Isnin, April 26, 2010

Bersyukur.


Hm, sekadar ingin berkongsi - saya fikir, gambar ini menarik untuk dijadikan renungan kita bersama.

Menurut kefahaman dan pembacaan saya, gambar menunjukkan jenazah seorang anak kecil di Afrika yang mati kebuluran, yang mana tangannya dipegang oleh seorang petugas PBB (mohon diperbetulkan andai salah info).

Demikianlah, kita hidup di bumi bertuah Malaysia ini dengan segala macam nikmat yang melimpah ruah - makanan yang pelbagai jenis, sehingga kadang-kala membawa kepada pembaziran. Nauzubillah.

Kita selalu lupa, bahawa di luar sana masih ramai saudara-saudara kita yang merintih menahan kelaparan demi sesuap nasi. Malah, di Malaysia sendiri masih ada yang makan siput khinzir untuk mengalas perut.

Intihanya, bersyukurlah kita bisa makan - meski tak seenak mana. Bersyukurlah kita bisa tidur - meski tak selena mana. Bersyukurlah kita masih hidup - meski tak sebahagia mana. Kerna ada saudara kita di luar sana yang hidupnya tak seharmoni kita. Bersyukurlah...

2 ulasan:

  1. Good Entry..kebetulan saya nak tulis pasal kebuluran ni. Sebelum menulis entry, saya nak mencari sedikit info. Terjumpa pula blog ni..Yes it's true, rezeki yang Allah berikan dekat malaysia ni melimpah ruah..walaupun cuma makan nasi dengan garam, itu pun masih juga rezeki..tidaklah sampai tidak makan selama sehari..syukur alhamdulillah! Mohon dicopy picturenya ya :) syukran

    BalasPadam
  2. Afwan. Moga ada manfaatnya, in sya ALLAH. :)

    Gambar ni sumbernya ada banyak versi.

    Yang paling popular -- ada yang menyatakan bahawa gambar ini menunjukkan tangan seorang pegawai perubatan PBB yang memegang tangan jenazah seorang kanak-kanak yang kebuluran di Somalia.

    ALLAH 'Alim. :)

    BalasPadam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...