Jumaat, Januari 16, 2015

Alhamdulillah, hasil tulisan saya dalam majalah sukan sepanjang 2014.


Saguhati menulis majalah. 
Terima kasih TRW 
Sdn Bhd.
Bersama Bro Aiman, orang kuat 
majalah TRW. Juga sering muncul 
dalam program sukan 
di RTM.
Bergambar kenangan bersama 
Bro Fadzlie Ahmad 'Deto'orang 
kuat majalah Dunia Sukan. 
Bro Seng Foo Lee, ‘Managing Editor’ 
untuk majalah FourFourTwo.  

Koleksi Bro Syazwan 
Bajuri.
I
Sudah lama diterbitkan, tapi hanya baru-baru hari ini berpeluang membaca tulisan saya dalam majalah ‘TRW’ dalam bentuk ‘hard copy’. Terima kasih buat sidang redaksi TRWFC, kerana memberikan ruang untuk menulis dalam majalah tersebut. Sebelum ini, saya juga pernah menyumbang artikel untuk majalah ‘Dunia Sukan’. Semoga Selangor FA juga akan punyai majalahnya sendiri.
Sementara itu, tempoh hari saya telah menjalani sesi temubual bersama Bro Seng Foo Lee yang budiman, ‘Managing Editor’ untuk majalah FourFourTwo.  Temubual berkisar tentang naskah biografi ‘Azman Adnan: Ini Ceritaku’. Juga, akan menulis untuk majalah tersebut jika tiada aral.

Menulis biar bertatih, asal saja sampai kepada matlamatnya. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu. 

Poster-poster Abg Azman Adnan yang saya tampal di dinding bilik ketika kecil. Sudah tidak boleh dicabut, kerana sudah digam. He he. Poster kesayangan ialah 'poster gergasi' Abg Man Turn ketika beraksi dalam Piala Tiger 1996. Dimuatkan dalam majalah 'Football' berserta autograf beliau. Dibeli di Pasaraya Makro, Shah Alam, pada harga RM5. Jumlah yang agak mahal untuk saya ketika itu. Kenangan...
Wak Am, Wak Am 
dan Wak Am.
II
Negara kita pernah kaya dengan bahan bacaan bercetak: majalah, buku dan komik. Akhbar-akhbar juga memberikan liputan yang banyak untuk berita sukan tempatan yang bergambar, khususnya berkenaan Liga Malaysia. Jauh sebelum era forum, blog, apalagi facebook.
Zaman berubah; tapi moga sokongan kita tak mudah rebah. Sokonglah pasukan luar negara mana sekalipun; tapi hargai juga pasukan liga tempatan kita. Apalagi skuad kebangsaan kita. Padu dan Grande selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...