Selasa, April 07, 2015

MLL4S dan MBM Anjur Himpunan Solidariti Syria.


Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.
Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
Setiausaha Agung ABIM: 
Juga mantan Presiden PKPIM.
(Setiausaha Agung MBM)
I
Alhamdulillah, Sekretariat Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) serta Majlis Belia Malaysia(MBM) dengan kerjasama Kesatria Muda Keselamatan bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah mengadakan forum dan kempen “Himpunan Menangani Gejala Ekstremisme dan Solidariti Kemanusiaan Syria”.
Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin yang sudi mengunjungi booth Malaysia Life Line for Syria (MLL4S). Beliau juga memakai mafla ‘Free Syria’ ketika menjawab soalan para wartawan, selain melahirkan simpati terhadap penderitaan anak-anak Syria.
Sekalung perhargaan juga buat Dato’ Seri Zahid Hamidi yang sudi melancarkan Tabung Kemanusiaan Malaysia Life Line for Syria, bersempena program tersebut.
Mereka berbuat demikian ketika himpunan tersebut yang dianjurkan di UTM Jalan Semarak, KL, Sabtu lepas. Himpunan ini turut disertai oleh wakil pelbagai NGO dan parti politik seperti anggota Majlis Belia Malaysia, Pemuda PAS, Pemuda UMNO, Persatuan Ulama Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Parlimen Belia Malaysia dan lain-lain.
Forum dan kempen ini telah dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Encik Khairy Jamaludin sebagai pemberi ucaptama pembukaan. Ucapan penutup pula telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  Saudara Jufitri Joha, merangkap Naib Presiden MBM, Naib Presiden ABIM serta Pengerusi MLL4S, dipertanggungjawabkan sebagai moderator ketika sesi forum.
Antara panel yang dijemput bagi menjayakan forum ini adalah wakil dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Yang Berbahagia Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorisme, Datuk Awang Din Husain, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam dan wakil dari Jabatan Pengajian Al Quran dan As Sunnah, YBhg Dr Fadlan Mohd Othman.
II
Forum ini turut diselitkan sesi ucapan penolakan daripada wakil tertentu seperti wakil ABIM, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, wakil Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Saudara Afiq Awang, wakil Parlimen Belia, Saudara Akmal Saufi, wakil dari Persatuan Ulama Malaysia, YBhg. Dr Roslan, wakil dari NGO bukan Islam, saudara Ramesh Row, wakil dari Malaysia Life Line for Syria, Saudara Mohd Khairul Anuar Ismail dan wakil dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, YBhg Dato’ Sri Dr. Erwan bin Dato’ Hj. Mohd Tahir.
Perhimpunan ini diwakili tiga buah parti politik, dan lebih 40 buah NGO Islam dan bukan Islam. Ternyata, isu keamanan didokong oleh setiap lapisan masyarakat -- merentasi parti politik, kaum, agama mahupun sempadan negara. Hari ni dan selamanya, belia Malaysia berpegang kepada fatwa ulama’ dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi untuk menolak sebarang tindakan melampau dan keras atas nama agama.
III
Terdahulu, Saudara Jufitri Joha (Pengerusi Malaysia Life Line for Syria - MLL4S) dan Saudara Syahrir Azfar (CEO MLL4S) telah menyertai mesyuarat bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) di Bandar Tun Razak. Antara lain, mesyuarat ini membincangkan kerjasama antara MLL4S dan MBM serta NGO-NGO lain dalam beberapa program yang akan dijalankan dalam masa terdekat.
Terima kasih kepada Presiden MBM, Saudara Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin yang memakai 'wristband' Syria sebagai tanda prihatin dan solidariti terhadap nasib rakyat wilayah bergolak tersebut. Sejelasnya, isu Syria merentasi semua latar kaum, agama dan fahaman. Kita bersatu, atas nama keprihatinan dan kemanusiaan.
Saban hari, di kaca TV dan corong radio mengupas dan membincangkan isu IS, tetapi penderitaan rakyat Syria sunyi sepi daripada diceritakan realitinya. Berbagai bentuk ujian yang diterima oleh rakyat Syria, revolusi 4 tahun sudah berlalu, tapi masih ramai yang belum sedar dari mimpi yang nyenyak, masih tidak mempunyai perasaan kemanusiaan.
Sesungguhnya, rakyat Malaysia pun ada peranannya dalam jihad membebaskan Syria. Tak mampu mengangkat senjata kerana amanahnya amat berat, maka mereka mengambil langkah menyampaikan amanah daripada rakyat Malaysia juga tidak kurang berat amanahnya..
Para pemuda Malaysia dari NGO kemanusiaan seperti Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) bergadai nyawa menyuap mulut-mulut kecil anak Syria dan memberi pendidikan sehingga anak-anak ini mampu mengenal dan membaca Al-Quran. Ayuh, ringankan beban mereka dengan doa dan derma. Bersama kita sebarkan kesedaran berkenaan penderitaan rakyat Syria dan krisis kemanusiaan di wilayah bergolak tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...