Selasa, April 07, 2015

NGO-NGO Syria bersolidariti di bawah Gabungan Selamatkan Syria (GSS).

I
SIDANG MEDIA 
GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA (GSS)
4 TAHUN TRAGEDI KEMANUSIAAN SYRIA
Alhamdulillah, pada 24hb Mac 2015, Sekretariat Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
telah menjadi penganjur bersama “Sidang Media 4 Tahun Tragedi Kemanusiaan Syria”, di Hotel Putra, Kuala Lumpur.
Yatt Hamzah, selebriti dan aktivis kemanusiaan, turut menceritakan pengalaman beliau ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria baru-baru ini. Beliau berkongsi kenangan berharga tersebut dalam siding media yang berlangsung dengan penuh suasana harmoni dan persaudaraan.
Rakaman Sidang Media “4 Tahun Tragedi Kemanusiaan Syria” tersebut boleh disaksikan di sini: https://www.youtube.com/watch?v=ZRU9nhJoiUw.
Gabungan Selamatkan Syria (GSS) meminta kerajaan membentangkan usul khas di Parlimen berhubung genjatan senjata di Syria, yang sedang mengalami tragedi kemanusiaan akibat perang saudara.
Jurucakap GSS, Saudara Syahrir Azfar Saleh berkata, kerajaan perlu menggunakan posisi Malaysia selaku anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menangani tragedi kemanusiaan di negara berkenaan.
Kita sedia maklum bahawa keadaan di Syria sangat menyedihkan, dengan puluhan ribu kediaman penduduknya musnah dan pembunuhan kejam beramai-ramai ke atas penduduk Syria termasuk wanita dan kanak-kanak.
“Bagi terus membantu rakyat Syria membebaskan mereka daripada kekejaman itu, Malaysia perlu mengusulkan genjatan senjata di Syria di dalam PBB,” katanya kepada pemberita.
Syahrir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) berkata, GSS akan menghantar memorandum berkenaan usul tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 4hb April 2015.
Senarai NGO GSS:
Malaysia Life Line for Syria (MLLFS); I4Syria (i4S); Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM); Syria Care Malaysia (SC); Green Project; Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSA); Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM); Palestine Reconstruction Team (PRT); dan Munsyid Malaysia.
II
Mesyuarat penyelarasan 
NGO-NGO Syria
Terdahulu, mesyuarat penyelarasan NGO-NGO Syria telah dianjurkan di Sekretariat MLL4S, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Inilah kesatuan dan solidariti dalam usaha memperjuangkan isu Syria. Semoga ALLAH berkati usaha murni ini. Ingatlah, bahawa sejarah dan masa depan Syria, sangat berikat rapat dengan bumi Palestin. Demi Syria, Untuk Ummah. 

III
‘Flash Mob - 
Solidariti untuk rakyat Syria’ 
Sementelah, pada 7hb Mei 2015 (Jumaat) pula, MLL4S telah menganjurkan ‘Flash Mob - Solidariti untuk rakyat Syria’ ‪#‎Malaysia4Syria pada jam 2 petang, selepas solat Jumaat. Program ini dianjurkan di Masjid Asy-Syakirin, KLCC, dan sambutan yang diterima daripada orang ramai adalah sangat baik dan memberangsangkan. Sebelum khutbah Jumaat dibacakan, Al-Fadhil Ustaz Mohib Khouli telah menyampaikan kuliah berkenaan sejarah serta situasi semasa Syria. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...