Jumaat, Januari 23, 2015

Wakil ABIM dan PKPIM menang pemilihan Majlis Belia Malaysia.


Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.
Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
Setiausaha Agung ABIM: 
Juga mantan Presiden PKPIM.
Saudara Zaidi Aziz (Zaidi Mbm
(Timbalan Presiden MBM)
(Setiausaha Agung MBM)
(Exco MBM)
Wakil ABIM dan PKPIM 
menang pemilihan Majlis Belia Malaysia.
I
Alhamdulillah, sekalung tahniah, apresiasi dan penghargaan diucapkan buat para aktivis yang memenangi kerusi Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam pemilihan yang berlangsung kali ini. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menerusi wakil-wakilnya telah berjaya memenangi beberapa jawatan kanan dalam pertubuhan tersebut.
Mereka yang dimaksudkan ialah Saudara Zaidi Aziz (Zaidi Mbm) (Timbalan Presiden MBM); Saudara Jufitri Bin Joha (Naib Presiden 1 MBM), Saudara Ahmad Saparudin Yusup (Setiausaha Agung MBM) dan Saudara Hasnul Haniff Harun (Exco MBM).
Tahniah buat calon Abim Pusat, Saudara Jufitri Bin Joha yang dipilih menjadi Naib Presiden 1, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan jumlah undi tertinggi. Terkenal dengan buah bicara yang menggambarkan tingginya nilai intelektual beliau, beliau tabah dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran, apabila meletakkan diri sebagai pejuang masa depan belia sepenuh masa.
Minat dan segala kudrat beliau tumpahkan kepada pembangunan belia. Memerah keringat membina pelbagai modul bagi membantu belia di peringkat NGO mahupun di peringkat kerajaan. Kita yakin dengan kewibawaan beliau yang dinobat sebagai Tokoh Belia Negara 2014 dan Tokoh Belia ASEAN 2014, serta pengalaman luas beliau dalam dunia kebeliaan, dapat melestari amanah untuk menatang misi ABIM.
Selanjutnya, tahniah juga buat Saudara Ahmad Saparudin Yusup, selaku Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia (MBM) yang baru untuk sesi 2016-2016. Saudara Ahmad Saparudin adalah Naib Presiden ABIM (2009-2013). Beliau telah mula dipilih sebagai Exco MBM semenjak tahun 2010.
Semoga cita-cita besar ABIM, PKPIM dan WADAH untuk “Membina Tamadun Khaira Ummah” menerusi pentas Majlis Belia Malaysia, akan tercapai. Semoga kita dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda seperti beliau untuk terus merealisasikan usaha dakwah para mursalin.
Tahniah juga buat seluruh perwakilan ABIM: Ahmad Fahmi Mohd SamsudinKhairul Anuar MusaMaria KamelFatin Nur Majdina NordinHazwani Hazirah HasimMohd Syazwannuddin Bin Shaharuddin; dan Fatimah Zakiah Mohamad yang bersama berkempen untuk memastikan kemenangan beliau. 

II
Semoga dengan taklifan ini bakal memperkuatkan pertubuhan-pertubuhan belia seluruh Malaysia, dan mengangkat belia Malaysia untuk terus maju jaya. Tahniah di atas taklifan amanah yang baru keatas kalian dan juga wakil wakil dari pertubuhan belia yang lain dalam Majlis Belia Malaysia. Semestinya yang dipilih adalah yang selayaknya untuk jawatan yang disandang.
Berikut adalah keputusan penuh (rasmi), Kepimpinan MBM 2015-2016:
  • Pengerusi Tetap: Khairul Amin (MBP) - (MTB);
  • T. Pengerusi: Lim Swee Bok (MBPP) -(MTB);
  • Presiden: Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin (Belia 4B)- (MTB);
  • T. Presiden: Zaidi Aziz (PKPIM)- (MTB);
  • Naib Presiden (1): Jufitri Joha (ABIM);
  • Naib Presiden (2): Khairul Anuar Mansor (MYHA);
  • Naib Presiden (3): Low In Teck (GBBM);
  • Setiausaha Agung: Ahmad Saparuddin (ABIM);
  • Bendahari: Arun Kumar (Majlis Belia Hindu);
  • Exco:
  • Hasnul Hanif Harun (PKPIM);
  • Hasanul Amir Abd. Halim (GPMS);
  • Mohamad Syerhan Aziz (MB Selangor);
  • Mohamad Aizat Roslan (MB Kedah);
  • Mohamad Redhuan Mohd Ali (MB Melaka);
  • Mohd Iqbal Dinzly (MB Perak);
  • Mohamad Nor Nari (MB Johor);
  • Dzaiharuzi Dahman (MB Perlis);
  • Wan Mohd Husni (MB Negeri Sembilan);
  • Thai Ming Yeow (Belia Buddhist);
  • Mohd Hakimi Husin (MB Kelantan);
  • Intan Diyana (MB Wilayah).
Semoga amanah yang kalian pikul ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, kerana ia bakal dipersoalkan dan dihakimi oleh ALLAH SWT di Akhirat kelak. Tahniah sekali lagi. Semoga lebih deras arus jasa mereka ini dalam pembangunan belia dan negara.

‘Belia Bertindak Menegakkan Kebenaran dan Keadilan’;

‘Majlis Belia Malaysia Mengangkat Martabat Belia Malaysia’;

‘Memperkukuhkan MBM Dengan Elemen Global, Inovasi, Advokasi dan Intelektual’.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...