Isnin, Mei 16, 2016

PAK MISBACH (DEWAN DA’WAH INDONESIA) ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE SEKRETARIAT ABIM PUSAT.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan

PAK MISBACH (DEWAN DA’WAH INDONESIA) 
ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE 
SEKRETARIAT ABIM PUSAT.
3hb Mei 2016 (Selasa): “Tatkala kita mengaku ‘Ana Muslim’ (Saya Seorang Muslim), ada dua risiko (dan tanggungjawab) yang perlu kita santuni. Pertama; tanggungjawab dalam kalimah itu: bebanan yang sangat besar. Keduanya; musuh Islam pasti takkan diam.”
“Dalam berjuang itu yang diperlukan ialah kualiti. Kita tidak boleh hanya melarang, tetapi memberikan alternatif dan jalan keluar.”
Menanam padi semua orang bisa. Tapi untuk memagari juga melindungi padi hingga dituai; itu tidak mudah. Sama juga dengan mendidik anak. Pembelaan akhir itu yang paling penting.
Mobilisasi orang harus ada. Dewan Da’wah menyedarkan orang secara ilmiah. Kita tidak boleh jadi penakut. Jangan jadi kambing, harus jadi harimau!”
Demikianlah antara perkongsian yang dibuat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Drs. H. Misbach Malim, wakil Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia. Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha kepada Almarhum Pak Natsir ‘Si Hati Nurani Umat’; hari ini melakukan kunjungan hormat ke Sekretariat ABIM Pusat (SAP) di Taman Cemerlang, Gombak.
Turut meraikan beliau ialah Presiden Abim Pusat, Sdr. Mohamad RaimiAb Rahim, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) ABIM Pusat serta para kakitangan SAP.
Sdr. Raimi turut menghadiahkan majalah terbaharu terbitan ABIM -- PANJI kepada Pak Misbach.
Semoga banyak manfaatnya kunjungan ini, dalam mempererat hubungan strategik dua hala antara ABIM dan Dewan Da’wah tersebut.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...