Selasa, Disember 23, 2014

Promosi Buku Azman Adnan dalam ‘Scoreboard’ (TV3) dan ‘NLKO’ (TV9).


Promosi Buku Azman Adnan 
dalam ‘Scoreboard’ (TV3) dan ‘NSKO’ (TV9).
I
Alhamdulillah, tanggal 22hb Disember 2014, saya telah bersiaran langsung dalam program ‘Scoreboard’ (TV3). Saya telah mengulas sedikit-sebanyak tentang naskah biografi Abang Azman Adnan (‘Ini Ceritaku’). Turut hadir dalam program tersebut ialah Abang Shahril Arsat, bekas pemain Selangor dan kebangsaan yang berjasa.
Perantara rancangan ketika itu ialah Saudara Tabah Sazwan Othman dan Saudari NadzirahShahid (Ira Scoreboard). Dan, segmen awal program tersebut dimulakan dengan dua orang tetamu jemputan iaitu legenda bola Malaysia, Coach Reduan Abdullah dan Saudara Syed Muhammad Riduan Syed Ahmad (wartawan sukan Berita Harian).

II
Terdahulu, pada hari Sabtu, 20hb Disember 2014, saya telah muncul sebagai ahIi panel bersama bekas pemain kebangsaan Malaysia, Saudara Kamarulzaman Yusof dalam program ‘Nasi Lemak Kopi O’, TV9.
Program tersebut dikendalikan oleh Saudara Luqman Hakim (Luq) dan Saudara Fizo Omar. Kami membincangkan serba-sedikit tentang naskah biografi Abang Azman Adnan (‘Ini Ceritaku’) serta peluang skuad Harimau Malaya dalam Final AFF 2014, yang bertarung pada malam program tersebut disiarkan.





III
Pulang dari Sri Pentas untuk siaran langsung ‘Nasi Lemak Kopi O’, saya sempat menghadiri majlis perkahwinan anak buah Abang Azman Adnan di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Saya juga bersyukur kerana dapat menyerahkan naskah biografi beliau kepada Pakcik Adnan Ahmad (Pak Nan), insan besar di balik kejayaan kerjaya bola sepak Abang Man Turn sedari era Kotai FC di Flat Sri Melaka.

Lebih terharu bila Pak Nan menitiskan air matanya sewaktu memegang naskah tersebut. Terima kasih Pak Nan dan Abang Man Turn sekeluarga. Syukur.

IV
Abang Azman Adnan baru saja pulang dari Hong Kong, di mana beliau menjalani kempen latihan serta perlawanan persahabatan bersama skuad PDRM FA, yang turut dibarisi bekas pemain kebangsaan yang berjasa seperti Saudara Azlisham Ibrahim dan Saudara Mubin Mokhtar.
Seperti yang kita sedia maklum, pasukan PDRM FA yang dibintangi oleh penyerang berbisa, Ashfaq Ali dari Maldives, telah menjuarai Liga Premier 2014 serta mara sehingga peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2014. Antara pemain baru skuad ini untuk musim depan ialah Nurul Azwan Roya, yang pernah bersama Johor FC, JDT FC dan Kelantan FA.





V
Tahniah dan terima kasih buat Coach Dollah, Shukor Adan & Co. Kita sudah lakukan yang terbaik, memperbaiki pencapaian 2012. Paling utama, skuad Harimau Malaya beraksi dengan semangat untuk menang. Apa yang lebih penting ialah pembangunan pemain pelapis - tunas. Kita kekurangan pendedahan peringkat senior buat pemain muda, seperti era Coach Allan Harris dan Coach Dato’ K. Rajagobal. Perjalanan masih jauh.
Dengan tempoh perlantikan serta persediaan singkat untuk Coach Dollah Salleh menghadapi kempen Piala AFF Suzuki kali ini, adalah satu pencapaian yang baik apabila kita hanya tewas menerusi kelebihan gol tempat lawan Thailand. Mara ke final membuktikan bahawa kita berjaya memperbaiki prestasi kempen 2012 yang mengecewakan.
Pokoknya, bersama kita tolak hooliganisme dalam bola sepak. Tolak hooliganisme dalam bola sepak. Matlamat tidak menghalalkan kaedah. Sayu lihat cara hooligans. Kita ada agama dan adab. Kita ada agama dan adab.

VI
Kepada semua sahabat budiman yang ingin memiliki naskah biografi ini, harga senaskah adalah RM30 (tambah RM6 untuk pos laju) untuk Semenanjung; dan RM33 untuk Sabah dan Sarawak (tambah RM10 untuk pos laju).
Kepada yang berminat untuk membeli naskah “Azman Adnan: Ini Ceritaku”, bolehlah PM ke page FB “Azman Adnan - G19”:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...