Sabtu, Mei 07, 2011

Masyarakat India Muslim di Malaysia: Sejarah dan pencapaian.

Sejarah
Masyarakat India Muslim di Malaysia kebanyakannya berketurunan Tamil Muslim yang berwarganegara Malaysia. Berabad-abad lalu, leluhur mereka kebanyakannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara. Mereka dianggap sebagai sebahagian masyarakat India Malaysia. Orang India Muslim dipercayai pertama sekali tiba di Samudera (sekarang Aceh di Sumatera, Indonesia) pada awal abad ke-10, saebelum kemudiannya menetap di Semenanjung Malaysia.

Tahun kedatangan awal masyarakat India Muslim di Malaysia tidak dapat dipastikan. Kendatipun, ramai pengkaji berpandangan bahawasanya mereka telah menetap di Malaysia seawal kurun ke-18, lebih awal daripada British. Ada yang menyatakan bahawa sebelum 1786 lagi, masyarakat India Muslim telah berniaga di Kuala Kedah, dan pada 1794, dikatakan bahawa terdapat kurang lebih 1000 orang India Muslim berdagang di Tanjong Penaga (George Town), Pulau Pinang. Di Malaysia, etnik Tamil merupakan majoriti paling besar di kalangan masyarakat India. Justeru, mereka dipanggil (secara umum) sebagai masyarakat India. Sementelah, masyarakat Tamil Muslim merupakan kumpulan masyarakat yang paling besar yang dirujuk sebagai India Muslim.

***********




(Munshi Abdullah -- Abdullah bin Abdul Kadir -- seorang penulis kontroversial dan tersohor, berdarah India Muslim. Beliau digelar Bapa Persuratan Melayu Moden.)

**************************

Marikar dan Rawther
Secara umumnya, masyarakat India Muslim di Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan: Marikar dan Rawther. Marikar adalah perkataan Tamil - Marakalayer - yang bermaksud penduduk dengan perahu kayu. Masyarakat ini wujud di Tamilnadu, Nagore, Pondicherry dan Kalreikal. Mereka hidup sebagai pelaut dan aktiviti mereka pun berhubungkait dengan kelautan seperti perniagaan import dan export. Di Malaysia, mereka banyak menetap di Pulau Pinang, Klang, Melaka dan Singapura. Rawther - berasal daripada Mauther - bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera di raja. Mereka banyak tinggal di kawasan luar bandar termasuk di kawasan kampung. Aktiviti mereka lebih kepada membuka kedai runcit, kedai makan, menjual barang kemas dan tekstil secara kecil-kecilan. Kebanyakan keturunan Marikar bermazhab Syafi’e sedangkan Rawther bermazhab Hanafi.

*******************


IMAM dan KIMMA
Persatuan India Muslim Malaysia (singkatannya IMAM) merupakan sebuah organisasi NGO yang memperjuangkan nasib kaum India Muslim di Malaysia sejak beberapa lama. Sementelah, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) merupakan sebuah pasti politik yang ditubuhkan pada 1977 untuk mewakili kepentingan masyarakat India Muslim di Malaysia.



********************************



Perniagaan yang maju
Kejayaan besar pelopor bisnes seperti Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel, Mydin dan Kumpulan Barkath sering menjadi tanda tanya di kalangan peniaga. Kejayaan besar perniagaan India Muslim di Malaysia sering dicemburui (baca: dikagumi) kerana kemampuan mereka menjadikan perniagaan sebagai strategi menukar cara hidup pengguna. Budaya niaga India Muslim tidak tertumpu pada ringgit dan sen semata-mata. Budaya niaga yang menjadi budaya hidup warisan keluarga ini mempunyai teras yang kuat dan lebih mahal nilainya berbanding mencari untung semata-mata.

******************************

Restoran India Muslim
Istilah “mamak” telah meluas digunakan di Malaysia, meski pada hemat saya, ianya mungkin kurang manis untuk disebut. ‘Mamak’ memang perkataan yang sering kita guna dan rasanya sudah jadi mesra dengan budaya setempat. Perkataan ‘Mamak’ berasal daripada istilah bahasa Tamil untuk bapa saudara sebelah ibu, atau ‘maa-ma’. Dalam bahasa Minang juga ada perkataan ‘nenek mamak’ untuk melambangkan penghormatan pada orang yang lebih tua dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Dalam konteks di Singapura dan Malaysia, kanak-kanak pelbagai kaum semuanya diajar untuk memanggil jiran dewasa, pemilik kedai dan orang yang tidak dikenali sebagai “pakcik” (uncle) atau “makcik” (auntie) untuk menunjukkan hormat dan taat kepada orang yang lebih tua. Istilah ini turut dipakai sungguhpun seseorang dewasa itu bukanlah seorang ahli keluarga, puak atau kaum kanak-kanak tersebut. Justeru, asal-usul istilah “kedai mamak” atau “gerai mamak” barangkali dipetik daripada amalan kanak-kanak meggelar si penjaga kedai sebagai ‘uncle’, atau ‘mamak’, dalam bahasa Tamil, sebagai tanda hormat ketika berinteraksi dengannya dan mengunjungi tempatnya.


******************************






Gerai Mamak, juga dikenali sebagai “Mapley”, merupakan sejenis tempat makan yang menyajikan masakan mamak. Sungguhpun lazimnya dibuka sebagai gerai tepi jalan, sebilangan pengendali gerai mamak zaman moden telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga menjadi penubuhan seakan-akan restoran atau kafe (kedai Mamak) yang mempunyai beberapa cawangan. Gerai Mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat istirehat, kerana pilihan makanan dan minumannya yang pelbagai. Lazimnya gerai sebegini dibuka 24 jam sehari. Hampir tiada jenis tempat makan yang lain setanding dengan gerai mamak dari segi kepentingan budaya, kecuali kopi tiam. Antara contoh sajian di gerai mamak ialah roti canai, nasi lemak, murtabak, mee goreng, nasi kandar dan sudah tentulah raja segala teh di Malaysia -- teh tarik.


Muhibbah
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan berlatarbelakangkan masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan keturunan. Kepelbagaian semacam inilah yang mencerminkan aspek keindahan Malaysia. Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi pernah menukilkan bahawa, "Kita ini seumpama jubin lantai (mosaic, terrazzo) – yang mungkin berbeda dari segi coraknya, tapi hidup rukun dan teratur, sebelah-menyebelah." Tuntasnya, inilah kelebihan kita yang seharusnya diraikan sesama kita dengan sikap berlapang dada dan perasaan muhibbah.

***************************


Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, pensyarah senior budiman yang mengajar undang-undang di UiTM. Berdarah Pakistan, beliau sangat disenangi pelajar undang-undang UiTM. Kami menganggap beliau sebagai bapa. Selain Prof Aziz Bari, beliau adalah pakar perlembagaan Malaysia yang tersohor.)


******************************

Masyarakat India Muslim Malaysia adalah antara golongan masyarakat yang paling rajin bekerja dan mempunyai cita-cita keusahawanan yang tinggi. Golongan ini juga boleh dikatakan sebagai golongan masyarakat yang mempunyai paling ramai ‘majikan’ dalam kalangan mereka. Tak percaya? Cuba dengar ayat ini:

“Boss, teh tarik onneyyyy!”



“Shiaaapppppppp!”



Salam. :)

****************************

Sumber:
  1. http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20070714061605AATQ1Ak;
  2. http://bisnesmamak.wordpress.com/2007/04/12/sejarah-perniagaan-india-muslim/;
  3. http://bisnesmamak.zamrimohamad.com/;
  4. http://blog.thestar.com.my/permalink.asp?id=6880;
  5. http://en.wikipedia.org/wiki/Mamak_stall;
  6. http://forum.indiamuslim.com.my/viewtopic.php?f=16&t=6365;
  7. http://khazazin.blogspot.com/2008/09/antara-restoran-india-vs-restoran-india.html; dan
  8. http://www.malaysianfood.net/Indianfood.html.

21 ulasan:

  1. assalamualaikum saudara,
    tujuan sy comment blog saudara nie, sy nak copy semua entry nie utk tujuan rujukan assignment sy. tajuk peranakan di malaysia, sy buat tajuk india muslim. harap saudara dapat membantu sy

    BalasPadam
  2. Salam 'alaik.

    Ya, salin dan tampallah mana-mana bahan yang berkenan dalam blog saya.

    Boleh rujuk senarai pautan yang telah saya sertakan di atas.

    Moga ada manfaatnya. Amin. :)

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum...

    mohon minta izin mengambil maklumat dari blog saudara bagi tujuan rujukan assignment...harap diizinkan

    BalasPadam
  4. Salam. Silakan, moga ada manfaatnya.

    Moga dapat markah yang bagus. In sya ALLAH. :)

    BalasPadam
  5. Salam ...maaf bertanya, anda india muslim juga ke?....sy nak tanya sebab anda tulis dgn sangat tepat semua maklumat ini...:-)sy sendiri sebagai india muslim mengetahui semua ini drpd ibubapa sy, mereka selalu cerita ttg salahsilah keturunan india muslim...sy juga begitu minat untuk mengetahui sejarah India muslim, peranakan dan etc....walaupun sy hanya degree in maths...:-) jasmine_bungamelur@yahoo.com.my

    BalasPadam
  6. Salam alaik. Saya Melayu. Bangsa Malaysia. hehe.

    Hm, ada dua, tiga buku di pasaran yang menceritakan serba-sedikit sejarah dan kejayaan India Muslim di Malaysia.

    Antaranya, 'Rahsia Bisnes Mamak' karya Muhammad Faisal Sharbudin dan Zamri Mohamad. :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum bro... thanks na, ak nk wat assignment... ada page ni sng cket... izin ea... thanks

    BalasPadam
  8. assalamualaikum, nk wat assignment... ad page ni sng keja ak... thanks... izin ea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Silakan. Semoga dapat markah yang bagus, amin. :)

      Padam
  9. Salam, mohon untuk megambil artikel ini sebagai rujukan..nak wat assignment :) harap dibenarkan eh ^_^

    BalasPadam
  10. salam,,,nak mnta izin ambil mklumat dr blog ni,,,nk stdy utk exam,,,,harap diizinkan,,,thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Ya, silakan. Semoga banyak manfaatnya. Amin dan in sya ALLAH. :)

      Padam
  11. salam,,,nak mnta izin ambil mklumat dr blog ni,,,nk stdy utk exam,,,,harap diizinkan,,,thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam alaik.

      Ya, silakan.

      Terima kasih, kerana sudi mengunjungi blog saya.

      :)

      Padam
  12. Salam ,, sya nk tnya , india muslim dgn jawi peranakan sama x ?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. Encik, mohon diberi keizinan untuk mengambil maklumat dr blog ini.#KerjaKursus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam alaik.

      Ya, silakan.

      Terima kasih, kerana sudi mengunjungi blog saya.

      :)

      Padam
  14. Assalamualaikum encik. mohon copy maklumat daripada encik untuk kerja kursus saya. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam alaik.

      Ya, silakan.

      Terima kasih, kerana sudi mengunjungi blog saya.

      :)

      Padam
  15. Assalamualaikum encik. mohon copy maklumat daripada encik untuk kerja kursus saya. Terima kasih

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...