Jumaat, Julai 29, 2011
Sokong ketika gah, dokong ketika rebah.
Salam.
Sejak malam semalam, 80% alam maya tanah air dibanjiri dengan posting dan komentar yang rencam dan pelbagai berkenaan prestasi dan persembahan skuad Harimau Malaya yang tunduk secara agregat kepada Singapura.
Ada beberapa perkara yang boleh kita sentuh bersama.
Pertama, tak perlulah dipertikai penggunaan pemain import oleh Singapura. Seandainya layak ke pusingan seterusnya, pasti Harimau Malaya terpaksa berdepan ratusan lagi ‘pemain import’ yang jauh lebih hebat.
Hakikatnya, kita bermain di bawah prestasi sebenar.
Kedua, kenapa 5-6 tahun dahulu, sewaktu menghadiri perlawanan-perlawanan persahabatan yang melibatkan skuad negara, cukup sukar untuk saya melihat stadium kita didokong oleh rakyat kita?
Selain Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor dan Ultras Malaya -- yang dianggotai oleh sekadar beberapa dozen penyokong fanatik Malaysia ketika itu -- hanya beberapa kerat sahaja penyokong kita yang menghadiri stadium.
Itu belum campur lagi situasi di mana penyokong-penyokong skuad negara luar yang kadang-kala berkali ganda lebih besar jumlahnya daripada penyokong kita.
Hanyasanya selepas skuad negara menjuarai Pestabola Merdeka, Sukan SEA, Piala Suzuki AFF, semua mengaku 'penyokong setia skuad Harimau Malaya'. Semua mula mengaku 'Ultras Malaya'.
Saya tidak ada masalah tentang hal tersebut, cuma apa yang membuatkan saya terkilan, apabila sokongan hanya diberikan sewaktu kita menang, dan cemuhan dilempar sejijik-jijiknya bila kita kalah. Bagi saya, ini satu sikap yang tidak betul.
Sokong ketika gah, dokong ketika rebah. Baharulah bangkit martabat sukan negara kita.
Hidup Harimau Malaya. Khalas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan