Khamis, November 27, 2014

Kursus Asas Pembangunan Staf WADAH-ABIM-PKPIM Siri Kedua (2014).

Logo Wadah Pencerdasan 
Umat (WADAH)
Dato' Dr Siddiq Fadzil, mantan 
Presiden ABIM, Presiden WADAH serta 
Presiden Kolej Dar al Hikmah (KDH).
Logo 
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan

Juga mantan Presiden PKPIM.
Puan Maria Kamel, aktivis 
ABIM yang berjasa.
I
Kursus Pembangunan Staf Jamaah 
(WADAH-ABIM-PKPIM) Kedua (2014).
Alhamdulillah, pada 23-25hb November 2014, Kursus Pembangunan Staf Jamaah (WADAH-ABIM-PKPIM) telah dianjurkan di Pusat Latihan Asnaf Zakat (PLAS) Ulu Yam, Batang Kali, Selangor.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah Ustaz Abdul Wahab Zakaria dan Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17hb Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagi mencapai cita-cita tersebut, ABIM telah menumpu banyak usaha membangun kerangka faham masyarakat terhadap agama Islam sebagai satu bentuk cara hidup yang menyeluruh serta mempertegaskan prinsip-prinsip masyarakat madani di dalam segala aspek kemasyarakatan, perundangan dan kenegaraan.
Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31hb Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29hb September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepada satu pergerakan yang stabil dan bersifat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10.
Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) pula ditubuhkan bagi memanfaatkan pengalaman intelektual dan lapangan bekas aktivis ABIM. WADAH masih mengekalkan hubungan erat dengan ABIM bagi meneruskan tradisi belia yang berperanan sebagai jurubicara ummah. Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah menerusi peningkatan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.

II
Pusat Latihan Asnaf 
Zakat (PLAS)
Pusat Latihan Asnaf Zakat (PLAS) adalah salah-satu produk Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam menjalankan latihan-latihan yang bersesuaian kepada golongan yang telah didaftarkan sebagai asnaf. Bimbingan dan latihan adalah pelbagai sebagaimana modul-modul yang telah dihasilkan oleh Akademi Zakat Selangor (AZAS).
Dengan adanya PLAS-Ulu Yam ini, diharap ia bakal membantu AZAS dalam usahanya untuk membuat pelbagai aktiviti ilmiah dan perkembangan kendiri asnaf, serta kursus-kursus yang melibatkan keusahawanan di kalangan asnaf ini. Inilah yang dikatakan sebagai konsep bantuan yang diberikan oleh LZS kepada golongan fakir miskin, iaitu bukan saja hanya memberi ikan, tetapi memberi pancingnya sekali untuk mengail ikan.
Projek pembinaan pusat ini pada asalnya adalah di bawah pemantauan Majlis Agama Islam Selangor, manakala urusetianya ialah Bahagian Pembangunan Hartanah, MAIS (BPH-MAIS). Walau bagaimanapun, apabila Bahagian Pengurusan Hartanah, LZS (BPH-LZS) diwujudkan ekoran komen audit yang menyatakan keperluan LZS mempunyai bahagian teknikalnya sendiri maka, Projek ini turut diserapkan untuk di ambil alih oleh pihak BPH-LZS sepenuhnya.

III

Dalam program tersebut, aktivis ABIM yang berjasa, Al-Fadhil Ustaz Ismail Che Ku telah memberikan penerangan berkenaan ‘wirid al ma’thurat’. Mantan Timbalan Presiden ABIM yang kini menyumbang bakti bersama WADAH, Cikgu Abdul Halim Ismail pula memberikan pengenalan kepada WADAH-ABIM-PKPIM.
Selain aktiviti riadah yang dijalankan pada waktu pagi, sesi pengenalan kepada agensi-agensi dalam ABIM telah dijalankan oleh Pengerusi YKPJ, Encik Halimi Abdul Hamid. Encik Baharudin Idris dan Encik Azman Mohd Salleh daripada Koperasi Belia Islam (KBI) pula menjadi panelis dalam ‘Forum Bicara Agensi’.
Pada hari kedua kursus, antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan berkumpulan, di mana setiap kumpulan diminta untuk menyampaikan persembahan teater dan nyanyian, berdasarkan tema yang diberikan seperti ‘dakwah’ dan ‘kemanusiaan’.
Selanjutnya, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman telah mengupas berkenaan rumusan daripada slot-slot yang dijalankan sepanjang kursus tersebut. Menurut beliau, “…Kefahaman tiada kebetulan dalam hidup, syukur akan segala takdirNYA, menolong sesama insan dan ikhlas dalam segala tindakan adalah resepi penting demi ‘survival’ sebuah perjuangan dakwah. Nasihatku kepada para petugas sepenuh masa PKPIM, ABIM dan WADAH sebentar tadi di Pusat Latihan Asnaf, Ulu Yam . Semoga anda menjadi pendakwah hebat dan diredhai ALLAH SWT jua.”
Lokasi yang indah, dan program yang bermanfaat. Kobar jiwa semangat. Padu.
--------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. http://bph-lzs.blogspot.com/2010/01/update-projek-pusat-latihan-asanaf-ulu.html;
  2. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204385687116035&set=t.100000145627172&type=1&theater;
  3. https://www.facebook.com/pkpimalaysia?fref=ts;
  4. https://www.facebook.com/pages/Pusat-Latihan-Asnaf-Zakat-Selangor-PLAS/265231266945701.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...