Jumaat, Mei 25, 2018

PILIHAN RAYA; PILIHAN SAYA.


PILIHAN RAYA; PILIHAN SAYA.
Dalam PRU, kekal atau ubah, akhirnya idea utama adalah untuk mewujudkan suasana pentadbiran yang telus dengan tatakelola yang baik. Sebagaimana sebeleum ini di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak, rakyat sendiri dapat membuat penilaian serta perbandingan terhadap prestasi kerajaan negeri yang memerintah ketika itu.
Air percuma, BR1M, pemansuhan tol, cuti 16 September adalah antara contoh kecil bagaimana undi kita memberi impak kepada dasar sesebuah kerajaan negeri dan pusat.
Parti yang sedang atau telah kalah, akan cuba memberi serta menjanjikan yang lebih baik berbanding kerajaan sedia ada. Selain menjadi penyemak dan pengimbang yang baik, kemunculan kerajaan dan pembangkang yang berkualiti akan melahirkan kepemimpinan yang berwibawa.
--------------------------------------------------
Parti politik bukanlah akidah. Kita raikanlah demokrasi, selain kesederhanaan dan keadilan dalam beragama serta kehidupan. Jauhi politik ekstrem seperti kafir-mengkafiri serta ketaksuban melampau. 
Sebab itu dalam berpolitik, kita jangan sampai putus saudara. Demikianlah, tiada kawan dan musuh yang kekal dalam politik. Hari ini dia dipuja, esok lusa mungkin dihina. Hari ini dia musuh kita, boleh jadi akan datang menjadi sahabat paling ikrab dengan jiwa.
--------------------------------------------------
Akhirnya, yang kekal hanyalah iltizam untuk menang dan merasai perubahan; atau keselesaan untuk kekal pada keadaan sedia ada. PRU adalah pesta meraikan demokrasi, bukan permusuhan abadi. Buka minda; rangkul keharmonian. Sebarkan salam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...