Isnin, Julai 18, 2011

Al-Fatihah buat Dr Lo' Lo', seorang pejuang.

Al-Fatihah yang sekudusnya buat Ahli Parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali yang telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.13 malam, 17 Julai 2011 di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.

Latar belakang
Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1957 di Kuala Kangsar, Negeri Perak. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau juga merupakan pengarah eksekutif di Pusat Perubatan Kohilal.

Pendidikan
Beliau pernah bersekolah di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak kemudian ke Kolej Islam Kelang, Selangor. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Kepimpinan Pelajar UKM.


Keluarga
Bapanya ialah Dato Hj Mohd Ghazali yang merupakan Imam Besar Masjid Negara yang pertama manakala ibunya Datin Hjh Zainab. Ayah beliau juga merupakan mantan Mufti Perak dan antara pengasas Dewan Ulamak PAS pada 1951.

Suami beliau ialah Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan.

Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan manakala menantu beliau ialah Mohd Azizy (suami Mawaddah) dan Nur Hafizzah (isteri Fawwaz). Beliau juga mempunyai seorang cucu yang bernama cucu iaitu 'Izz Nu'man (anak Mawaddah).

Kerjaya
Beliau pernah berkhidmat di Hospital Besar Alor Star, Kedah sebagai pegawai perubatan dari 1983 hingga 1985. Kemudian bertugas di Pusat kesihatan Besar Pokok Sena, Kedah dari 1985 sehingga 1987, Hospital Besar Kuala Lumpur (1987-1988), Pusat rawatan Islam Kuala Lumpur (1988-1994) dan menjadi pegawai perubatan dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan KOHILAL, Kuala Lumpur dari 1994 sehingga sekarang.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Harakah milik PAS.

Allahyarhamah Dr Lo' Lo' pernah menukilkan, “...tidak timbul soal pemilihan calon lelaki atau wanita, kerana yang terbaik sahaja akan terpilih mewakili parti.” Tambah beliau lagi, “Bila tiba masanya, kita akan melihat siapakah calon terbaik untuk sesuatu kawasan pilihanraya. Sekiranya, calon yang terbaik adalah wanita, maka kita calonkan wanita, dan begitulah sebaliknya.”

Al-Fatihah, buat pejuang, Dr Lo' Lo' Ghazali.


Sumber:
http://docpearl.blogspot.com/;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lo'_Lo'_Mohamad_Ghazali;

http://freemalaysiatoday.com;

http://www.mysinchew.com/node/60762; dan

http://www.facebook.com/pages/YB-Dr-Lolo-Bt-Mohd-Ghazali/163872951468.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...