Ahad, Februari 23, 2014

Seminar Rakan Jihad Bisnes di Shah Alam.


Kenangan Program Rakan Jihad Bisnes (RJB) bersama Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Selangor di QI Consultants, Shah Alam, Jumaat lepas. QI Consultants beralamat di Lot 12A, Jln Keluli AK7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam.
RJB merupakan satu program yang diperkenalkan oleh DPIM di mana ianya adalah satu program jaringan (networking) dalam kalangan usahawan Muslim. Rakan Jihad Bisnes telah bermula di Johor, Putrajaya dan kemudian berkembang di Kuala Lumpur dan Selangor.
Antara perjuangan yang di bawa oleh DPIM adalah menjadikan bines itu sebagai satu jihad. Idea ini digagaskan oleh Presiden DPIM sendiri iaitu Tan Sri Mohd Ali Hashim, mantan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Johor Corporation (Syarikat korporat yang menguasai pelbagai bisnes seperti KFC, KPJ, Damansara Bhd dan pelbagai lagi). Aktiviti yang dijalankan untuk memenuhi aspirasi jihad bisnes ini adalah Rakan Jihad Bisnes (RJB).


1 ulasan:

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...