Selasa, Mei 31, 2016

Sidang Meja Bulat Bersama Sheikh Abdul Rahman al-Kailani di Kolej Dar al-Hikmah.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
Sidang Meja Bulat Bersama 
Sheikh Abdul Rahman al-Kailani di 
Kolej Dar al-Hikmah.
29hb Mei 2016 (Ahad): “Pengkategorian ‘negara Islam’ dan ‘negara bukan Islam’ tidak lagi relevan,” demikianlah komentar Sheikh Prof. Dr. Abdul Rahman al-Kailani (Pengerusi Rabitah Ulama Jordan), di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang.
Perkongsian ini dibuat oleh beliau ketika Sidang Meja Bulat ‘Fiqh Kontemporari Bersama-sama NGO-NGO Islam’. Beliau melihat pembinaan sistem sosial dan politik bukan cuma pada nama (atau jenama atau labelnya), tapi jauh lebih penting, pada makna, isi dan amalannya.
Kalau yang namanya Darul Islam, tapi dalamnya tiada keamanan, keadilan, keselamatan dan kebebasan, itu tak Islami sifatnya. Jemaah Islam, universiti Islam, pusat Islam, orang Islam… betulkah Islam?
Beliau juga menekankan bahawa Jihad adalah aktivisme untuk menyelamatkan manusia; dan bukan untuk membunuh manusia. Kebersihan diri dan alam sekitar, adalah antara aspek lain yang disentuh oleh beliau.
Perkara sekecil soal kebersihan tandas, menurut beliau, sering dipandang enteng oleh masyarakat. Sedangkan, tandas yang kotor bukan sahaja membuatkan ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat (kerana kekotoran itu), malah boleh mendatangkan musibah seperti penyakit. Alam sekitar (dan negara) yang bersih adalah tunjang kepada imej Islami yang segar, sihat, baik dan cemerlang. Pada peringkat antarabangsa, Ireland digelar negara paling Islamik dan negara OIC yang menduduki tangga 50 teratas hanya Malaysia (di tangga 33). Di Indonesia pula, Denpasar, Bali yang majoriti beragama Hindu dinamakan bandar paling Islamik, meninggalkan Acheh yang mengamalkan perundangan Islam. 

Ya, boleh didebatkan lebih lanjut berkenaan kajian yang dibuat untuk dapat kategori tersebut. Tetapi, ternyata ini satu fitnah besar bagi ummat bila kita gagal menampilkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Ibn Qayyim juga meletakkan Shariah itu segalanya keadilan, kezaliman dan hikmat.
Terdahulu, Sheikh al-Kailani telah menyampaikan ucaptama dalam Seminar Nasional Maqasidal-Shari’ah 2016, yang dianjurkan pada 28hb Mei 2016 (Sabtu) di Teater Shah Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Beliau mengupas topik “Kedaulatan ILLAHI dan Permasalahan dalam Pelaksanaannya Dari Perspektif Maqasid al-Shari'ah”.
Sementelah, Sheikh al-Kailani juga sempat menyampaikan Kuliah amat bermakna tentang Imam al-‘Izz ‘Abd al-Salam dan karangannya ‘Qawa’id al-Ahkam fi Masolih al-Anam’. Penyampaian yang sangat berisi, seolah-olah beliau hafal setiap permasalahan di dalam kitab itu, sebagaimana beliau hadam dan hafal permasalahan di dalam kitab ‘al-Muwafaqat’. Hafizallahu Shaykhna, al-‘Alim Prof Dr Abdul Rahman Ibrahim Zaid al-Kailani.
-----------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. https://www.facebook.com/marwan.bukhari.5?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/adli.zakuan?fref=ts;
  3. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1370618382965377&set=a.429972513696640.119637.100000516859857&type=3&theater;
  4. https://www.facebook.com/muhammadky0/posts/872326512893887?pnref=story.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...