Isnin, Mei 16, 2016

SUKARELAWAN MUDA GRASS BERSIHKAN SUNGAI DI UIAM.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SUKARELAWAN MUDA GRASS 
BERSIHKAN SUNGAI 
DI UIAM.
Perumpamaan Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti; sedang naungannya sentiasa teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.”
-- Surah ar-Ra’d: Ayat 35.
5hb Mei 2016: Alhamdulillah, Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS) bersama dengan pentadbiran UIAM dan warganya telah menjayakan aktiviti bersih sungai sebagai usaha membangun taman-taman indah di UIAM. Dalam program yang dinamakan “IIUM River Cleaning” ini juga; ada pertandingan bagi ketegori sampah terbanyak dan paling pelik. Tahniah semua!
UIAM: Taman Ilmu dan Budi.
Al-Quran menggunakan perkataan yang sama dengan syurga untuk taman / kebun iaitu JANNAH. Ayuh, bersama kami GRASS Malaysia dan warga UIAM mewujudkan syurga dunia di UIAM.
Program membersihkan sungai ini akan diadakan lagi pada bulan September. Jumpa nanti!
Sebagai seorang Mukmin, kita tidak terkecuali dari tanggungjawab ini. Ingatlah... alam sekitar ini juga adalah ciptaan ALLAH SWT dan setiap ciptaannya pasti ada sebab dan fungsinya.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar ini kerana kita telah diamanahkan melalui sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:
Dunia ini hijau dan cantik; dan TUHAN telah melantik kamu sebagai pengurusnya. DIA melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Khalifah Berjasa, Alam Sejahtera.”
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...