Isnin, Mei 16, 2016

ISU DLP: GMP ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA WAKIL RAKYAT DI BANGUNAN PARLIMEN.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan

ISU DLP: GMP ADAKAN PERTEMUAN 
BERSAMA WAKIL RAKYAT DI 
BANGUNAN PARLIMEN.
30hb Mac 2016 (Rabu): Alhamdulillah, satu sesi pertemuan telah dijalankan di antara Gabungan Mansuhkan PPSMI (Bantah DLP) dan beberapa orang Ahli Parlimen; di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.
Antara lain, pertemuan ini adalah bertujuan membincangkan implikasi perlaksanaan Program Dwi Bahasa ini kepada para pelajar Sekolah Kebangsaan yang terlibat.
Sesungguhnya, kita tidak menentang penguasaan lebih daripada satu bahasa.
Malahan, kita menyokong High Immersive Programme (HIP); untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Namun, kita menentang pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menerusi DLP; kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Di samping itu, kajian telah membuktikan bahawa PPSMI (dan kini DLP) bukan sahaja tidak membantu memperkasakan Bahasa Inggeris. Malah, prestasi murid dalam subjek Sains dan Matematik juga merosot.
.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...