Isnin, Disember 27, 2010
Merah, Biru atau Ijo, kita kan serumpun!
Tahniah. Tahniah. Tahniah.
Tahniah Skuad Harimau Malaya. Tahniah atas kemenangan. Tahniah atas semangat dan kecekalan. Tahniah kerana menyatukan Malaysia. Merentasi fahaman politik. Merentasi semangat kenegerian. Merentasi ketaksuban kepada kelab dunia luar.
Melihat aksi gemilang skuad kendalian K.Rajagobal sewaktu perlawanan akhir sulung Piala Suzuki AFF 2010, pasti kita tertanya-tanya, apakah ini skuad kebangsaan kita?
Barisan skuad muda Malaysia, dengan kental dan yakin menewaskan Indonesia yang kelihatan kebal di gelanggang mereka sebelum ini. Kecemerlangan yang dipamerkan Khairul Fahmi, Safee Sali, S.Kunanlan, Sabree Mat Abu, Asraruddin Putra, Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad, Fadli Shas, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Amri Yahyah, Amirul Hadi, dan Ashari Samsudin sewajarnya kita kalungkan dengan setautan puisi.
Saya secara peribadi meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai calon pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai untuk kejohanan kali ini. Sikap tenang dan kemahiran beliau sememangnya kita kagumi. Beliaulah arkitek yang merencanakan kebanyakan gol pasukan negara.
Antara Laser Hijau dan Tanggungjawab: Ini soal sikap
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menghalakan pancaran laser ke arah pemain. Hal ini telah menyebabkan perlawanan malam semalam ditangguhkan beberapa minit (kurang-lebih 5 minit).
Saya sendiri kurang senang dengan tindakan ini. Tidak kiralah apa tujuan individu yang menggunakan laser tersebut, ianya sangat memalukan negara, menjengkelkan serta bertentangan dengan semangat kesukanan.
Namun begitu, barang diingat, penonton di Stadium Gelora Bung Karno juga turut menghalakan pancaran laser ke arah penjaga gol Malaysia, Sharbinee Allawi, sewaktu perlawanan sulung yang berkesudahan Malaysia tewas 1-5. Ia tidaklah pula dijadikan alasan kekalahan Skuad Harimau Malaya ketika itu.
Di akhiran hari, semua pihak harus menerima hakikat bahawa kemenangan Malaysia di Bukit Jalil bukan kerana bantuan pancaran laser daripada penonton yang tidak bertamadun tersebut.
Sebaliknya, pemain Malaysia yang beraksi cemerlanglah yang membawa kemenangan untuk menyebelahi skuad kita. Hakikat ini turut diperakui oleh pengendali Skuad Garuda, Alfred Riedl .
Sejelasnya, sukan seperti bola sepak seharusnya jadi faktor pemersatu, dan dirai dengan semangat kesukanan. Janganlah ditambah garam pada luka persengketaan jahil tarian pendet, wayang kulit, Rasa Sayang atau batik. Kan kita asalnya serumpun dan senusantara -- kerana itulah banyak yang kita kongsi. Dan, persamaan ini seharusnya dikongsi dan dirai bersama, bukannya diherdik dan dijadikan bahan permusuhan!
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing, Professor Dr. Awang Sarian menyatakan bahawa, mana-mana pihak pun tidak seharusnya sampai bersengketa atau bermusuhan, apatah lagi menyimpan dendam kesumat hanya kerana soal bola, lagu atau apa pun. Banyak agenda besar umat Melayu Islam di pelbagai negara Islam (juga umat serumpun berjiran tetangga) yang perlu ditangani bersama. Yang remeh-temeh itu usah sampai menenggelamkan kewarasan kita untuk agenda utama.
Juga, memetik kata-kata Kapolda Metro Jaya Irjen Pol Sutarman, “...kita jangan terpancing emosi. Kita tunjukkan kita bangsa yang menghormati nilai-nilai sportivitas!”
Salam! :)
Nota kaki :: Ibrahim Afellay (dilahirkan pada 2 April 1986 di Utrecht) adalah seorang pemain bola sepak Belanda beragama Islam dan berketurunan Maghribi. Beliau baru sahaja menandatangani kontrak bersama pasukan Barcelona. Bekas pemain tengah dan sayap Skuad Piala Dunia 2010 Belanda dan PSV Eindhoven ini pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik dalam Liga Eredivisie, Belanda oleh pemain lagenda ‘total football’, Johan Cruijff pada 2007.
Ahad, Disember 26, 2010
Loceng kecemasan telah dibunyikan!
Saya pasti, sambutan Tahun Baru Masihi 2011 yang akan dilangsungkan tidak berapa lama lagi, pastinya dianjurkan jauh lebih meriah dari tahun baru Hijrah. Sebagai Muslim, kita seharusnya lebih mengutamakan tarikh 1 Muharam berbanding dengan 1 Januari.
Namun begitu, tidaklah salah sekiranya diucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua yang meraikan tahun baru 2011 Masihi.
Banyak sebenarnya yang telah berlaku sepanjang 2010 ini. Kendati, apa yang lebih penting adalah segala yang keruh hendaklah kita jernihkan dan jangan ulangi kesilapan yang sama.
Sebagaimana lazimnya, tiap kali menjelang tahun baru maka kita akan memperbaharui iltizam dan tekad demi menggapai impian dan matlamat yang dicita-citakan. Sesuatu azam itu tidaklah semestinya dibuat dengan menanam cita-cita atau impian yang terlalu besar.
Ya, memang tidak salah menanam impian setinggi langit.
Tetapi, sesuatu kejayaan itu tidak semestinya apa yang orang lain rasa kejayaan. Sekecil mana pun kejayaan yang kita kecapi, ia mungkin satu langkah besar dalam hidup kita.
Perkara kecil seperti kejayaan berjaya belajar menunggang basikal, berjaya berenang, berjaya bertutur dalam bahasa Inggeris mungkin adalah satu kejayaan kecil untuk sesetengah individu.
Sebaliknya, ia mungkin satu kejayaan besar untuk sesetengah kelompok individu yang lain pula. Apa yang penting, berubahlah ke arah kebaikan, pembaharuan, kesedaran dan pencerahan. Jadi, bila kita sudah mencapainya, hargai, bersyukur dan raikanlah.
Kendati pun, adalah kurang wajar jika kita memasang impian jika akhirnya kita tidak berusaha untuk merealisasikannya. Sementelah, adalah kurang patut jika kita menanam azam yang telah pasti. Misalnya, “saya berazam untuk makan seberapa banyak yang boleh sepanjang tahun baru ini” atau “saya berazam untuk tidur di mana sahaja yang saya suka.” Ini bukan azam. Ini mengabihkan bogheh namanya!
Azam-azam merepek:
Di sini saya senaraikan azam-azam yang tak perlu kita tanam dalam jiwa --
1. “Saya berazam untuk tidak lagi membuang masa saya mengenang masa lampau. Sebaliknya, saya akan mengisi masa lapang saya dengan duduk di atas kerusi malas dan risau memikirkan masa hadapan saya”;
2. “Saya berazam untuk tidak lagi memberikan alasan yang sama kepada majikan setiap kali saya tidak hadir ke tempat kerja. Saya akan mempelbagaikan alasan untuk mengelakkan beliau merasa bosan”;
3. “Saya akan mengurangkan penggunaan elektrik dengan kurang menggunakan mesin basuh. Saya juga hanya akan sekali-sekala sahaja membasuh baju. Saya akan selalu menggunakan deodran dan minyak wangi”;
4. “Bagi menjimatkan penggunaan air, saya berazam untuk jarang mandi dan menggosok gigi”;
5. “Saya berazam untuk memikirkan password selain daripada ‘password’ ”;
6. “Saya berazam untuk kurangkan masa melayari Internet (errr saya juga berazam untuk tidak memakai jam tangan atau meletakkan jam dinding di bilik kerana saya lebih selesa dengan penentuan waktu berdasarkan kedudukan matahari);
7. “Saya berazam untuk memiliki azam yang tidak terlalu banyak pada tahun ini (errr ada tak azam yang kurang daripada satu – negatif satu ke?”; dan
8. “Saya berazam untuk mempunyai azam pada tahun ini!”
Janganlah Bertangguh
Sesuatu kerja penting yang boleh disiapkan hari ini perlu disiapkan hari ini perlu disiapkan hari ini juga. Hindarkan tabiat menunda-nundakannya ke hari esok. Untuk berjaya pastikan agar apa jua kerja penting yang boleh dibuat hari ini diselesaikan secepat mungkin supaya kita sempat membuat sesuatu kerja sebaik mungkin.
Sejelasnya, pengurusan masa merupakan kunci kepada kejayaan hidup seseorang individu. Jika rahsia pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup kita, in sya ALLAH kita akan akhirnya tergolong dalam golongan orang-orang yang amat berkesan, progresif dan dinamik. Amin.
Tuntasnya, janganlah bertangguh untuk membuat amal kebaikan kerana hidup kita tidak dijamin akan sampai kepada masa tua. Mungkin esok ataupun lusa, kematian akan menjemput kita tanpa mengira berapa usia kita. Kita mungkin tak punya banyak masa lagi.
Justeru, jom berubah -- mulai hari ini; sekarang -- kerana loceng kecemasan hidup telah dibunyikan!
Salam! :)
Nota kaki :: Terdapat ramai pejuang serta pemimpin dunia yang merokok. Obama, Che Guevara dan Fidel Castro, tidak terkecuali. Sejelasnya -- antara azam tahun baru yang paling popular ialah azam untuk berhenti merokok. Di zaman kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barangan ini, adalah molek kiranya para perokok untuk cuba berhenti merokok. Sepertimana yang kita sedia maklum, asap rokok mengandungi lebih daripada 5000 jenis zat yang berbahaya bagi tubuh manusia. Ia juga bisa membahayakan kesihatan passive smoker; iaitu orang yang tidak merokok, tetapi terjejas kesihatan akibat menyedut asap rokok. Berikhtiarlah untuk berhenti merokok, atau sekurang-kurangnya kurangkan kekerapan merokok. In sya ALLAH, masyarakat sihat, poket pun selamat. Semoga cita-cita besar kita semua untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur dan berkebajikan akan tercapai. In sya ALLAH dan Amin! :)
Khamis, Disember 23, 2010
Pahlawan Mat Kilau: Pejuang Terbilang.
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai 'Dikir Pahang'.
Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Penderhaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
Akan tetapi, apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,ALLAH SWT telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca al-Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
Setelah disahkan, maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut. Al-Fatihah buat Pahlawan Mat Kilau.
** Nota kaki :: Datuk Muhammad Daud Bin Kilau atau lebih dikenali sebagai Datuk M.Daud Kilau dilahirkan pada 10 Julai 1938 di Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak beliau merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli. Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk.
Rabu, Disember 22, 2010
Pergi Hijau: Kempen Sepanjang Zaman!
"Saya percaya, bahawa terdapat satu kuasa besar yang berbahaya yang telah terlepas masuk ke dalam alam semesta, sebagaimana tersebarnya penyakit yang berbahaya ke dalam masyarakat. Dan, ia adalah plastik. Ia memporak-perandakan. Ia suatu malapetaka." -- Norman Mailer, Majalah Harvard, 1983.
Pergi Hijau. Ini terjemahan rojak tak bertauliah. Terjemahan secara literal yang kurang betul. Bahasa Inggerisnya, 'The Go Green Campaign.'
Kempen Hijaukan Alam Sekitar. Kempen ini telah sekian lama dicanang dan dihebah kepada masyarakat umum; baik di hutan besi Kuala Lumpur, kawasan bandar-bandar moden di Seoul, mahupun di kawasan setinggan Sao Paolo.
Namun, tak semua yang menyambut kempen ini dengan tangan terbuka dan berlapang dada. Ada yang skeptikal dengannya, ada pula yang berkeras menentang kerana khuatir mengganggu kepentingan peribadi, khususnya konglomerat berat yang memperleceh soal pencemaran dunia, dewasa ini.
Bila bercakap soal sampah dan pencemaran, kita pasti akan bercakap soal ini - plastik.
Daripada membuang sampah, pakaian, makan, minum, belajar sehinggalah peralatan computer dan kenderaan – tidak boleh tidak – kita terpaksa mengakui bahawa plastik memainkan peranan yang cukup sinonim dalam kehidupan seharian kita.
Kendati, yang menjadi isu besar ialah, plastik (khususnya beg plastik). Sejelasnya, 4 bilion beg plastik di seluruh dunia adalah amat membazir. Bak tulisan Leo Hickman dalam The Guardian tanggal 11 Ogos 2009: "(Beg plastik) adalah simbol utama kepada budaya membuang sampah manusia sejagat."
Nenek moyang kepada plastik – Parkesine
Istilah 'plastik' diambil daripada perkataan Greek 'plastikos' yang bermaksud 'boleh dibentuk'.
Plastik pertama kali diperkenalkan oleh Alexander Parkes pada tahun 1862 di sebuah pameran antarabangsa di London. Plastik hasil penemuan Parkes yang dipanggil sebagai parkesine ini diperbuat daripada bahan organik daripada selulosa.
Pada akhir abad ke-19, ketika permintaan terhadap bola biliard semakin meningkat, banyak gajah dibunuh untuk diambil gadingnya sebagai bahan mentah bagi menghasilkan bola biliard.
Pada tahun 1866, seorang rakyat Amerika bernama John Wesley Hyatt, menghasilakan bola biliard daripada bahan selulosa keras untuk menggantikan gading gajah. Tetapi, karena bahannya terlalu rapuh, bola biliard ini menjadi pecah ketika saling berlanggar.
Bahan sintetik pertama buatan manusia dihasilkan pada tahun 1907 ketika seorang ahli kimia dari New York bernama Leo Baekeland mengembangkan resin cair yang diberi nama bakelite. Material baru ini tidak terbakar, tidak meleleh dan tidak mencair di dalam larutan asam cuka. Dengan demikian, sekali bahan ini terbentuk, tidak akan bisa berubah.
Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' di Selangor dan Pulau Pinang
Baru-baru ini, saya membeli barangan runcit di Pasaraya Giant, Pusat Komersil, Shah Alam (dahulunya dikenali sebagai Pasaraya Bintang).
Usai sahaja saya membayar barangan tersebut, saya lihat, barang-barang tersebut masih belum dibungkus ke dalam beg plastik (seperti yang biasa dilakukan mana-mana peniaga).
Kemudian, saya pun bertanya, "Kak, boleh masukkan dalam beg plastik, tak?"
Jawab akak tu, "Maaf, encik, hari ni Hari Sabtu."
Saya pelik bila dengar jawapan itu, sebelum tersedar beberapa saat kemudian -- berkenaan penganjuran Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik'. Maka, saya pun menggendong barangan tersebut (yang agak banyak) dengan tangan kosong, dan hati yang kurang senang.
Sejelasnya, matlamat kempen ini bagus. Dan, menurut ceritanya, semua keuntungan untuk caj itu disalurkan kepada badan yang terlibat dalam kempen tu.
Tetapi, perkara ini memberi kesan besar kepada peniaga dan pembeli (pengguna). Sudahlah barang naik harga, beg plastik pun kena bayar? Aduhai...
Bagi pihak peniaga, pastinya soal kos memainkan peranan. Di Malaysia, plastik dan kertas mempunyai kadar perbedaan harga yang tinggi. Justeru, bagi memaksimumkan kertas sebagai alternatif utama kepada plastik, maka harga kertas itu sendiri perlu dikaji semula.
* Terkenang kisah bagaimana Aziz Ishak, mantan Menteri Pertanian dalam Kerajaan Perikatan Tunku Abdul Rahman, mencadangkan agar Tanah Melayu (ketika itu) menanam pokok kertas secara besar-besaran. Tunku menolak; dan memilih kelapa sawit untuk ditanam secara besar-besaran di Malaysia. Sebab itu harga kertas/buku di Malaysia mahal, tidak semurah Thailand.
Meskipun beg kain (cloth bag) ada dijual di Tesco dan Jusco (yang berharga RM2 ke RM5); ianya masih dianggap kurang praktikal -- khususnya jika kita membeli ayam mentah atau barang yang banyak. Hal ini pasti menimbulkan masalah. Pasti akan ada yang merungut -- "Mana muat?" atau "Mana 'kena'?"
Sementelah, ramai pelanggan lari (mengelak daripada membeli-belah pada hari Sabtu) dan merungut -- "Nak bayar 20 sen untuk apa?"
Sejelasnya, satu usaha yang lebih baik perlu difikirkan. Mengenakan caj untuk beg plastik pada hari Sabtu bukanlah cara terbaik. Pengguna pun tak selesa nak membeli-belah. Peniaga pun alami kemerosotan perniagaan. Yang mempunyai kewangan yang lebih kan tetap membayar 20 sen itu. Pencemaran tetap berlaku.
Pihak yang menganjurkan kempen ini perlu ikhtiar lebih gigih bagi memastikan alternatif kepada beg plastik dibekalkan kepada pengguna. Beg kertas yang mampu menampung berat 5kg (seperti yang pernah disediakan IKEA) pada harga 60 sen adalah agak berpatutan (dalam konteks mendidik pengguna).
IKEA dan mana-mana pasaraya atau kedai barangan runcit seharusnya menyediakan alternatif tersebut (beg kertas).
Ini baru betul-betul mesra alam? :)
Contohi Australia Selatan
Pada hemat saya, tindakan Australia Selatan melarang penggunaan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli, pada 4 Mei 2009, sewajarnya kita contohi. Larangan ini bertujuan mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan, mengurangkan jumlah sampah di jalan, di taman dan aliran air.
Pengguna dibekalkan beg kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran. Pembeli dikehendaki menyediakan green bags, atau membayar sehingga A25 sen di kedai utama untuk beg yang boleh reput sendiri.
Beg plastik bergulung untuk mengisi buah-buahan, sayur-sayuran dan daging, masih terus disediakan, bersekali dengan beg lebih kukuh di gedung membeli-belah atau kedai pakaian.
Larangan ini dapat mengurangkan 400 juta beg plastik daripada sampah di Selatan Australia setiap tahun.Kumpulan pencinta alam sekitar Planet Ark berharap tindakan ini dapat dicontohi semua.
Hah, ini baru betul-betul Hari Tanpa Beg Plastik; bukannya Hari Beg Plastik dikenakan caj 20 sen!
Langkah-langkah yang boleh kita ambil
Sekiranya boleh dan mampu : -
- Kurangkan penggunaan penghawa dingin;
- Kurangkan penggunaan tenaga elektrik;
- Kurangkan penggunaan beg plastik. Sekiranya barang yang dibeli dalam kuantiti sedikit atau mudah untuk dibawa, tak perlulah kita mengisinya ke dalam beg plastik;
- Kurangkan memandu bagi menjimatkan minyak kenderaan. Bagi yang terpaksa menggunakan kenderaan untuk ke tempat kerja atau untuk aktiviti seharian, kurangkan laju bagi menjimatkan penggunaan minyak;
- Perbanyakkan aktiviti penghijauan dan tanaman;
- Hentikan pembakaran terbuka; dan....
Pokoknya, JANGAN MEMBAZIR. Jangan buang sampah merata-rata. Kurangkan pelepasan karbon. Kita mampu mengubahnya. Sungguh.
Soal pencemaran bukan hanya soal beg plastik. Ianya lebih daripada itu. Banyak lagi yang boleh kita lakukan – bagi menyelamatkan alam sekitar dan poket sendiri!
Salam. :)

Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
Allahyarham Ustaz Asaari bin Mohamad pernah menukilkan: “ Tujuan manusia hidup adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Hal ...