, beliau menyokong penentangan secara habis-habisan oleh golongan pekerja atau proletariat terhadap para majikan. Menurut Marx, konflik antara majikan-pekerja akan berakhir sekiranya kapitalisme digantikan komunisme.
Marx percaya bahawa komunisme hanya boleh wujud sekiranya proses perindustrian tiba pada kemuncaknya. Beliau juga menyokong proses memiliknegarakan tanah dan perindustrian oleh kerajaan. Oleh yang demikian, kejayaan ideologi Marxisme dan Komunisme bergantung kepada penghapusan sistem kapitalis dan sistem memiliknegarakan tanah dan perindustrian oleh masyarakat komunis.
Marxisme menekankan konsep masyarakat yang tidak berkelas (classless society) – yang memberikan peluang dan gaji yang sama rata kepada semua lapisan masyarakat. Marxisme juga menekankan kepada kesamarataan dalam perkongsian harta dan kekayaan dalam masyarakat.
Marxisme mengambil pandangan secara kolektif terhadap masyarakat dan hubungan sesama manusia. Marxisme melihat “negara” sebagai sebuah alat untuk melakukan ketidakadilan terhadap rakyat. Apabila sebuah negara berteraskan Marxisme atau Komunisme telah berjaya ditubuhkan, negara tersebut akan mempunyai lebihan (“superfluous”) dan ia mestilah dihapuskan (“wither away”). Maka, masyarakat yang akan muncul selepas tertubuhnya Marxisme atau Komunisme adalah masyarakat yang tidak mempunyai negara (“stateless”) dan tidak dibezakan melalui kelas (“classless society”), di mana manusia akan menjadi bebas dengan sebenar-benarnya. Sementelahan, persamaan (“equality”) pula adalah penamat atau apa yang ingin dicapai oleh manusia, menerusi revolusi.
Marxisme menekankan perlunya sistem kapitalis - yang mengambil kesempatan terhadap golongan pekerja dan buruh – dihapuskan dalam sesebuah negara. Marxisme juga menekankan kepada perlunya monopoli atau dominasi oleh pihak kapitalis dihapuskan. Marxisme memperjuangkan agar keadilan yang sama rata diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Namun, dalam Marxisme, persamaan (“equality”) adalah lebih penting daripada kebebasan (“liberty”).
Marxisme telah menerima banyak kritikan hebat daripada beberapa pihak. Walaupun Marxisme menentang dan menolak sistem kapitalis, Yugoslavia telah mengkritik pihak pemerintah USSR kerana mengamalkan kapitalisme di dalam negara dan karenah birokrasi yang melampau, di samping terdapat sistem kasta di antara golongan pemerintah dan rakyat. Sebagai contoh, Russia sebagai ketua kepada negara-negara Komunis telah menguasai hasil-hasil pengeluaran oleh negara-negara dalam USSR.
Malahan, gerakan reformasi dan pembaharuan yang cuba dibawa oleh Gorbachev dalam mengakhiri komunisme dan perpecahan di antara negara-negara dalam USSR, di samping program-program ekonomi yang tidak dirancang dengan baik, adalah suatu kegagalan yang dahsyat. Komunisme hanya membahagikan semula kemiskinan kepada rakyat, dan hanya menghasilkan persamaan dalam suasana yang kelam-kabut.
Deduksinya, Rousseau percaya kepada persamaan, kebebasan dan persaudaraan dalam analisis dan teorinya. Namun, Marxisme lebih mengutamakan persamaan berbanding kebebasan.
4.Perbezaan dalam penyelesaian masalah
Jean Jacques Rousseau sebagai salah seorang ahli fikir Enlightenment Perancis, menyarankan dalam bukunya “The Social Contract”, bahawa keseluruhan suara rakyat atau “Hasrat Umum” (“General Will”) adalah penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat.
Kedaulatan undang-undang bermaksud undang-undangnya adalah jelas, boleh difahami dan boleh diaplikasikan. Ia bermaksud peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telus, dan undang-undang berkenaan bukti yang boleh diterima akal, adil dan saksama.
Walaupun Rousseau menyatakan yang kedaulatan (“sovereignty” atau kuasa untuk membuat undang-undang) sepatutnya berada pada tangan rakyat, beliau juga membuat satu perbezaan jelas di antara kedaulatan dan kerajaan. “Kerajaan” adalah terdiri daripada majistret-majistret, mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk mengaplikasi dan menguatkuasakan kehendak umum. “Kedaulatan” pula adalah kedaulatan undang-undang, secara idealnya ditentukan melalui demokrasi secara terus dalam satu perjumpaan atau perhimpunan.
Walau bagaimanapun, Rousseau berpendapat bahawa, di bawah sistem beraja (“monarchy”), kedaulatan yang sebenar masih lagi adalah undang-undang. Rousseau menentang idea yang menyatakan rakyat seharusnya mengamalkan kedaulatan melalui seorang wakil dalam perhimpunan. Jenis kerajaan republik yang dipersetujui Rousseau ialah “negara bandar (city state)”, yang mana, Geneva, adalah sebuah model, atau mungkin menjadi model, jika diperbaharui dengan prinsip-prinsip Rousseau.
Perancis tidak dapat memenuhi kriteria atau ciri-ciri negara idaman Rousseau kerana ia terlalu besar. Terdapat banyak lagi kontroversi yang timbul terhadap hasil pemikiran Rousseau kerana terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan dakwaan Rousseau berkenaan rakyat yang terhad kehidupannya, dan terpaksa mematuhi kehendak umum, sebelum dikira sebagai manusia yang bebas.
Konsep utama dalam pemikiran Rousseau ialah “kebebasan”, dan kebanyakan hasil penulisannya adalah berkaitan dengan kaedah yang digunakan untuk memaksa manusia menyerahkan kebebasan mereka. Asas kepada pemikirannya mengenai sistem kerajaan dan pihak berkuasa adalah idea “The Social Contract” atau “Kontrak Sosial”, yang mana jawatan dalam kerajaan dan pihak yang berkuasa adalah merupakan suatu kontrak bersama (di antara pihak berkuasa dan rakyat yang diperintah). Kontrak sosial ini melibatkan persetujuan oleh golongan yang diperintah, yang setuju untuk diperintah, bagi membolehkan hak-hak, harta serta kegembiraan dalam hidup mereka dilindungi oleh pihak pemerintah.
Satu-satunya faktor yang menyebabkan manusia sanggup menyerahkan kebebasan individu mereka dan diperintah oleh orang lain, adalah mereka mahukan hak-hak, harta serta kegembiraan dalam hidup mereka dijaga dan dilindungi dengan lebih baik oleh pihak kerajaan yang rasmi atau formal, berbanding masyarakat yang tidak dilindungi oleh undang-undang dan kacau-bilau.
Kendatipun, Rousseau berpendapat bahawa kontrak yang asal ini adalah tidak sempurna dan mempunyai kekurangan (“deeply flawed”). Golongan yang paling kaya dan berkuasa dalam masyarakat telah memperdaya masyarakat umum, lalu memasukkan perbezaan (“inequality”) sebagai satu ciri yang kekal untuk selama-lamanya dalam masyarakat.
Kontrak Sosial, iaitu kontrak di antara pihak pemerintah dan pihak yang diperintah seharusnya dipertimbangkan semula. Daripada mempunyai sebuah kerajaan yang hanya melindungi hak dan kekayaan golongan yang kaya, sesebuah kerajaan seharusnya berasaskan kepada hak-hak dan persamaan (“equality”) untuk semua lapisan masyarakat.
Jika terdapat kerajaan yang tidak melindungi hak-hak, kebebasan, dan persamaan untuk semua golongan masyarakat, kerajaan tersebut telah pun melanggar kontrak sosial yang tertakluk kepada kuasa politik. Justeru, dalam Kontrak Sosial, sekiranya pihak pemerintah tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk melindungi rakyat yang diperintah, maka kontrak sosial tersebut akan terbatal, dan pihak yang diperintah berhak dan bebas untuk memilih pemimpin-pemimpin yang lain untuk melindungi mereka.
Idea-idea tersebut telah menjadi intipati dan asas kepada Revolusi Amerika Syarikat dan Perancis. Malahan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Revolusi Amerika Syarikat dan Perancis adalah berasaskan kepada teori-teori Rousseau mengenai kontrak sosial.
Kayu ukur bagi politik Rousseau adalah keadaan di mana semua manusia adalah sama (“equal”). Justeru itu, persamaan semulajadi/tabii (“natural equality”) telah menjadi intipati penting dalam prinsip-prinsip Undang-undang Tabii/Semulajadi, dan menjamin beberapa hak-hak yang muktamad dan tidak boleh dicabar (“inalienable”) kepada manusia.
Rousseau percaya bahawa sekiranya kontrak sosial dipatuhi dengan baik, maka setiap lapisan masyarakat mestilah patuh kepada kuasa politik. Sekiranya kuasa politik melanggar premis asas dalam kontrak sosial itu, dan sekiranya kebebasan individu digantikan dengan perbezaan (“inequality”), Rousseau percaya bahawa kerajaan tersebut harus dijatuhkan. Rousseau telah berusaha untuk mencari kaedah terbaik bagi memaksimumkan kebebasan individu, di samping menjaga keamanan, kepatuhan, dan keharmonian dalam masyarakat.
Sebaliknya, Marxisme menolak sebarang kedaulatan undang-undang. Ini adalah sangat bahaya untuk sesebuah masyarakat. Marxisme, yang menentang kedaulatan undang-undang, membuatkan mereka gagal untuk membezakan di antara “sebab utama undang-undang dikanunkan” dan “penyalahgunaan undang-undang yang kadang-kala dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab”.
Oleh kerana Marxisme menggunakan pendekatan persamaan dalam hak semua lapisan masyarakat, tiada undang-undang yang dapat mengawal dan menguruskan rakyat. Hal ini membuatkan sesebuah negara itu diperintah dalam keadaan yang sentiasa terdedah dalam bahaya.
Deduksinya, Rousseau menuntut adanya sebuah badan pemerintah yang menjalankan tanggungjawabnya secara amanah, serta perlunya kedaulatan undang-undang diwujudkan. Maka jika ada kezaliman atau ketidakadilan, undang-undanglah yang menanganinya (adanya peranan pemerintah dan undang-undang dalam menyelesaikan masalah), sedang Marx dalam melihat ketidakadilan yang dilakukan kaum Kapitalis menyatakan bahawa yang harus dilakukan adalah menerusi kaedah radikal (yang berupa konflik dan kontradiksi), kerana dengan hal inilah hancurnya Kapitalisme.
5.Perbezaan dalam hal kebebasan dan persamaan dalam beragama
Selain itu, kenyataan Rosseau dalam “The Social Contract” bahawa pengikut sebenar Jesus tidak mampu menjadi rakyat yang baik, telah membuatkan beliau menerima kritikan keras di Geneva. Namun, tidak seperti ahli-ahli falsafah radikal Enlightenment yang lain, Rousseau menekankan kepentingan agama. Sedang Marx tidak melandaskan agama dalam analisa teorinya, bahkan menganggapnya sebagai candu bagi masyarakat, yang tidak dapat memberikan jalan keluar bagi ketidakadilan yang telah dilakukan kaum borjuis.
Marxisme adalah fahaman yang tidak percayakan Tuhan – ia menolak undang-undang yang mempunyai unsur-unsur ketuhanan dan keagamaan. Marxisme tidak menghormati kebebasan beragama dan mengasingkan agama daripada kehidupan rakyat. Dendam Komunisme terhadap agama dapat dilihat dalam setiap keganasannya sepanjang kenaikan Bolshevik. Gereja-gereja dan masjid-masjid telah diranapkan, dan di antara antara mereka yang disingkirkan daripada “masyarakat sosialis baru”, ialah orang-orang agama yang mempunyai kedudukan penting.
Antara tindakan yang dilakukan oleh pihak komunis untuk memudahkan usaha untuk menghapuskan agama ialah orang-orang beragama tidak dapat menikmati sebarang hak asasi, seperti untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan dan kupon-kupon makanan mereka juga dirampas. Pada 1936, sekitar 65% masjid dan 70% gereja telah dimusnahkan.
6.Perbezaan berkenaan unsur-unsur moral dan undang-undang dalam kebebasan dan persamaan
Rousseau mendakwa bahawa dunia ini akan berada dalam keadaan primitif jika tiada undang-undang dan unsur-unsur moral di dalamnya. Disebabkan masyarakat semakin maju dan membangun, pembahagian tenaga buruh dan harta persendirian menuntut manusia untuk mengamalkan institusi undang-undang.
Dalam fasa masyarakat yang semakin lemah dan teruk, manusia semakin kerap bersaing dengan manusia yang lain, tetapi dalam pada masa yang sama menjadi semakin bergantung kepada mereka. Tekanan berganda ini telah memberi tekanan berganda kepada survival dan kebebasan manusia itu sendiri. Menurut Rousseau, dengan sama-sama menyertai masyarakat sivil menerusi kontrak sosial, dan melupakan tuntukan mereka terhadap hak-hak tabii/semulajadi, individu-individu tersebut boleh melindungi diri mereka dan kekal bebas.
Hal ini demikian kerana, kepatuhan kepada “kuasa kehendak umum masyarakat” secara keseluruhannya, akan menjamin individu daripada menjadi orang suruhan kepada kehendak orang lain, dan akan memastikan mereka mematuhi diri mereka sendiri, kerana mereka adalah (secara kolektifnya) pihak yang menulis atau membuat undang-undang.
Ini adalah sejajar dengan pendapat Fuller yang mendakwa bahawa undang-undang mestilah mempunyai nilai-nilai moral. Namun, di dalam Marxisme, tiada sebarang rujukan dibuat terhadap nilai-nilai etika dan moral. Fuller mendakwa bahawa Marxisme hanya menekankan aspek ekonomi dalam sistem pentadbirannya.
Sama ada persamaan (“equality”) adalah syarat untuk kebebasan atau adakah ianya tidak bersesuaian (“incompatible”) dalam dunia sebenar (realiti), adalah suatu persoalan yang boleh dijawab dengan jelas, kerana ia memberi kesan terhadap keseluruhan konsep hak-hak dan pertanggungjawaban (“duties”).
Menurut Marx, syarat-syarat persamaan ekonomi sahaja sudah mencukupi untuk membolehkan kebebasan dicapai. Persamaan ekonomi hanya boleh dicapai melalui revolusi dan kediktatoran golongan proletariat. Kediktatoran golongan proletariat menggunakan kesemua kuasa untuk menghancurkan Kapitalisme, dan untuk menggantikannya dengan Marxisme atau Komunisme, iaitu untuk mengagihkan semula keuntungan material yang sebelumnya hanya dinikmati oleh golongan Kapitalis, walaupun pada hakikatnya, ia dinikmati hasil susah-payah golongan pekerja.
7.Perbezaan berkenaan hak, kebebasan dan persamaan individu
Hak dan kebebasan individu menurut Rousseau adalah kontrak sosial. Seseorang individu mempunyai hak dan kebebasan kerana “anggota masyarakat yang lain bersetuju bahawa individu tersebut mempunyai hak dan kebebasan tersebut”. Sekiranya seseorang individu itu tidak mempunyai hak atau kebebasan, maka individu tersebut mestilah meyakinkan semua pihak untuk memberikannya hak dan kebebasan tersebut.
Rousseau merupakan pemikir era Enlightenment yang pertama yang menjelaskan asas kepada kontrak hak-hak manusia. Beliau berpendapat bahawa “hak”, atau prinsip-prinsip autonomi atau kebebasan individu, bukanlah kuasa ghaib yang turun daripada syurga ke dunia ini ketika seseorang manusia dilahirkan dari rahim ibunya. “Hak” juga tidak dapat dilihat dalam DNA manusia.
Enlightenment bererti Zaman Kesedaran di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan kaedah-kaedah saintifik. Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka; pengajaran untuk kebahagiaan individu; perlembagaan; toleransi; yang tidak dikongkong; dan masyarakat yang berasaskan undang-undang. Rousseau menyokong pemeliharaan hak-hak asasi individu seperti kebebasan berpolitik dan persamaan di sisi undang-undang.
Bagi Rousseau, manusia yang tabii/normal (“natural human beings”) dilahirkan dengan kemampuan untuk hidup berdikari secara sepenuhnya. Sebaliknya, manusia yang hidup secara bermasyarakat (“social human beings”) terpaksa bergantung kepada pihak lain (tidak mampu berdikari) dan kehidupannya terhad. Hak dan kebebasan yang diperolehi oleh manusia yang hidup bermasyarakat adalah berdasarkan sepenuhnya kepada perjanjian sosial secara umum. Ini adalah satu sebab mengapa Revolusi Amerika dan Perancis membawa kepada “kontrak” yang menjelaskan hak dan kebebasan pihak yang diperintah.
Dewasa ini, kebanyakan perbincangan dan dialog mengenai kebebasan adalah berakar-tunjangkan kepada idea “The Social Contract” dan karya Rousseau yang telah dihasilkan olehnya lebih awal iaitu, “The Discourse on Inequality” (Dialog mengenai Perbezaan).
“The Discourse on Inequality” telah ditulis untuk pertandingan esei yang ditaja oleh Bandar Geneva, Switzerland, dalam tahun 1754 (Rousseau memenangi pertandingan tersebut). Artikel tersebut telah menyenaraikan kesemua idea-idea penting yang telah mempengaruhi kebudayaan moden: a) idea keadaan tidak betamadun yang baik, iaitu; keadaan yang paling menggembirakan untuk manusia adalah di pertengahan antara benar-benar liar atau benar-benar bertamadun; b) idea kontrak sosial; c) perbezaan yang tabii/semulajadi di antara manusia; d) kritikan terhadap harta kekayaan; dan e) kebebasan tabii/semulajadi manusia.
Di dalam karyanya, “Discourse on Inequality”, Rousseau mendakwa bahawa ketamadunan dan peradaban telah merampas kebebasan yang semula jadi daripada manusia. Ketika kemanusiaan yang “separuh bertamadun” (semi-civillized) mencari nilai dan kebahagiaan dalam dirinya, manusia yang bertamadun hidup di luar diri mereka sendiri, berdasarkan pendapat dan kuasa milik orang lain.
Realitinya, perbezaannya adalah, manusia yang tidak bertamadun (“savage”) hidup dalam lingkungan dirinya sendiri, manakala manusia yang mengamalkan cara hidup bermasyarakat hidup di luar daripada lingkungan dirinya sendiri, dan hanya boleh hidup berpandukan pendapat orang lain. Jadi, dia hanya menerima kewujudan dirinya berdasarkan kepada penilaian orang lain mengenai dirinya.
Jean Jacques Rousseau dalam “The Social Contract” mencetuskan idea utama iaitu keseluruhan suara rakyat atau hasrat umum adalah penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat; dan hasrat umum adalah suara sepakat golongan yang mempunyai kesedaran. Kesannya ialah, ia telah mempengaruhi Revulusi 1917 di Perancis.
John Locke dalam Karya “Two Treatises of Government” menolak sistem beraja mutlak dan menyokong konsep raja berperlembagaan. Beliau mempunyai pendirian bahawa kerajaan mestilah dibentuk berasaskan persetujuan kerajaan dengan rakyat; manusia akan memilih yang baik jika diberi kebebasan memilih; dan harta yang dimiliki oleh setiap orang harus dihormati.
Rousseau juga telah menerbitkan Novel “Emily” yang mengusulkan satu jenis pendidikan baru. Menurutnya, kanak-kanak harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing dan tidak boleh dipaksa menghadapi pelajaran yang mereka tidak gemari.
Marxisme pula sangat mementingkan maruah manusia dalam hal-hal untuk memenuhi keperluan asas dalam kehidupan masyarakat secara umum. Marxisme juga mementingkan hak yang positif dalam hal-hal kebajikan dan sosio-ekonomi untuk golongan pekerja.
Namun, Marxisme hanya menumpukan kepada kesamarataan hak masyarakat secara umum. Ronald Dworkin mengkritik Marx dengan menyatakan bahawa hak asasi manusia adalah lebih penting daripada mencapai matlamat masyarakat secara umum. Marxisme juga menolak sebarang unsur-unsur individualisme dalam pemerintahan, khususnya yang berkait-rapat dengan hak-hak asasi individu. Marxisme menolak sebarang usaha untuk menuntut kebebasan berautonomi. Ia juga menyokong proses memiliknegarakan tanah dan perindustrian oleh kerajaan. Ini secara tidak langsung menafikan hak-hak individu untuk memiliki harta secara persendirian (secara bebas).
8.Kesimpulan
Pada umumnya, teori Marx dan Rousseau bukan sahaja mempunyai beberapa persamaan, tetapi ada juga perbezaan yang melatar belakangi kedua-dua teori tersebut. Rousseau percaya kepada “kebebasan, persamaan dan persaudaraan” (“liberty, equality and fraternity”), dan beliau menekankan akan pentingnya pelajaran kepada kanak-kanak (manusia). Marxisme pula menekankan kepada perlunya monopoli atau dominasi oleh pihak kapitalis dihapuskan. Marxisme memperjuangkan agar keadilan yang sama rata diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Namun, dalam Marxisme, persamaan (“equality”) adalah lebih penting daripada kebebasan (“liberty”). Ini adalah bertentangan dengan konsep utama dalam pemikiran Rousseau iaitu “kebebasan”.
CHE Din,
3 Mei 2010,
10.35 pagi.
Rujukan:
- A.C. Kapur, “Principles of Political Science, New Delhi”, S.Chand & Company Ltd., Jilid ke 21, 1996.
- “Berkenalan dengan Liberalisme”, terdapat di http://www.scribd.com/doc/18233987/Berkenalan-dengan-Liberalisme, diakses pada 20 November 2009.
- Harun Yahya, “Malapetaka Darwinisme terhadap Kemanusiaan”, Kuala Lumpur, Saba Islamic Media, 2003.
- “Karl Marx”, terdapat di http://www.lotsofessays.com/viewpaper/1693260.html, diakses pada 17 November 2009.
- Krisnasamy dan Khir Hamzah, “Sejarah Peradaban Dunia”, Petaling Jaya, Info-Didik Sdn Bhd, Jilid Ketiga, 2000.
- “Marxisme”, terdapat di http://info.indotoplist.com/?ZEc5d1BTWjBiM0JyWVhROUptMWxiblU5WkdWMFlXbHNKbWx1Wm05ZmFXUTlNakE1Sm0xMWJHRnBQVGN3Sm5Cb1lXdzk, diakses pada 18 November 2009.
- “Marxisme”, terdapat di http://siti-amaliyah-uin-bi-2b.blogspot.com/2008/04/browse-our-help-system-william-james.html, diakses pada 21 November 2009.
- Norlin Saifullah, “PKC-KMT: Kerjasama yang tidak kekal”, Diskusi 1987: Keluaran Khas, Kuala Lumpur, Yayasan Anda Sdn Bhd, 1987.
- “Pemikiran Karl Marx tentang kepemilikan”, terdapat di http://tanmalaka83.wordpress.com/2008/07/03/pemikiran-karl-marx-tentang-kepemilikan/, diakses pada 20 November 2009.
- “Pengenalan kepada teori alienasi Marx”, terdapat di http://74.125.153.132/search?q=cache:tpQeW3vM5KcJ:arts.anu.edu.au/suara/cox2.rtf+Pengenalan+kepada+teori+alienasi+Marx&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a, diakses pada 21 November 2009.
- “Pemikiran Sosiologi Ibnu Khaldun dan Karl Marx: Sebuah Perbandingan”, terdapat di http://www.scribd.com/doc/12831325/Pemikiran-Sosiologi-Ibnu-Khaldun-Dan-Karl-Marx-Sebuah-Per-Banding-An, diakses pada 18 November 2009.
- Puteri Rashidah Megat Ramli, Jean-Jacques Rousseau, Dari Hal Perjanjian Sosial, (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991)
- “Rousseau”, terdapat di http://media.isnet.org/iptek/100/Rousseau.html, diakses pada 20 November 2009.
- “Teori Kontrak Sosial Hobbes, Locke dan Rousseau”, terdapat di http://rizkisaputro.wordpress.com/2007/07/24/teori-kontrak-sosial-hobbes-locke-dan-rousseau/, diakses pada 18 November 2009.
- “Teori Rosseau”, terdapat di http://www.idonbiu.com/2009/07/teori-rousseau.html, diakses pada 22 November 2009.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...