Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM
KECAM SERANGAN KE ATAS
PARLIMEN BRITAIN (WESTMINSTER).
Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam serangan yang berlaku ke atas kawasan
Parlimen Britain (Westminster) yang mengorbankan empat orang termasuk seorang
anggota.
Sesungguhnya
serangan semberono ini amat dikesali kerana ia menjejaskan keamanan awam di
samping meninggalkan kesan emosi yang sangat mendalam kepada rakyat Britain dan
masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya.
ABIM
juga meluahkan rasa kesal di atas pengakuan I.S yang mendakwa mereka
bertanggungjawab ke atas serangan tersebut menerusi Khalid Mashood, yang telah
ditembak mati oleh pihak berkuasa Britain.
Sesungguhnya
pengakuan ini seakan-akan ingin mencabar kerukunan serta kestabilan politik
Britain yang dibentuk berasaskan kepada kemajmukan latar agama dan bangsa yang
pelbagai.
ABIM
menegaskan bahawa pengakuan I.S ini bukanlah satu indikasi utama bahawa tindakan
ini mendapat sandaran keagamaan dan dalam kalangan umat Islam secara
keseluruhan.
Islam
menolak samasekali manipulasi keagamaan ke atas sebarang tindakan ganas yang
dilakukan pada masyarakat serta mana-mana kepentingan awam.
Serangan
ini haruslah dianggap sebagai sebuah insiden terpencil yang hanya mewakili
kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru,
serangan ini diharapkan tidak menjejaskan keharmonian hubungan antara umat
Islam dan rakyat Britain keseluruhannya.
Atas
dasar ini; ABIM akan meneruskan kempen advokasi untuk menangkis keganasan
ekstremism (Counter Violence Extremism) bagi memberi kesedaran menyeluruh
kepada masyarakat tentang penyalahtafsiran golongan ekstremis terhadap teks
agama di samping kolaborasi antara agama menerusi platform Friendship Group of
Interfaith Services (FGIS) dan pelbagai pertubuhan masyarakat madani.
Di
akhir ini; ABIM ingin mengajak umat Islam untuk bersolidariti bersama-sama
mangsa-mangsa serangan tersebut sebagai manifestasi mendukung keharmonian dan
keamanan sejagat.
MOHAMAD
RAIMI AB RAHIM,
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan