Ahad, Februari 09, 2014

Wujudkah cahaya di hujung terowong itu?


Iklan kenangan. Harmonis.
Pokok perpaduan adalah Kita. Padu.
Minda perpaduan.
Tanpa mengenal warna dan status,
tersenyum riang: meraikan kedamaian.
Perpaduan menerusi sukan.
Jalur Gemilang: Panji kebanggaan semua.


“…Berlagulah di serunai hayat yang senafas hirup,
Nyanyian persaudaraan dalam batin yang harus hidup,
Meski antara kita faham-faham berlainan terpaut.”
-- Almarhum SN Usman Awang (Politik, 1959).
-------------------------------------------
Sejujurnya, saya sendiri tidak jelas ke mana hala tuju keputusan FAM berkenaan insiden terowong di Larkin. Dari segi teknikal, FAM betul apabila pengadil dan pegawai perlawanan - dalam insiden terowong ini - menyatakan bahawa perlawanan masih boleh diteruskan. Jadi, tindakan T-Team meninggalkan stadium dan perlawanan tidak mengikut lunas sebenar.
Sungguhpun begitu, siasatan PDRM masih berjalan dan ada ‘precedent’ pada kes Pahang-JDT (insiden penyokong melimpah), sebab itu saya nyatakan saya tidak jelas dengan hala tuju keputusannya. Tatkala saya menulis entri ini, timbul pula insiden baru – kekecohan di Stadium Darulmakmur, kali ini di luar stadium membabitkan penyokong kedua-dua pasukan serta campurtangan pihak FRU.
Memandangkan tiada pusingan-U yang akan dibuat oleh FAM, hentikanlah caci-maki dan kebencian sesama kita, kerana asas semangat kesukanan ialah bermatlamatkan perpaduan. Tidak banyak yang dapat kita kecapi melalui kata-kata makian, melainkan kemurkaan TUHAN.
Saya terkenang pesanan sahabat saya, Saudara Jabal Noor, “Contohilah kesabaran Nabi SAW. Baginda dulu orang hina, fitnah, dan caci maki, tapi Baginda ‘cool’ saja. Rilekslah.”
Apa pun, semoga ada hasil yang adil dan baik daripada siasatan pihak polis nanti. Bersama kita martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Hidup Malaysia kita. 
Padu.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...