10HB
MEI 2018.
Fajar
baru untuk Malaysia akan menjelma. Moga Kerajaan baharu kelak akan berlaku adil
kepada semua rakyat Malaysia; tanpa mengira baju politik mereka. Masa berkempen
telah tamat. Kini masa untuk bina semula negara dan maruah bangsa setanah air.
Hari
baru, untuk sebuah Malaysia baru. Kini bukan lagi soal bila mimpi akan jadi
nyata. Tapi, bagaimana untuk mengurus perubahan; serta menunaikan segala janji
dan harapan.
-----------------------------------------------------
Selepas
kalah dalam pilihan raya lah, para politikus akan mengenali siapa yang
sebenarnya ikhlas bersama mereka.
Kawan-kawan
akan menjauhkan diri, tapi sahabat sejati akan setia bersama.
Bagi
yang menang, sang oportunis akan tiba-tiba muncul entah dari mana, bagai semut
mengejar gula.
Berwaspadalah.
Jawatan dan pangkat adalah amanah besar yang bersifat tidak kekal.
-----------------------------------------------------
Majoriti
rakyat menolak UMNO-BN bukan sangat kerana kebobrokan parti tersebut, tetapi
kerana kejelikan budaya serta sikap sesetengah pemimpinnya.
Ada
yang terlalu angkuh, ada yang gagal menyelami denyut nadi rakyat.
Budaya
dan sikap ini boleh saja bercambah dalam kalangan pemimpin parti lain. Baju dan
logonya saja yang berbeza.
Berwaspadalah.
Rakyat sedang giat memerhati. Selamat berjuang, dan selamat menghormati
kuasa suara rakyat -- undi.
-----------------------------------------------------
Akhirnya,
kita sendiri perlu bertanya kepada diri kita -- adakah kita okay dengan
tindakan melompat parti selepas pilihan raya, atau sebaliknya?
Sang
oportunis sedang menyelinap; dari segenap pintu dan tingkap.
-----------------------------------------------------
Secara
tiba-tiba, muncul entah dari mana -- para pengkritik jadi-jadian DS Najib dan
kepimpinan UMNO-BN, sedang dulu kalian lah yang paling tegar mengipas dan
membodek. Demi jawatan, demi pangkat.
Laksana
enau dalam belukar -- ada gula, ada lah semut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan