Isnin, Februari 24, 2014

Multaqa Petugas Jemaah dan Agensi WADAH-ABIM-PKPIM 2014 .

Pada 21hb Februari (Sabtu) yang lepas, Multaqa (Perhimpunan) Petugas Jemaah dan Agensi  WADAH-ABIM-PKPIM 2014 telah dianjurkan di Dewan Toh Puan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Kuala Lumpur. Acara ini telah dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Petugas Jamaah (YKPJ). YKPJ merupakan pertubuhan yang menaungi anggota petugas yang berkhidmat dengan jamaah besar WADAH-ABIM-PKPIM dan Agensi-agensi yang bernaung di bawahnya bagi kepentingan kebajikan anggotanya.
Sasterawan Negara, Dato’ A.Samad Said turut hadir meraikan perhimpunan besar ini. Seramai 4 orang guru telah menerima Anugerah ‘Jaizah Takrim’ (Perkhidmatan 10 Tahun) iaitu Cikgu Wan Zaripah Wan Deraman; Cikgu Nor Asiah Yusof; Cikgu Roshaneyati Mohd Hanepah dan Ustazah Nazli Hanim Mohd Juhari. Sementara itu, 2 orang guru menerima Anugerah ‘Jaizah Tasyrif’ (Perkhidmat 20 Tahun) dalam perhimpunan tersebut iaitu Cikgu Zohriah Sueet dan Ustazah Faezah Ismail. Sekalungan tahniah diucapkan kepada semua aktivis, khususnya guru-guru yang setia berkhidmat mengajar anak-anak SERI dan SEMI ABIM.
Seperti yang kita sedia maklum, para kakitangan WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) merupakan salah-satu segmen tonggak di dalam keseluruhan struktur pertubuhan tersebut sebagai sebuah pergerakan dakwah yang bersifat massa. Di dalam konteks ini, para kakitangan merupakan nadi gerakan tersebut. Cita-cita utama gerakan iaitu iltizam untuk membangunkan dan membangunkan umat terbaik atau Khayra Ummah tidak mungkin akan dapat dijayakan tanpa sumbangan fikiran, tenaga dan moral para kakitangan sepenuh masa yang bertugas di segenap peringkat pergerakan WAP. Semoga banyak manfaatnya program ini untuk kita semua dalam membangunkan masyarakat dan negara. Amin dan in sya ALLAH.
“Menegakkan Kebenaran dan Keadilan”.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...